Selasa, 30 Disember 2008

Main Skate dan Aku

Pada usia yang semakin senja ni, aku baru mengenali apa itu skateboard. Maksud aku, aku baru mencuba bermain. Tak sangka, aku rasa sangat teruja. Sampai terpacul kat mulut aku, kenapa baru sekarang aku main skate ni. Terasa aku begitu terlambat kerana aku fikir aku sudah suka sama permainan ini.

Dulu kawan aku ajak main, mesti aku tolak. Seringkali gak aku ckp sukan untuk sihat bukan untuk jatuh dan cedera. Dan ibarat kata pepatah, ludah ke langit kena balik kat muka. Hehehe. Aku datang mencuba untuk kali pertama bukan lah nak pergi sgt. Cuma aku dapat tahu kat skate park tu ada Burger King dan KFC. Nyum2.. So dalam kepala aku nak lepak kat sana je. Sekali bila sampai terlintas lak nak tgk skate park tu mcm mana. Masa sampai dah lewat dalam pkl 11 mlm. Org dah tak ramai. Tgk kawan aku meluncur. So aku ok je. Then, tetiba je dia suruh try. Urghh, aku yang berselipar ni lak yang di suruhnya. Nampak sgt dia bersungguh2 tu, so aku pun cuba je la. Perghhhh!!! sekali cuba rasa macam high gilerrr. Bak kata kawan aku, ibarat muluncur di atas angin.. Siyes, syok giler rr. Even malam tu berkali2 gak la aku terjelepuk. Tapi tu la. Selamba je aku bangun dan main. Baru la aku faham bila dulu kawan aku ckp kalau ko jatuh ke, ko luka ke, ko akan rasa lagi nak main. No Pain No Gain.

Dan semenjak malam tu, persepsi aku pada x-tream game ni berubah. Arghh.. aku suka gile r main menatang papan ni. Dan semalam aku pergi lagi. Alhamdululillah, aku dah leh meluncur dah. Cuma still lagi nervous la. Tapi apa ada hal. Baru 2 kali main. Kira aku leh rasa puas ati la. Yang tak syoknya.. aku kena tunggu lagi sebulan lebih. Baru aku dapat main balik. Arghh!!!! Penantian itu Satu Penyeksaan.

Apa2 pun, timo kasih buat 2 org member aku tu yang mengajar aku main. Hehehe.. Korang mmg best la.. Lepas ni kalau nak main ajak la aku lagi. InsyaAllah kompem aku ikut. Hehehe..

Selasa, 23 Disember 2008

2 Persoalan dan Pendirian Aku

Dengan nama Allah yang Maha besar lagi maha agung. Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan, godaan dan hasutan syaitan yang terkutuk.

Selawat dan salam keatas Rasul junjungan Muhammad s.a.w. Serta keluarga baginda, para sahabat baginda dan tabi’ tabiin yang salih.

Aku mengakui segala dosa aku dan aku bermohon ampun kepadaNya. Aku bermohon kepada Allah, tuhan sekalian alam agar aku di kukuhkan iman, diberi kekuatan untuk terus berpegang pada taliNya dan meninggal kan terus jalan maksiat yang aku lalui.

Tulisan aku ini tidak membawa maksud yang aku ini benar, namun ia sekadar memohon keredhaan Allah dalam memahami dan menghayati kebenaran agama yang diredhainya. Jikalau perkataan aku ini membawa pemahaman yang salah maka aku menyeru tinggalkan lah dan aku memohon keampunan dia atas kekhilafan dan kesilapan aku.

Pertama persoalan keyakinan tentang keadilan Sahabat Nabi Muhammad s.a.w

Siapakah yang tergolong dalam kelompok sahabat ini. Sahabat nabi adalah golongan yang pertama-tama memeluk Islam. Yang menyatakan keimanan terus kepada Rasullullah. Yang menerima tarbiyah Rasullullah secara terus dalam madrasah Rasullullah. Yang berjuang menegakkan agama Allah bersama Rasullullah. Yang mendengar secara terus sabda-sabda Rasullullah. Mereka mendengar dengan penuh hati-hati, beramal tanpa berbelah bahagi. Mengimani dengan seluruhnya. Sehinggakan Allah redha akan mereka.

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

At-Taubah : 100

Allah SWT telah menyebutkan kaum Muhajirin dan Anshar dalam banyak tempat dan memuji mereka dengan baik, sebagaimana Nabi saw. sendiri memuji mereka dalam sabdanya, di antaranya, "Sebaik-baik umatku adalah pada masaku, kemudian yang sesudahnya, kemudian yang sesudahnya." (Shahih Bukhari, Kitab Fadha'il ash-Shahabah, Bab Fadha'il Ashhab an-Nabi saw., juz 3, hlm. 6. no hadits 3.650).

Sesunggunya peranan dan jasa para sahabat radhiyallahu ta’ala ‘anhum kepada umat Islam ini adalah terlalu besar dan banyak, cukuplah dengan membawa 2 peranan yang utama yang di berikan oleh mereka.

1.       Pencatatan dan penghafalan Al-Quran yang tiada terkurang dan tertambah; baik semasa baginda rasul masih hidup mahupan selepas kewafatan baginda.

2.       Pencatatan dan penghafalan Al-Hadis yang penuh hati-hati dan cermat sehingga tiada bidaah didalamnya.

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian mencaci para sahabat, janganlah kalian mencaci sahabatku! Demi Dzat Yang Menguasaiku, andaikata salah satu diantara kalian menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, maka (pahala nafkah itu) tidak akan menyamai (pahala) satu mud atau setengahnya dari (nafkah) mereka.” (HR Muslim). (*Mohon bagi sesiapa yang mempunyai akses dan direzekikan ilmu hadis memeriksa akan hadis ini.)

Al-Ghazali menulis tentang integiriti(keadilan dan ketelusan) para sahabat r.a., "Keyakinan generasi salaf umat ini, dan majoriti  ulama khalaf bahwa integiriti(keadilan dan ketelusan) para sahabat telah diketahui melalui penilaian Allah terhadap mereka dan pujian-Nya yang tertuang dalam kitab-Nya. Itulah keyakinan kita terhadap mereka. Kecuali jika terbukti secara qath'i bahwa salah satu dari mereka melakukan kefasikan padahal ia tahu, dan hal itu tidak terbukti, maka tidak diperlukan lagi penilaian integiriti(keadilan dan ketelusan) mereka." (Abu Hamid al-Ghazali, Al-Mustashfa min 'Ilm al-Ushul, Darul Ulum al-Haditsah, Beirut, juz 1, hlm. 164; Al-Khatib al-Baghdadi, Al-Kifayah, hlm. 46-49).

Sesungguhnya Allah dan rasulNya lebih mengetahuai. Maka aku secara peribadi beriktikad dan berkeyakinan sesungguhnya wajib lah atas aku mencintai dan meyakini keadilan para sahabat radhiyallahu ta’ala ‘anhum dan seluruh keluarga baginda.

Kedua Persoalan Sifat 20

Seperti yang kita semua maklum, Sifat 20 adalah sifat yang wajib bagi Allah dan iat adalah salah satu daripada pengajian Ilmu Tauhid. Sesunggunya Sifat 20 ini bukan lah sifat2 yang dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis. Makna jelas aku disini ialah tidak terdapat dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis menerangkan satu-persatu Sifat 20 itu. Dengan kata lain, Rasul junjungan mulia Muhammad s.a.w tidak mengajar tauhid itu begitu.

Sifat 20 telah di perkenalkan oleh Al Imam Al Mujaddid Abu Hassan Ashaari. Allah telah merezekikan Imam Abu Hassan Ashaari ini ilmu yang luas, kefahaman yang suci dan ikhlas sehingga diterang kan hatinya mendalami dan memamahi Islam dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Sifat 20 ini adalah benar. Pada zaman Imam Abu Hasan Ashaari telah berlaku banyak penyelewangan dalam agama Islam yang suci ini. Sesungguhnya benar lah janji Allah bahawa Al-Quran yang mendukung syariat Islam akan terpelihara sehingga ke akhir zaman. Maka Allah telah menyelamat kan kita daripada kefahaman-kefahaman yang menyeleweng daripada akidah yang sebenar dengan Allah yang Maha berkuasa akan tiap sesuatu memberi pentujuk kepada Imam Abu Hasan Ashaari ini dalam mendalami dan memahami ajaran Rasullullah yang disandarkan pada Al-Quran dan Al-Sunnah. Lahirlah Sifat 20 ini bagi membetulkan akidah ketika itu tetang ilmu ketauhidan yang sebanar. Aku doakan agar Allah mencucuri rahmat dan mengampuni dosa-dosa Imam Abu Hasan Ashaari. Bukankah kita mengetahui yang ulama itu pewaris nabi.

 

Begitulah pendirian aku terhadap kedua perkara ini. Aku tidak mengatakan aku pandai dan alim. Semoga Allah menjauhi aku daripada persaan dan hasutan yang sedemikian. Aku sememangnya masih jahil dan hati aku ini masih berdaki dengan dosa. Aku mengakui segala kesilapan aku dan aku penuh pengharapan agar Allah s.w.t mengampuni dosa-dosaku yang tidak terkira banyak nya. Bagi aku, yang hak itu tetap hak dan yang batil itu tetap batil. Semoga Allah memeberi hidayah dan pentunjuk kepada kita. Sehingga kita terus istiqamah di atas jalan Nya yang benar. Amin ya Rabbal A’lamin.

Tidak ada paksaan dalam(memasuki) ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Al-Baqarah: 256


Nota:

Para pembaca diharapkan mengkaji setiap perkataan dan tulisan aku. Jangan menerima membuta tuli dan menolak membuta tuli. Tanya lah org yang lebih mengetahuai dan sama-samalah kita berikhtiar mendalami agama Allah ini. Ini lah agama yang benar.

Khuthbah Terakhir

Nabi Muhammad adalah rasul yang diutuskan untuk selurah umat di akhir zaman. Baginda adalah Rasul yang di utuskan untuk setiap makhluk di atas muka bumi ini. Sama ada anda Islam, Kristian, Budha atau Hindu atau apa sahaja anutan dan kepercayaan anda, sesungguhnya Kekasih Allah ini telah datang membawa petunjuk dan kebenaran.

Di kesempatan ini, aku paparkan Khutbah Wida', atau Khutbah terakhir baginda sebelum baginda wafat. Marilah kita fahami bersama.

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

Rencana daripada Harian Metro 1

Aku ingin berkongsi satu artikel yang aku kira menjawab banyak permasalahan hidup aku. Moga-moga ia dapat memberi manfaat buat aku dan kita semua.

Maksiat halang tekun beribadat

Oleh Hashim bin Ahmad
rencana@hmetro.com.my

APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Ahad, 7 Disember 2008

Apa yang aku suka

Aku suka gamelan. Aku rasa antara kesilapan aku di kutkm dulu aku tak masuk gamelan. Hurm, aku sangat berminat dgn gamelan. Muziknya sangat lembut dan halus. Menenangkan dan mengasyikkan. Kalau aku diberi peluang untuk mendalami muzik ni, pasti aku takkan lepas kan nya.

Aku gak sebenarnya suka teater. Masa kat kutkm dulu, boleh dikatakan tiap2  minggu aku akan ada kat panggung teater kat taman budaya melaka tu. Teater betul2 mengujakan. Lakonannya sangat asli dan sebenar. Byk juga yang aksi2 kantoi yang dah aku tonton. Tapi mmg menarik. Lain pula teater ni, aku suka tgk dan aku tak fikir aku nak berlakon. Pasal aku takda pakej kot. Hahaha.

Aku juga sebenarnya suka pada okestra. Muzik yang dimainkan secara langsung di atas pentas. Aku nak pergi petronas philharmonic hall tu. Nak dgr sgt muzik okestra dia alun kan dari sana. Entah la bila aku dapat semua tu.

Yang penting, aku akan usahakan mendapatkan apa yang aku ingin kan ini. Adios

Khamis, 30 Oktober 2008

Bersenam lah..

perut yg memboroi..

Kalau post yg sebelum ni aku cerita pasal makan, kali ni aku nak sembang pasal senaman. Aku ni sebenarnya risau gak bila org asyik komen yang badan aku semakin melebar. Ini semua terhasil akibat tabiat makan aku yg tak terkawal. Hehehehe.

Kira2 dua bulan lepas, aku telah mulakan program senaman aku. Tapi terhenti sebulan pasal menghormati bulan Ramadhan. Alamak, bukan bermaksud bulan puasa kita tak yh senaman tapi lagi elok kita alirkan tenaga tu buat menda lain. Chewah.. mcm baik la pulak.

Aku sebnarnya menghabiskan masa senaman aku di gym. So, kalau ikut peraturan nyer seminggu plg tidak 3 kali. itu untuk mendapatkan hasil yang baik. Aku amalakna dalam 2 bulan. tapi ada gak satu minggu tu aku dtg sekali je. Tapi bila cakap pasal hasilnya, sgt memberangsang kan.

Dgn semangat membara aku pun mula la training. 1st day ok, 2nd day ok, 3rd day je satu badan aku sakit. Alamak, semua sendi, otot, lemak, segalanye la sakit habis. 3 hari gak le nak recover, tapi lepas tu ok la balik. Mujur 3 hari je dah ok balik.

Ok la, dalam 2 bulan aku rajin pergi, badan aku tak nampak gemuk sgt. Tapi yg pelik, berat aku ttp sama, tapi org cakap aku nampak kurus dari dulu. hehe, betul ckp instructor aku. tapi sayang, lepas aku sebulan tak p, dan aku menjadi sgt kuat makan masa tak pergi tu, badan aku mengembang balik. huhuhu..

Sikit la aku nak pesan untuk diri aku dan pembaca2 sekalian, korang jgn ingat korang kurus so korang sihat, dan yg nampak gemuk tu tak sihat.. hehehe.. Yang penting bukan kurus atau gemuk, tapi amalkan cara hidup sihat.

Bagi yang suka senaman tu, pastikan apa yg kita senam tu betul2 efisen. Takde la kita penat je tapi hasilnya mendukacitakan. Pasal setiap senaman tu kesan nye berbeza. Satu lagi, badan kita ni ada keupayaan merekodkan aktiviti kita secara tak sedar. So, bila kita ulang senaman yg sama, badan kita akan record kan menda tu, akibatnya, secara automatik kesan senaman itu akan berkurang pasal badan kita akan align semua menda jadik normal.

Banyak menda yang aku nak celotehkan pasal senaman ni, tpai yg penting sekarang, aku nak mulakan balik ritual senaman aku. Nak kasik shape balik dan kekalkan kecergasan dan kecerdasan.. tahun depan ada project besar. Alamak badan aku dah naik..

Selasa, 28 Oktober 2008

Cakap pasal Makan (1)

Aku sebenarnya mengalami ketagihan makan ais krim untuk semenjak dua menjak ni. Lebih terperinci ais krim perisa vanilla. Entah le, kemaruk apa ntah kat anak tekak aku ni. Nak je makan ais krim vanilla. Semalam, aku berusaha carik ais krim vanilla keluaran Nestle. Dah lama aku carik. Susah nak dapat rupanya. Kalau jumpa pun yang tiga dalam satu. Tak puas. keliling punya keliling dapat la jumpa satu jenama Cremo. 2 liter yang beharga agak mahal. Dekat RM 7 ringgit. Eh kira murah la tu kan.

Cakap pasal makan ni, korang tau dak kita punya deria rasa sebenar nya bukan sekadar boleh merasa 4 jenis rasa (masam,manis,masin dan pahit). Tapi kita ada yang kelima. Aku ada borak pasal ni kat kawan2 aku. Nama rasa yg kelima ni Umami. Bahasa japang. Kalau diterjemah secara hurfiah; Umami adalah rasa sedap. Awal-awal dulu, prof Kikunae Ikeda yang jumpa. Masa dia cuba perkenalkan, mat saleh-mat saleh waktu tu kata mengarut. Setalah berapa tahun ntah, baru la dia org percaya. Stendet la mat saleh kan. hehehe.. Umami ni leh didapati secara semula jadi. Dan sekarang ni di hasilkan secara artifisal. Yang plg popular pak aji lah. kalu secara semula jadi nye cth kita leh dapat dari kicap(mcm kicap cap kipas udang tu), parmesan cheese dan juga ikan bilis. So pada mereka yg nak buat rasa sedap pada masakan, cuba2 la cari bahan2 yang mmg wujud umami didalamnya mcm ikan bilis tu.

Cakap pasal makanan gak, semalam kot aku ada tonton satu talk show, Ellen rasa aku. mcm oprah. Tapi tak sempat nak dgr habis pasal ada hal. Dia ckp, kenapa kita selalu nak amik sesuatu jenis makan tu, kalau takda kita rasa tak selera nak makan. Sebenarnya makanan gak ada sebatian kimia yg dapat memberi isyarat kepada otak kita yang menyebabkan kita ketagihan nak makan menda tu. Contoh nye, gula dan cheese. Makanan-makanan ni mmg ada wujud sebatian kimia ni yang menyebabkan kita ketagihan. Ye la amik contoh gula la kan, kalau kita tak letak je dia kita rasa air tu tak sedap. Pasal manis sesuatu air tu mmg kita definisikan kena ada gula.

Cakap pasal makan ni mmg tak habis beb. Aku lak mmg suka pasal makan ni. Insyaallah kalau ada masa aku akan post banyak rahsia2 makanan ni. banyak gak menda yang aku pk selama ni baik sebenarnya tak dan selama ni teruk sebenarnya baik. Nantikan yer..

Jumaat, 24 Oktober 2008

Sahabat bergelar Ayah, Aku menjadi Pak Cik

Alhamdulillah, tengah hari tadi aku menerima panggilan telefon daripada sahabat baik aku, Shahrun. Isteri beliau telah selamat melahirkan bayi sulong mereka pada tengah hari tadi. Syukur Alhamdulillah. Diberitahu anak perempuan dan namanya aku tidak pasti tentang ejaannya.

Alhamdulillah, semuanya selamat dan tahniah buat keluarga beliau. Semoga Allah memberkati kehidupan kalian.

Isnin, 20 Oktober 2008

Open House dan Aku

Hari ini hari Isnin. Sabtu dan ahad lepas aku berkesempatan mengunjungi 3 buah rumah terbuka. Ternyata hujung minggu lepas aku berkesempatan mengukuhkan silaturrahim antara rakan-rakan aku. Dalam masa yang sama, aku juga dapat merasai dan menjamah pelbagai jenis makanan dan kuih muih.


Ahad lepas aku sempat ke Melaka. Pensyarah aku mengadakan jamuan rumah terbuka. Lama benar aku tak jumpa pensyarah aku ni. sembang panjang kami. Yang lucunya tak thau pun yang pensyrah aku ni dah ada anak lelaki yang kedua. Berpandangan aku. Nama pun ada separuh nama aku. Kebetulan semasa kami sampai, pelajar-pelajar beliau pun tengah ramai yang hadir. Adus, terus kumpulan aku ni rasa kami semua dah makin tua. Ye la dah hampir dua generasi pelajar baru selepas kami.

Lama juga kami berceloteh. Cerita setahun. Semua keluar. Kebetulan aku pun jarang benar dapat bersama kawan-kawan aku yang sekumpulan ini. Kagum dengan mereka. Semakin berjaya dan mencapai segala impian. Terus mereka-mereka ini menyemarakkan semangat juang aku untuk terus hidup.

Sedar tak sedar, sememangnya banyak telah berubah. Seringkali bila memikirkan perkara ini, satu sahaja yang muncul di benak fikiran aku, aku kena cepat..masa pantas berlalu dan aku semakin tua..



Rabu, 15 Oktober 2008

Setenang air di kali

12.33 AM

Hujan semakin lebat. Jarang sekali hujan diwaktu sebigini. Bunyi curahan hujan dan diselang seli bunyi guruh membuat aku mengalamun seketika. Ini muzik yang sangat indah. Ketenangan menusuk kalbu dan susuk tubuh ini dibaluti kedenginan yang amat mengasyikkan. Sudah pasti, keseokan pagi denai hijau reserve saluran  paip dihadapan villa bujang aku ini akan menghijau segar. Tak sabar aku ingin menatapnya di pagi hari. 

Baru-baru ini aku kongsikan beberapa lirik lagu yang disusun indah diruang bincang maya. Lantaran menggunakan emosi dan perasaan, terus dipandang jiwang dan disuruh diberhentikan. Mujur ada yang memahami. Lalu seisi ahli bincang dibawa bersama untuk menghayati erti lirik dari sudut maknaiyah. Manusia sering kali menafsir dengan membabi buta dan ada banyak juga melihat dari sudut emosi dan nafsu manusiawi. Lalu keindahan sebenar dinoda oleh lakaran-lakaran comot kedangkalan manusia. Aku tidak memaksudkan sesiapa. Cuma itu secara umumnya anak adam itu begitu. Dan ia termasuk aku.

Aku sudah menetapkan racangan percutian aku untuk tahun depan. Peta kehidupan harus dilakar. Itu prinsip aku. Rancagan perlu diatur, bukan sahaja untuk hari esok atau lusa, tapi lebih kehadapan dari itu. Aku sudah terbiasa dengan membina peta kehidupan. Ada juga orang di sekeliling aku memerli aku dengan tindakan dan prinsip aku yang sebegini. Tapi persetankan sahaja. Aku cuma yakin, Tuhan juga benarkan manusia menentukan corak hidupnya. Bukankah kita telah diberitahu yang Maha Penguasa tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mana mereka sendiri tidak mahu mengubahnya. Tuntas sekali, tuhan beri kebebasan untuk manusia merancang, tapi aku juga perlu ingat ketentuannya bukan di tangan aku!!!

Berkenaan dengan percutian aku kali ini, aku akan berkongsi dengan kalian panda entri akan datang, aku doakan ia dapat dilaksanakan tanpa ada kecelakaan. Harap benar agar kali ini ia akan benar-benar membuat aku rehat dan tenang.



Selasa, 7 Oktober 2008

Aku dan Lirik

Bagi aku, yang menghidupkan sesebuah lagu itu bukanlah sekadar bersandar kepada vokal si penyanyi semata-mata. Namun ia adalah bersandarkan kepada irama, lagu dan lirik itu sendiri. Gabungan semua elemen ini bakal menjadikan sesuatu lagu itu indah dan sedap didengar.


Aku agak cerewet dalam menilai sesebuah lagu. Untuk menetapkan lagu itu sebagai lagu kegemaran aku, bukanlah sekadar sedap sebagai halwa telinga. Ada lagu yang kali pertama aku dengar dan terus aku minat. Namun setelah aku teliti lirik lagu tersebut, banyak juga lagu yg aku minat buat kali pertama aku dengar menjadi lagu yang aku jengkel untuk mendengarnya lagi. Begitulah sebaliknya.

Secara peribadi, aku amat meminati lirik lagu yang indah. Selalunya lirik menjadi satu kriteria utama untuk aku menilai sesuatu lagu. Lirik yang bererti yang disusun dengan rankai kata yang indah menjadikan lagu itu menjadi lagu. Penghayatan lirik sebegini seakan membawa kita ke sudut yang mendalam dan halus. Lantas seakan memberi satu kepuasan dalam penghayatan yang sedemikian.

Baru-baru ini, gengendang telingaku tetangkap irama rantak lagu Rimas daripada Fabulous Catz. Bagi aku penulis lirik ini berjaya mengambarkan perasaan si pecinta yang kerimasan dengan perasaan cintanya yang tak kesudahan. Baca sahaja rangkap ini :

Keluhan hatiku tak siapa yang tahu 
Ku simpan semua sebak didada 
Biarpun ku yang terluka 
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu 
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu 
Lafasan kata dari bibir 
Adakah ia dari hati 
Mungkin kau tak fahami maksud yang tesembunyi 
Titisan airmata dari pipi ke bumi 
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini.

Hayati sahaja bagaimana si penulis lirik ini mengambarkan jiwa dan suasana si pecinta. Begitu tertib dan terang. Gelora perasaan di nukilkan dengan penuh cermat. Lalu mesej disampaikan dengan nyata. 

Itu sekadar sepotong lirik yang sempat aku penakan di ruang maya ini. Terdapat ribuan lagi lirik-lirik indah yang ada di luar sana. Kita cuma perlu menggali dan menghayati lirik-lirik itu dengan jiwa yang terbuka. Cabarannya, pilihlah lagu yang mengandungi lirik-lirik yang sempurna akhlaknya. Lirik yang dapat menginsankan insan dan memanusiakan manusia.

Kepada penulis lirik, pengubah lagu dan penyanyi, tanggungjawab kalian bukan sekadar pengihibur. Anda semua perlu melagukan lagu.

Adios. 

Ahad, 5 Oktober 2008

Kembali

Syukur..


Aku kembali semua ke daerah ini semula. Percutian selama 5 hari di kampung benar-benar menyegarkan segala ruang dalam otak aku. Aku kira ini adalah percutian aku yang terlama untuk sepanjang tempoh setahun ini.

Mana tidaknya, kesibukan hidup bekerjaya dan ditambah pula kampung aku yang jauh di hulu sana menjadikan aku begitu sukar untuk bercuti lama. Apa yang penting, ia benar-benar merelaks kan aku. Bayangkan kerja aku cuma makan minum, sembang dan bergurau sahaja. Segala masalah aku di bumi ini seakan hilang begitu sahaja. Inilah nikmat bercuti yang sebenar.

Kini aku kembali lagi. Kembali untuk meneruskan perjuangan. Hahaha.. penuh semangat ayatnya. Ada banyak yang aku ingin kongsikan di ruang maya ini. Nantikan bersama. Aku letih sudah...

Rabu, 24 September 2008

Hidup dan Jalan

Post kali ini ada sedikit renungan bersama.

Seringkali kita akan bersedih dan terasa kehilangan sesuatu. Perpisah adalah satu lumrah biasa dalam kehidupan. Semua orang mengetahuinya. Persoalan nya bagaimanakah kita akan berdepan dengan perpisahan itu.

Hidup ini boleh juga di ibaratkan satu perjalanan. Di hujungnya nanti adalah pertemuan kita dengan Yang Maha Pencipta. Jadi kita diminta dan disuruh agar menghargai perjalanan kita yang singkat ini. Di isi dengan perkara yang berfaedah dan di bentuk dengan ketaatan yang haq.

Sudah pasti sepenjang perjalan kita ini, kita akan bertemu dengan seribu macam cerita dan tempat. Mengharungi segala mehnah dan kerenah. Menelan segala yang pahit dan manis. Hilai tawa dan sedu tangis silih berganti. Bukankah ini yang mewarnai perjalan hidup kita.. Malah dengan pengalaman sebeginilah menjadikan kita adalah kita ketika ini. Membentuk dan melentur pribadi dan perilaku kita. Menentukan adakah kita ini bersemangat waja atau rapuh dan mudah dirempuh.

Percayalah kita akan bertemu dan berkenalan dengan seribu macam manusia. Dan ada ketikanya kita akan berjalan bersama-sama mereka. Bermastautin bersama dan mengenali sesama lain. Ada kalanya pertemuan itu membibitkan perasaan kasih, cinta dan sayang. Ada juga yang di sirami benci, meluat dan sakit hati. Pasti juga ada waktunya tiada langsung perasaan menghinggap diri.

Namun perjalanan yang bersama itu tidak akan selamanya bersama. Sudah pasti akan tiba masanya kita akan berada di satu persimpangan yang memaksakan kita mengahadapi saat yg disebut perpisahan. Dikala itu ada pelbagai reaksi yg kita zahirkan. Sedih, gembira dan mungkin kita tidak sedar langsung. Semua perasaan itu benar namun hadapilah hakikat yang itu bakal terjadi. Bagi yang bersedih, bersedihlah. Tidak mengapa namun tanamlah di sanubari kita, bahawa perjalan ini perlu diteruskan dan sedarlah kita takkan selamanya bersama. Pasti bila tiba masanya, kita akan bangkit untuk meneruskan langkah. Hei.. ada banyak lagi episod baru dalam perjalanan kita. Hadapi dengan penuh semangat.

Semoga titpan kali ini mempunyai faedah bersama.


Isnin, 1 September 2008

Sedikit Kongsi

Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi Ramadhan kali ini. Sedar tak sedar makin lama, aku makin menjengah usia yg kian tua. Kata org bertmbah satu berkurang satu.
Ramadhan kali ini, aku arap dapat aku jalani dengan lebih sempurna. Bulan yg penuh barakah. Segala amal di gandakan. Moga2 aku dapat beramalam dengan malam yg lebih baik dari seribu malam.
Ramdhan kali ini adalah Ramadhan untuk tahun kedua nya aku jalani dalam alam Pekerjaan. Makna kata aku sudah 2 tahun berkerjaya yg insyaAllah profesion ini menjadi satu yg tetap dan berkembang maju dalam hidup2 aku yg mendatang.
Aku berdoa, Ramadahan kali ini aku dapat hiasi dengan ibadah2 yg dapat membentuk, memulihara dan memilahara iman dan diri aku. Amiiin..

Dedikasi untuk sahabat

Salah sorang kawan yg begitu hampir dalam idup aku telah pergi ke perantauan. Kabar nya untuk beberapa bulan. Aku percaya ini bakal menjadikan satu batu loncatan dalam kisah kehidupannya. Aku doakan selamat pergi dan kembali(dikala aku menulis ini, dia dalam kapal terbang menuju ke destinasi yg bakal penuh warna warni).
Apa yang di harapkan, titipan ilmu dan pengalaman nya nanti, akan aku pelajari agar aku akan seberjaya beliau. Hehehe..

Perbelanjaan

Aku palig gembira bila bulan Ogos menjengah, seingat aku, byk perkara menarik yg berlaku pada bulan Ogus ini. Aku penuh yakin, segala kemeriahan bulan Ogos ini adalah pemberian dari Yang Maha Esa untuk meraikan dan memberikan pengajaran dalam diri aku.
Aku juga ada mengeluarkan sedikit belanja sebagai kenang-kenangan untuk bulan Ogos tahun ini. Apakah aku akan sentiasa berbuat demikian untuk tahun mendatang?

Persedian

Aku bercadang untuk bulan puasa ini, aku akan memasak dirumah untuk berbuka dan bersahur. Segala persiapan hampir sempurna. Bahan2 kering telah aku beli. Sekranag ni, yg memeningkan, macam mana la nak aku sedikan menda2 ni. Adus.. naif sungguh. hahaha..

Jumaat, 8 Ogos 2008

kata nya dah lama kan


Gambar dia atas(hak cipta terpelihara ye!!!) telah di ambil dari laman flickr.com kawan aku. Aku kagum ngan dia pasal ada kebolehan seni yg hebat. Apa2 pun aku doakan dia sentiasa cemerlang ngan minat2 dia yg amat baik ni.

Lama dah tak mem BLOG

Kawan aku tanya mana entry terbaru aku. Dah lapok, cerita pun menda bosan2 je. Hahaha.. sori la kawan, aku skrg ni menganyam famtasi bersama ilusi. Adus.. berangan ke aku.. tak de la, cuma keluarbiasaan bz sikit. Dan aku dah lama tak baca2 buku2 motivasi yg sentiasa menaikkan semangat juang aku. So, nantikan artikel2 bebelan aku pada post2 yg akan datang.

Cuma skrg ni, yg meresah kan aku adalah keadaan negara yg semakin memningkan. Aku arap segalanya berlalu ngan aman dan kita akan tenteram serta dapat memfokoskan pada pembangunan negara yg tercinta ni. Huh.. patriotik gak aku erk.. Sayang negara beb.. Mana lagi aku nak menetap kalau bukan kat sini bro..

Istiadat Konvokesyen ke - 4 UTeM

Ujung minggu ni bakal berlangsung la sekali lagi upacara pengiktirafan bagi mereka yg menuntut ilmu kat UTeM. Ada ramai gak kawan aku yg bakal di raikan dalam istiadat kali ni. Pejam celik dah setahun masa aku berlalu. Alamak, aku dah makin tua la pulak.

Dengar cerita konvo ngan pesta berada di tapak yg sama. Alahai laku la gerai kat pesta tu. Arap2 public transport pun ada akses yg baik kat situ. Bukan aku pergi pun. Hajat di hati mmg nak pergi tapi apakan daya kekangan keadaan dan persekitaran.

Pada mereka yg bakal konvo, tahniah di ucapkan. Korang mesti ceria2 selalu di hari tersebut.. Jgn lupa tangkap gambar banyak2..Tu penting tu.

Musim Buah

Aku balik kampung ujung minggu lepas. Tu dia, mmg puas ati la. Berbaloi perjalanan hampir 7 jam aku tu. Makan buah sampai tak hingat dunia. Main petik je kat atas pokok. Durian jgn ckp la, jatuh je kopek makan. Fresh dari dusun. Adus, terliur balik.. Kalau kampung aku dekat, aku balik kot selalu.

Apa2 pun dapat la aku melepas rindu pada mak ngan nenek aku. Dah lama tak balik. Lepas ni kalau nak balik pun raya nanti. Huhuhu.. teruk lak aku rasa diri aku nih. Aku balik ari tu, bawak buah ngan tempoyak. Kecur liur tau makan tempoyak ngan sambal cili padi. Aku goreng ayam je. Tak sangka lak budak umah aku layan abis makan tempoyak. 2 kali tanak nasik. hahahha.. Sekali sekala ubah selera bagus gak rupanya.


Takat tu dulu, adios.

Blogged with the Flock Browser

Rabu, 9 Julai 2008

Coret-Coretan

Pulau Jerejak

Aku baru je pulang darik pulau jerejak. mengalami keletihan yg teramat sangat rasanya. Entah la, mungkin pasal aktiviti je yg terlalu berat. Yang aku tahu, lepas je game tarik tali tu aku dah rasa nak tumbang. Perut aku loya dan badan aku sakit. Ye la dah le hampir sebulan kerja aku bertungkus lumus lebih dari 12 jam sehari. Aku mmg letih sangat.


Apa2 pun aku rasa perkara yg paling aku puas sekali, aku rasa resort ni tenang dan makanan dia sedap. Pekerja dia pun nampak bersungguh2 memudah kan perjalanan aktivit aku. Teringat aku seorang room service nyer staff yg menunggu aku pulang ke bilik pasal nak hantar sterika. Adus, sian lak rasanya.


Bila teringat kembali, ada gak lucu nya. Hurm apa yg aku tahu, aku dah makin tua..



Masuk Opis


Semalam, aku dah hampir2 nak cuti. Memang aku dah apply cuti. Tapi secara verbal la. Bila ingat2 tak tahu nak buat apa kat rumah nanti, baik aku datang opis untuk buat apa yg patut. Masuk je opis aku share je semua gambar aku dan tunggu opis mate yg lain share gambar dia org.


Then, aku pun asyik meng usha je la sekian gambar yg ada. Lepas tu petang nya aku sibuk membaca buku pakcik Stephen. Banyak helai gak la aku baca samapai aku rasa letey.


Selasa, 8 Julai 2008

Ntah

Maaf, tiada update terbaru. Aku mengalami keletihan.

Blogged with the Flock Browser

Sabtu, 21 Jun 2008

Ni apa lak ni..

"When we pick up one end of the stick, we pick up the other"

Salam buat semua, aku baru2 ni terbaca satu artikel dalam blog kawa aku. Kawan aku tu mencurahkan idea dan pendapat nya ttg kenapa mem blog tu satu faedah. Ada gak kawan aku yg lain menegas kan bahawa blog adalah ruang pribadi. Ruang pribadi yg di kongsi pada satu DUNIA!!! Apa2 pun, itu pandangan masing2.

So, aku nak berbalik ttg kata2 hikmat kat atas. Sperti biasa aku jumpa menda ni dlm buku pakcik Stephen Covey tu la. Secara hurufiah nya (alamak mcm akademik la sgt) :
" Bila kita amik satu jung pada satu batang, sebenar nya kita jugak amik ujung yg satu lagi"..
Ya la, betul la tu beb..tak da salahnya kan. Baik, begini apa yg aku nak jelas kan, bila kita ambil satu keputusan atau tindakan, sebenar nya kita gak mengambil bersama kesan terhadap keputusan/tindakan kita tu. Ada paham?

Korang pernah amik exam kan dulu time sekolah. Pernah kan jawab soalan exam kan. Pernah kan buat keputusan apa nak nak ditulis pada kertas jawapan kita tu kan. keputusan kita untuk menanda atau menulis jawapan tu sebbenarnya bakal bersama membawa kesan, samada jawapan kita tu salah ke betul ke leh terima ke atau apa2 jela. Maka hasilnya teserlah lah pada keputusan ujian kita kan.

Begitulah dalam kehidupan kita ni. Kita kena sedar yg setiap tindakan yg kita amik akan pasti membawa kesan dan kesan tu nak tak nak kita kena hadapinya. Pasal ada org atas dunia ni amik tindakan tapi akan takut nak hadapi kesan nya. Tu la bila ada org buang anak la itu la ini la. Pasal mereka ni tak nak tanggung kesan terhadap tindakan mereka dan cuba nak larikan diri dari hadapi kesan tu. Walhal, sedar atau atak kena gak.

So mcm mana ni. Aku nak perigat la diri aku dan korang yg baca tulisan aku ni, setiap org akan melakukan kesilapan (ayat biasa dengar). Jadi jgn duk kita nak berdalih. Jgn duk sgt nak mengomel; kalaulah aku tak mulakan dulu, kalau la aku datang awal sikit, kalau lah aku delete folder tu, kalau lah aku .. kalau lah... Kenapalah aku dapat kawan mcm tu, kenapalah aku dapat team mate mcm, kenapalah aku leh jatuh cintun ngan dia.. kenapalah.. kenapalah..

Apa yg perlu kita lakukan, ADMIT IT!!! hadapi kenyataan terima ngan redha dan yakin (imani) pada QADA dan QADHAR.. Fokus pada apa yg boleh kita lakukan.. Kalau kita kena maafkan .. maafkan lah.. kalau kena minta maaf, beranikan diri untuk meminta maaf.. Belajar pada kesilapan dan jadikan pengajaran.. Jadi org yg proaktif. Bertindak atas kapasiti yg ada dan bukan menunggu org lain lak nak kena berubah.

Wahhh, semngat sungguh aku nye tulisan, apa2 pun selamat beramal la beb.. Adiosss bebeehh..


Jumaat, 13 Jun 2008

Love is CINTA


Love is a VERB not Feeling

Aku petik perkataan ni dari buku Stephen Covey. Menarik bukan. Baik begini kupasan aku. Cinta adalah satu kata kerja bukan perasaan. Hurmm.. Pelik sikit. So aku terjemah dan tafsir kan frasa tadi.

Begini, sebenarnya CINTA bukan lah satu perasaan yg muncul. Tapi ia adalah satu bentuk yg perlu di zahirkan dengan tindakan. Dari tidakan itu lah baru lahirnya perasaan. Tak percaya.

Anda kata anda cinta pada dia. So anda kata cinta itu perasaan anda pada si dia. Kalau lah cinta itu cuma perasaan, maknya anda hanya ada perasaan sahajalah pada si dia. Dan pastinya kalau lah cinta itu anda letakkan pada perasaan semata2 maka akhirnya, hubungan tu tak de la kemana2.

Tapi kalau cinta anda itu anda hasilkan dari tindakan anda, menyanginya, melindunginya, bersama2 dengan nya sewaktu senang dah susah, bekorban untuk nya. Pasti cinta itu makin kuat. Di hujung nya, perasaan cinta itu makin kuat dan makin teguh. Letakkan dahulu tindakan cinta itu dahulu pada segala pankal nya. Pasti anda akan dapat ketahui, perasaan cinta itu akan berbuah dengan ranumnya.

Lihat lah di sekeliling kita, ibu dan ayah kita, menzahirkan cinta mereka pada kita dengan tindakan, sayang dan kasih mereka tidak pernah pudar kepada kita. Kerana cinta itu hasil dari tindakan bukan didasarkan perasaan. Inilah cara sebenar, kalau kita ingin mencintai dan di cintai. Percayalah, CINTA BUKAN PERASAAAN, TAPI TINDAKAN !!!


Rabu, 11 Jun 2008

So ape kes Nii...

“The Significant Problems We Face Cannot be Solved at The Same Level We
Were at When We Created it”



Albert Einstein



 Baik lah, cukup ngan post2 jiwang yang menyebabkan kecalelaruan identity itu. Korang pernah dengar dak tetang apa yg uncle Einstein ni cakap. Bagi aku prinsip ini betul. Aku percaya korang pun akan rasa betul nya.


    Lihat scenario ni:

    Aku kerja dalam bidan perisian. So, tanggung jawab aku adalah membina perisian. Nak tak nak aku kena carik jalan nak selesaikan masalah.  Pada satu masa aku stuck kat satu bugs yg muncul dalam coding aku. Then, aku pun fening2 kepala mencari jalan apesal la bug ni muncul. Aku percaya mesti ada problem kat code aku tapi aku tak tahu kat mana. Aku dah check line by line dan aku pasti, tak de error pun. Hurm, ape masalah nyer ni. Ni yang bosan. Dah masyk satu hari aku carik error bug ni. Tak jumpa.

    Dah seharian aku carik, tak jumpa2, so ngan malu2 kucing aku tanya senior aku. Tak sampai setengah jam dia dah jumpa ape prob aku. Rupa2nya bukan salah code bukan salah ide. Tapi masalah connection string aku yang tak betul. Error nyer hanya naming je. Tu je. Tak sampai satu line.. Hampeh…Sakitnya hati…


    Baik, kita lihat ini. Org yg menyebabkan bug tu muncul adalah aku. So aku create problem tu. Aku ngan alpa telah cuai melihat connection string tu dan disebabkan kelalaian aku. Aku dapat bug yg tak dapat aku selesaikan. Aku usaha mati2an satu hari cari kenapa. Tak jumpa. Pasalnya, aku cuba nak selesaikan problem tu ngan cara yg sama aku create prob tu. Check line by line dan percaya tu masalah code. Dan code tu aku yg tulis.  Di sebabkan kaedah ni la aku tak dapat solve prob aku tu.

    Tapi lain pulak senior aku tu. Dia punya approach nak carik prob bugs tu lebih menyeluruh. Dia lihat dari pandangan yg berbeza. Dia tak tumpu pada satu cara. Dengan kata lain dia selesaikan problem tu bukan menggunakan kaeadah yg sama yg menyebabkan problem tu muncul. Akhirnya, tak sampai satu jam dia dah solve. Laju bukan. Hebat bukan.

    So pengajaran nya, kalau kita menghadapi masalah dan kita nak selesaikan nyer. Kita kena ubah cara kita berfikir. Jangan guna cara berfikir yg sama yang kita gunakan sewaktu kita membuat masalah tu. Berfikir dari padangan yg berbeza dan lebih luas. Jadialah seperti air yg mengalir dimana ia tak mengalir dengan satu jalan je, tapi dengan segenap jalan yg boleh ia lalui..

Semoga aku dan korang semua dapat mengimplemntasikan menda ni dalam hidup..  :)




Blogged with the Flock Browser

Selasa, 10 Jun 2008

Antara Hati dan Perasaan

Aku sedikit jiwang dalam post kali ni. Aku nak ckp pasal perasaan dan menda yang kita semua pernah hadapi. Aku plg suka 'pillow talk' ngan member2 aku. Selalunya masa mcm ni lah kita ckp sesuatu yang dalam nya ada sesuatu. Hahaha..

Semalam ada isu menarik yang aku bualkan. Pernah tak dalam hidup kita ni, kita nak kan sesuatu dan kita mmg nak kan sesuatu, tapi yang pastinya walau besar dan tinggi mana pun kemahuan kita, kita tetap takkan dapat. Sekali pun kita telah usahakan dengan segenap keringat tulang 4 kerat kita.. Kita mmg takkan dapat. Pendek kata mmg tak kan dapat dan mustahil untuk kita dapat kan..

Pernah tak kita menyanyangi seseorang, sayang dan cintai nya dengan sepenuh jiwa raga. Sayang dan cintainya dengan segala perasaan dan hati. Tapi kita tahu cinta dan sayang itu adalah sesuatu yang mustahil untuk kita teruskan, laksanakan mahupun lafazkan. Segala rindu dendam dan kasih sayang itu hanya mampu kita sematkan jauh di lubuk hati. Sakit bukan!! Dan lebih menyakitkan kalau org itu senantiasa berada di samping kita.

Amat perit kalau kita menyangi dan mencitai seseorang tapi kita tahu, sayang dan cinta itu adalah mustahil dan tidak akan terjadi.  Sekali pun apa yang terjadi ia pasti tidak akan terjadi. Memang meyakit kan. Akhirnya apa yang wujud adalah satu ruang kosong dan lohong, yang sunyi di sebalik keriuhan. Sedih dan pilu di sebalik senyuman dan hilai tawa. Ruang kosong yang pada setiap masa bakal melemaskan kita dan perasaan kita. Tambahan pula kalau org itu muncul dengan senyuman yang kita nantikan terukur manis di bibirnya. Maka kita hanya mampu membalas senyuman sedangkan gelora hati yang tersangat sukar untuk tertanggung.

Mencintai dan menyanyangi dalam hal sebegini hanya kan membuatkan kita dalam himpitan emosi yang menyesakkan. Terkapai keseorangan. Pesoalan nya sekarang, bukan lah menzahirkan kasih dan cinta itu. Tapi kekuatan untuk menerima hakikat yang ianya mustahil. Kekauatan untuk menempuh gelora jiwa dan perasaan. Itulah cabaran dan tindakan yang sebenar. Kekatan mental untuk meltakkan kewarasan akal sebagai tunggak utama. Namun berapa org kah yang sudah tersungkur dalam perjanan itu.

Aku mendoakan diri aku dan sesiapa sahaja yang mengalaminya dan bakal mengalaminya agar dikurniakan ketabahan dan kekuatan. Tiada jalan lain melain redha dan berani untuk terus terus melangkah. Sejauh mana kita melangkah dan seteguh mana keberanian kita itu, itulah yang bakal membezakan kita semua.

 

Blogged with the Flock Browser

Ahad, 1 Jun 2008

Catatan Marang Kerapu

Apa yg berlaku dalam 2 hari cuti ni..

Aku rasa aku dah makin elok ngan demam kus-kus aku ni. Mmg tak seronok condition badan aku mcm ni. Rasa tak sihat. Feeling dizzy and uncomfortable. Tapi tu la, ada gak hikmah nya. I make up a decision to not to go to office this weekend and take a good rest.

Ok la, Sabtu lepas, di malam nya aku pergi Subway(Tgh DEMEM wei..). Ngan payid la. Hurm.. Apa yg leh aku ckp, even aku demam, tapi hotdog kat situ sgt besar dan sedap dan sedap. Tak terhabis, so aku bawak balik satu set kerumah. Ingat nak jamah ngan ahli rumah, nampak nya dia org keluar. Tunggu punya tunggu, tak balik lagi so apa lagi aku ngan payid perabihkan la set tu. Huhuhu.. teringat lagi kesedapannya. Bayang kan dalam demam aku leh rasa sedap.

Ari ahad ingat nak rest. Sekali sedar2 badan aku rasa bertenaga. Sihat la pulak. Ni best ni, so apa lagi merengek la kat si payid ajak kuar p Times Square. Humang haih aku sampai je sana terus p food court dia makan sampai empat jenis lauk. Selera besar betul aku. Dalam hati yg penuh gubira aku pergi satu tempat...

Aku p BORDERS... Bestnya. Aku round punya round punya pusing satu borders tu.. lama giler gak la.. So aku sambar  buku ni.. Ala menda dah lama aku nak beli so aku beli la.. Excited gak la bila dah beli. Biasa la aku ni, sentiasa bersemangat. Huhuhuhu.. dah dapat tu terus blah balik KK..(Kota Kemuning yerrr).

Sampai ke rumah.. Terlupa yg aku belum abis baja RD aku untuk bulan ni. Adoiiii.. June nyer dah sampai. So apa lagi aku pun terus dgn tekun membaca RD Mei aku. Rajin nya aku membaca. Sekarang ni aku dah ada byk menda nak di baca. Ada satu novel tu langsung aku tak terbaca. Bila la aku nak sentuh balik natang tu.

Hurm, aku tgk bilik aku ni..Rasa nye nak kena ada perubahan la dalam sebulan 2 ni.. Ehh bukan nak pindah ke??? oooopppssss..

Blogged with the Flock Browser

Sabtu, 17 Mei 2008

Jumpa kat dalam Diari aku..

Ari ni aku tak tahu nak tulis apa, so aku baca balik entry diari hidup aku, byk yg aku tulis, dan aku jumpa satu entry ni.. Entah la, aku rasa terharu sgt aku ada tulis menda ni..hahaha..

Perkara yg aku suka kat Kota Kemuning:

  1. Aku suka tgk kayrel senyum.
  2. Aku suka tgk man ketawa.
  3. Aku suka tgk zan memberi semangat.
  4. Aku suka tgk pyan mendengar.
  5. Aku suka tgk Faizal berbincang.
  6. Aku suka tgk Daus menyapa.
  7. Aku suka tgk Yuyen tensen pasal bil.
  8. Aku suka tgk Fifi konfiden pakai gelang loceng kat kaki.
  9. Aku suka tgk Kamil buat2 blur.
  10. Aku suka tgk Wafi beri penerangan.
  11. Aku suka tgk Shah seriyes.
  12. Aku suka tgk Kak Emili ajar BI.
  13. Aku suka tgk Kak Ariza bagi pay slip.
  14. Aku suka tgk Norin punya msg kat YM.
  15. Aku suka tgk Hariz risau.
  16. Aku suka tgk Din bertegas.
Banyak yg aku suka..

Dan perkara terbaru yg aku suka ..

Payid tinggal dgn aku balik(Sgt Gembira)..

Best kan dunia ni kalau kita sentiasa berdepan dgn menda yg kita suka je. Hahaha..

p/s:
Aku ridukan Yob (anak Perak yg gigih), gang cheer leader aku, cikgu Jo(bakal), budak kecik dari serawak, Shawun yg setiasa bz..Aku betul2 gembira kalau diaorg semua ada dekat aku. Hurm.. :(


--Post ni untuk kawan2 aku je..
Blogged with the Flock Browser

Hurm, mcm mana tu

Isnin ni cuti wesak, dan aku ada 2 hari lagi cuti yg aku tak plan nak buat apa. Hurm. Mcm mana tu kan. Masalah gak ke tu.

Aku kena conduct tarian pembukaan untuk gala night nanti. So plan asal nya nak ber zapin. Kan main lagi la mencari nasihat2 dari kawan2 aku. Mujur gak aku ni ada kawan yg mmg penari. Di nasihat kan menarilah zapin budi, Kate nyer zapin plg senang. Aku tgk la pulak vid belajar tarian zapin. Aduiiii, sakit maa.. susah bangat nih. Mcm mana ni..

Tup2 lak si John ngan Bibi ni lak nak sesuatu yg lebih vouge dari tahun lepas. Aduisss.. Thn lepas aku join gak persembahan pembukaan. Dan hasilnya tak terkata sampai skrg. Huhuhu.. tak best lagsung. Kenapa la aku tak carik je minus one je lagu dikir puteri. Senang. sekurang2nya muzik dia leh cover the story mory kan. Huhuhuhu..

Pk punya pk, aku tanya la nasihat pakar2 penari ni, tentang tarian apa yg senang, senang belajar dan senang senang lahh.. So diaorg nasihat kan lah, JOGET. Diaorg ckp tu tarian senang dan catchy. OOO.ok, so mcm mana tu, aku dapat la vid cara2 nak nari dia. selamat beb..

Then aku decide, kita nari Joget dgn lagu Joget Pahang. Lagu joget untuk ucap selamat datang. Ok la kan.. ni yg kita cari selama ini kan.

Wish me Luck la ye.. ngan tarian Joget Pahang ni..

Blogged with the Flock Browser

Ahad, 11 Mei 2008

Cerita takde Yg Baru

Salam Sejahtera,

Agak lama jugak aku tak mengemaskinikan blog aku. Biasalah agak bz semenjak dua menjak ni(bukan ke nak buang perkataan tu..). Aku kekadang tu terasa letih sgt. Byk sgt menda yg aku pk kan. Adus, susah bgt nih...

RD untuk bulan ni dah sampai, so aku dah ade dua RD kat bilik aku ni. Satu tu dah buruk benor. Isu kali ni byk ttg Trusted Brand. Survey yg RD conduct. So dapat gak info ttg produk2 popular. Hurm.. adakah produk itu POPUPAR atau pun produk tu mmg boleh di PERCAYAi. huhuhu.. mcm2 la zaman skrg ni.

Ada penyeri baru. Entah le berapa lama leh hidup. Tapi cuba untuk survive. Cabaran dari kakak aku. Huhuhu.. patut ke aku sahut.. Arghh.. layan je..

Apa2 pun adios.. Nak tidur, esok nak bgn awal...

Wahhhhh, esok kerja Bestnya..

Blogged with the Flock Browser

Jumaat, 2 Mei 2008

Dari Kota Kemuning ke Sipadan - Siri 1

Alhamdulillah, percutian aku ke Sabah baru2 ni berjalan dgn baik. Selamat pergi dan selamat sampai. Alhamdulillah, aki tak di timpa apa kemalangan yg membawa kemurungan. Semuanya baik2 belaka. Syukur.

Aku nak buka cerita pengalaman aku ni, bukan dari aspek perjalanan aku dan tempat aku lawati. tapi aku nak bukak cerita pada sati cerita benar yg aku sediri dgr dan lihat semasa aku dalam percutian itu. SImple je kejadian dia, tapi membawa erti untuk aku berfikir dan aku nak ajak korans semua berfikir.

Kisah satu:

Dalam perjalanan aku balik dari pulau sipadan, kami singgah di pulau mabul untuk minum petang. Minum petang kat sini tak de la berat sangat, cuma roti buku yang diberi pilahan untuk di sapu ngan jem dan peanut butter. simple sgt. Air dia kena bancuh sediri. Ada tea dan kopi.

Masa kami kat situ, ada satu rombongan famili ni, anaknya tak ramai, rasa aku sorang je. Penat gak la si mama ni melayan anank nya. Ye l;a, keletah anak kecil. anak lelaki lak tu. Ada sekali tu anak nya menjerit ape ntah. Dan mamanya yg kepenatan(ye la, berenang dan menjaga famili dlm masa yg sama) telah menegur anaknya. dan anak  itu senyap. aku pk mungkin dia akanterus memberentok tapi apa terpacul perkataan ni pada mulut anak kecil ini :

"Mama, Im mintak maaf ye"

Aku rasa sgt terharu. Bagi aku anak sekecil itu telah di asuh dgn baik oleh mamanya. Menjadi berani untuk meminta maaf bila melakukan kesilapan. Mari kita merenung diri kita sendiri. Berapa ramaikah anatara kita yg berani untuk meminta maaf jika kita melakukan kesilapan. Bagi aku, org yg tak suka minta maaf adalah org yg tak suka memaafi. Keberangkalian besar kan.

Kisah Dua:

Di tawau atau area2 laut ni, terlalu ramai juga manusia yg tidak mempunyai identiti. Ada org ckp mereka ni org laut yg mana mmg tak pernah ada identiti semenjak lahir. Tu pasal mereka tak pernah bersekolah.

Kat Tawau ni ada pasar basah yg besar. Sinilah tempat aku beli udang kertas besar yg murah. Tapi tu bukan cerita aku nak cerita kat sini. Yang aku nak cerita ni, kalau korang masuk je kawasan apsar ni, ada sekumpulan anak2 kecil yg membawa beg plastik hitam. Kalau ikutkan mcm pengemis kat KL la. Tapi mereka bukan pengemis. Maruah mereka jauh lebih tinggi dari pengemis. Mereka ini bawak beg plastik itam dan menwarkan untuk mengangkut barang2 yg di beli dan sebagai imbalan nya kita bayarlah upah.

Bagi aku, bila aku kenangkan balik anak2 kecil tu, aku rasa sgt terharu. Betapa mereka tetap berusaha mencari rezeki dgn jln yg penuh bermaruah. Tak jumpa pun pengemis di Tawau. Mungkin kerja khidmat yg mereka tawarkan itu simple, tapi ia tetap pekerjaan. Aku rasa bersyukur, even hidup aku masa kecil dulu tak de la sesenang mana namun Alhamdulillah aku masih mampu untuk menuntut ilmu.

Aku rasa tu la dua kisah yg betul2 membuat aku terpk. Anda pula bagaimana?
Blogged with the Flock Browser

Ahad, 20 April 2008

But above all this, I wish you love.


I hope life treats you kind
And I hope you have all you've dreamed of.
And I wish to you, joy and happiness.
But above all this, I wish you love.


Saya nak bukak cerita saya dgn menda ni.. satu rangkap lirik yg di petik dari lagu "I will Always Love You".. Korang pasti pernah dgr kan lagu ni.. Pada yg suka lagu slow and jiwang2 tu mmg patut dgr lagu ni. Aku suka lagu ni, lirik dia dan penyanyi dia nyer suara. Adunan yg mantap. Lengkap dan sesuai hingga ia menjadi juadah hidangan telinga yg sedap dan enak di dengar. Semua nye bagi aku perfect.sempurna. Adus.. tinggi benar pujian aku..(tapi aku tetap percaya yg tiada yg sempur na di alam fana ni..)

Hujung bulan ni aku bakal berpisah ngan seorang opis mate yg aku anggap kakak bg aku kat Kota Kemuning ni. Sedey gak. Ye la, selama ni aku kecoh2 ngan dia..Sembang kuat2 masa pagi2 kat opis. Suara kami la duk sakan bertengkar dan berbincang menda2 yg org pun ramai malas nak pk. Terasa cepat benar berlaku. Pasti aku lepas ni susah nak tgk Zara lagi.(melainkan la kalau dia buat blog letak gambar Zara kan.) Tapi tu la resam pertemuan. Di akhirnya ada perpisahan. Cuma ikhatan persahabatan dan persaudaraan tu lah yg perlu kekal sampai bila2 kan.. Tu mmg tak patut putus. Walau apa2pun kak, saya doakan kak dan famili kak akan terus  berjaya di dunia dan akhirat. Jgn lupakan kita org kat sini ye.

Next week aku nak pergi ke  bercuti. Melancong dalam keadaan project yg sakan benar  on progress. Mati aku nak kejar semua. Start esok aku balik malam la kot. Aku nak siapkan semua sekali sebelum aku bertolak. Semua sekali tau.  Boleh ke ni. :P Hai nak tak  nak aku mmg kena buat la. Tak leh kata apa kan.

Kalau korang perasan aku dah jarang  post  gambar dlm blog aku nih. Hehehe.. mmg la sikit malas rasanya. Pasal byk kerenah. tapi dgn rasa berat ati, aku upload gak la satu gambar poyo ni :P




Hehe.. jgn marah erk.. Korang mesti kutuk kan, dah tua baru nak ada lenen P. Tu pun kecoh. hahaha.. Apa2pun layan beb layan...

But above all this, I wish you love.


Jiwang nye aku..
Blogged with the Flock Browser

Jumaat, 18 April 2008

Apakah Aku Sahabat yg Baik..hehehe..

Aku pernah publish post ni pada tahun lepas. Tapi tu la kan. Takde sapa nak korak archive tu. So aku decide nak republish balik post ni .

Banyak sangat menda mengarut aku post. Kali ni menda baik la sikit.

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Walaupun aku tak tahu adakah sahih sumber ni, tapi aku patut menginsafi untaian nasihat ini. Perosalan untuk aku, apakah aku sendiri mengamalkan nasihat ini. :)

Selasa, 15 April 2008

Sebelum Cahaya..Jiwang kejap

Pada kawan2 aku yg sedang bercinta, tidak kiralah cinta yg sudah di ikat dengan ikatan perkahwinan atau pun yg bakal atau pun yg sedang bestatus pasangan kekasih dan mungkin juga sedang mengukir erti cinta. Aku dedikasikan lirik lagu Letto ni pada semua.


ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

kekuatan hati yang berpegang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta


kan membelaimu cinta

Sejak dua menjak ni aku suka lak dengar lagu jiwang2. Hahaha.. mood ke situ gamaknya. Rasa mcm nak pergi menonton filem Love yg di adaptasikan dari filem Cinta. Kena cari masa dan tempat ni. Rasa kan best dapat tgk kat Pavilion. :P
Blogged with the Flock Browser

Compile semua

Lesen
Alhamdulillah, akhirnya aku lulus gak ujian JPJ aku. dah kali kedua kan. Syukur sgt. Aku adalah candidate pertama ari tu. Gementar gak pasal masa tu enjin semua tak bukak lagi. So takut gak le kalau ada prob kan.
Ujian ari tu aku raswa aku bawak kereta plg confident. Pgwi JPJ sebelah aku tu senyap je. SO aku bawak dgn tenang la jugak.
Dijangkakan khamis or rabu ni dapat la lesen P aku. Untuk moto dan kereta. Alhamdulillah. Selesai satu bab dalam riwayat hidup aku. :)

Nazar
Maka aku kena menunaikan nazar aku. Pada ptg Jumaat tu aku dgn lapang dada pergi cari kedai gunting rambut. Tak cari pun pasal aku mg dah aim kedai tu lama pun. Bila aku ckp nak botak dia agak terkejut la jugak. Then tgh dia membotakkan kepala aku dia tanya kenapa? Then aku ckp je mmg nak botak. Pasal dia ingat aku nak kerja pe ke..
Start ari Isnin aku berpuasa. InsyaAllah ari ni ari kedua aku. Kena abiskan 7 ari. Mujur aku tak niat berturut2. So kalau terkehel nak makan. Tak de la dosa kot.Tapi aku akan cuba habiskan dulu. Secepat mungkin.

PC Fair
Sabtu lepas pergi pc fair. Sesak bgt. Aku pergi ngan kawan2 aku. Semua bakal cikgu. Peramah dan mmg sesuai menjadi cikgu. Terpancar dari perbualan mereka yg mereka mmg bersemangat untuk menjadi pendidik. Alhamdulillah la. kerja mulia tu.
Dia org plan nak beli notebook. Aku tgk org nak beli notebook tu, mcm beli ikan kat pasar dah. Bersesak2 sgt. Mcm hapa lagi. Ye la kan, hargi dia jatuh byk. Sgt murah ade yg jatuh sampai 4 ratus lebey. AKu mmg rambang mata.
Dalam tak nak beli apa2.Aku ter usha gak camera degital. Humang haih. berkenan ngan satu jenama ni. Terus sambar satu. Ok la.. mmg best bg aku. Puas hati dan malas nak pk lain. FujiFilm FinePix J10.

Blog
Ni part menarik, Opis mate aku dah ramai ade blog. 8 org dah. Semua ada cerita yg menarik. Menceritakan ttg kehidupan. Mmg menarik. Banyak pilihan la aku nak baca blog. Hehehe..

Blogged with the Flock Browser

Khamis, 10 April 2008

Doakan aku Lulus

Esok aku akan mengulang ujian JPJ untuk lesen kereta aku. Makna kata aku pernah gagal dalam ujian. Gambaran saat aku  digagalkan masih kuat dalam kotak ingatan aku. Dan ia sangat menghantui hidup aku skrg.

Dan esok, sekali lagi aku akan menjalani ujian yg sama. Di jalan yg sama, yg mungkin berbeza penguji dan kereta. Entah lah. Aku rupanya seorang yg takut gagal. Sering kali bila aku menzahirakan keresahan dan kebimbangan aku untuk ujian esok. Ada di antara kawan2 aku yg berkata, tidak mengapa pasalnya boleh amik lagi sekali. Hurm.. Aku kagum dgn mereka, betapa keberanian mereka untuk berdepan dgn kegagalan.

Dan esok, aku sekali lagi akan menduduki ujian yg sama. Aku kena akui yg aku ini sebenarnya takut akan kegagalan. Wah, membuka pekung di dada. Namun itu hakikat aku. Aku semestinya faham bahawa ia buruk dan aku kena buang jauh2 dari diri aku. Mungkin kegagalan ini adalah kegagalan yg di anugerahkan untuk aku belajar. Belajar untuk memahami dan mendepani erti sebuah kegagalan.

Dan esok, aku akan kesana..untuk ujian JPJ. Aku berdoa agar aku di berikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi detik ujian itu. Aku berdoa agar aku di berikan oleh Allah, lulus ujian esok. Setelah segala usaha aku lakukan.. dan kini aku hanya perlu dan mampu untuk berdoa dan bertawakkal. Agar esok..aku lulus ujian memandu.Lulus dengan keadaan yg terbaik.

Aku bernazar jika aku lulus, aku akan botakkan kepala aku dan aku akan berpuasa 7 hari mengikut kemampuan aku. Tanda aku bersyukur atas nikmat dan rahmat yg diberikan.

Doakan aku lulus.. Doakan aku menjadi org yg tabah dan tenang.. Aku mengharapakan doa kalian.. Doakanlah untuk aku.

Blogged with the Flock Browser

Rabu, 9 April 2008

Nasihat pada untaian pantun

Aku baru-baru ni menceritakan kehidupan aku dan kesedihan aku pada kawan aku. Sememangnya aku akui, beliau banyak memahami tetang aku. Jiwa aku dan perasaan aku. Seolah2 dia tahu setakat manakah kerasionalan aku menghadapi terjah kehidupan.

Lalu dia mencadangkan pada aku agar memahami satu lirik rankaian pantun yg disusun indah menjadi lagu. Semalu Rimba judulnya. Dinyanyikan oleh Noraniza Idris. AKu kira sangat terkena nasihatnya pada batang hidung aku.


Puteri kasih turun beradu
Malam nan hiba meneman mimpi
Merpati putih terpijak rindu
Semalu rimba memujuk sepi

Apa ditunjuk tanah seberang
Entahkan ladang entahkan tidak
Apa dirajuk padanya orang
Entahkan sayang entahkan tidak

Berarak awan semalam malaman
Namun hujan di tengahari
Merak kayangan sesat di laman
Ayam di reban membawa diri

Pulaulah rakit pantainya indah
Tariklah sampan turun menuba
Walaupun langit terasa rendah
Tidaklah bulan jatuh ke riba

Pepohon rendah akar sebatang
Dihinggap nuri duduk sekawan
Bulan yang indah dipagar bintang
Tinggal mentari disaput awan


Blogged with the Flock Browser

Doa Di Pagi Hari

Dengan namamu Ya Allah
Kami meminta pada waktu pagi dan petang
bagi mengisi pujian pada waktu pagi dan petang
kurniakan kami dari sisiMu petunjuk
Tunjukkan kami jalan kebaikan
sesungguhnya ketaqwaan kpd Allah
cahaya dan jalan kejayaan
Blogged with the Flock Browser

Ahad, 6 April 2008

Lengkap Sudah

Syukur, akhirnya umah yg aku ni lengkap la keperluannya. Dari set dapur, meja makan, ruang tamu, tv dan siaran astronyer, peti ais, water heater dan yg terbaru..mesin basuh.

Aku harap dengan adanya semua peralatan ni, kehidupan kat rumah ni makin best dan bak kata org.. Home Sweet Home..

Blogged with the Flock Browser

Hari yg Gelap

Jumaat lepas adalah hari yg plg aku rasa sedih dan rasa give up sgt. :(

Aku fail JPJ untuk kereta. Untuk ujian bahagian dunia, pasal pemanduan di jalan raya. Entah la, aku pun setuju aku mmg patut fail. Cuma ye la, aku rasa sgt sedey kot. Balik2 je terus aku rahat sampai terlelap. Sedar2 Kayrel dah balik.

Mujur la ada Kayrel ngan Man ari tu. Dia org kasik saupport kat aku. Aku kembali ceria. hurm.. ye la dunia belum berakhir kan. Rasa kembali tenang. dalam saat aku rasa down giler, alhamdulillah, aku masih ada kawan yg tetap memberi sokongan. Terutama budak serumah aku. Kayrel, Man and Shah. Thx buat korang.

Blogged with the Flock Browser

Ahad, 23 Mac 2008

Masak

Hurm, aku ada beberapa plan untuk memasak dalam 2 tiga minggu ni. setelah kejayaan memasak spaghetti yg sedap(thx to shah).. aku rasa aku nak cuba masak menda2 lain. tapi aku tak cadang nak masak time weekdays.. tapi kalau weekend tu ada org ke kat rumah. :))

So aku plan nak try masak :

  1. Dadih(mintak man amik resepi istimewa dari parents dia..sedap tau dadih tu)
  2. macaroni and cheese. terpengaruh dalam AFC.
  3. Sup ayam(teringat sop si fifi yg sedap tu).
  4. Tomyam ayam.hurm..terliur.resepi mudah dari Shawun..
  5. Sayur goreng(man terer masak ni)
  6. Nasi goreng!!!
  7. Bihun Goreng!!!
So mcm mana? mampu ke aku merealisasikan menda2 ni semua. ala, kalau nak masak pun seminggu sekali kira ok la tu kan. :P Lagipun dah lama tak try masak. Lagipun semakin terpengaruh dgn AFC nye channel tu. Senang je tgk dia org masak. hehehehe..

Ala 6 resepi je, so pada semua housemate aku, bersedialah untuk makan2 nanti..

p/s: shah pandai masak.tu yg berani nak masak tu.hehehe..
Blogged with the Flock Browser

Selasa, 18 Mac 2008

Ranking First tu...



Tangga Pertama Carian GOOGLE !!!!!!








Setelah sekian lama aku memblog.. takde la lama sgt.. akhirnya judul blog aku mendapat tempat pertama carian google. Aku selalu gak check ranking aku. Dan ari ni baru la dapat first. terus la aku print screen. Kena kekalkan kedudukan.. terus semngat nak menulis BLOG. hehehehe..
Blogged with the Flock Browser

Isnin, 17 Mac 2008

Melaka

Sabtu lepas aku menggahi diri aku pergi ke Melaka. Dengan menaiki kereta neo kawan aku.. berdesup sampai melaka dalam pkl 10 mlm ari jumaat. Lety yg amat dan terus ke hotel check in dan menetap terus aku mlm tu. Tinggal sorang berteman kan note book aku yg comel ini.






Kawan aku pergi mana ntah.. so aku pun prepare bahan yg nak diceramah esok. adus.. aku tak buat apa pun lagi ni.. semua nya tak de lagi.. penat la mcm ni.. hurm, aku mmg mcm ni. lagipun last2 minute ni la baru datang idea. tup2 dalam tidur dan mata kuyu tu sempat gak aku siapkan slide ceramah aku dalam pukul 3 pagi kot. Nak tidur lak takut terlelap sgt. Ye la kalau kawan aku balik sapa lak nak bukak pintu bilik. Haish.. cabaran sungguh. dlm tak dia..lena gak aku. dia rupanya balik pukul 7 pagi. aduuuuiiiihh..

So, dlm syok nak sarapan pagi.. ftmk call kater aku ganti slot ceramah satu. ceit.. melepas aku nak menjamah sarapan pagi dalam keadaan yg best.tak pe2.. demi berkongsi ilmu semua ini bisa ku tempuh..






dah penat ceramah tu.. tup2 kena tunggu lak sampai pukul . Adus.. mcm mana ni kena la minta maaf kat Kawan aku si Zizan ni. Sian lak.. hurm.. dah le tuh.. balik je otel.. dah letih bgt. rehat2 dalam pukul 4 ptg tu, akwan aku Zaki dtg. so sempat la aku borak2 ngan dia. Hurm.. kat bedah.. sebelah je ngan otel. tak lama pun, pasal aku ngan si kawan aku yg se otel tu nak pi pick up Zizan dan pergi ke Dataran Pahlawan. Jalan2.. Apa2 pun.. ni la gambar kita org..







Blogged with Flock

Rabu, 5 Mac 2008

Letih.. Balik Kampung..

Semenjak dua menjak ni.. aku rasa tersangat letih.. teramat2 letih.. dan kadang kala buat aku tak bermaya.. mungkin otak aku tak cukup rehat.. ada sahaja benda2 yg berputar2 dalam kepala ni.. malah.. menda yg kecik2 pun aku fikir.. itu semua buat aku letih.. letih yg teramat..

Aku amik cuti dua hari. dan membawa makna aku bercuti selama empat hari.. lama tuh.. aku balik kg. aku nak balik kampung.nak jumpa mak aku, opah aku, adik2 aku.. aku nak berehat di kampung. aku tak nak fikir2 lagi.. aku arap otak aku dapat rehat.. dah penat dah..

Man, Kayrel dan shah.. jaga bilik aku yg semak dan terabur tu.. tolong tengok2 kan ye.. aku nak cuti.. dah lama aku tak balik kampung..

Yamin, selamat pulang ke kampung..

Blogged with Flock

Ahad, 2 Mac 2008

KL yg Happening Selalu

Alhamdulillah, hari ini aku dapat berjalan2 sekitar KL dan pergi ke tempat yg aku nak pergi. Syukur kerana dgn sedikit rezeki yg aku ada, dapat jua aku menikmati pada benda yg aku ingin nikmati.

Seawal pagi lagi(tak la pagi sgt). Aku bergerak ke KL. Dengan berbekalkan semangat yg membera aku terus melangkah berjalan sekita KLCC. Alahai biasa sgt kan. Tak de ape yg menarik.. Tapi untuk memastikan ia menjadi berlainan, aku pergi menjamah ke restoran yg dah lama aku idam kan untuk aku makan.hehehe.. aku pergi Chili's.. sebelah TGV tu la. Sampai sana awal kot.. org tak ramai..





Ni la bar tu.. Chili's.. Ramai kan org kat depan dia.. Kerumun nak masuk.. tapi kena tunggu giliran. Mujur aku dtg awal. Leh masuk terus tanpa beratur2






Hehehe.. Siap ade penanda lagi kat menu dia.. Aku pun tak tahu untuk apa..





Aku amik Coca-cola je. Air lain tak minta. Pasal aku nak rasa satu menda tu.. Mcm sedap je.






Menda ni, kalau ada aku mmg tak lupa nak order. Sop cendawan la senang cerita. Sedap siot.. Mmg teringat lagi kesedapan dia.





Haaa.. nila yg aku nak rasa.. Burger daging lembu.. Hehehe.. besar nak mapus.. nampak tak dia bagi pisau tu. Suh kerat. Maklum la.. Mulut org asia kecik.Hehehe. Kentang dia sedap sgt.






Aduss.. Cebisan yg terakhir.. Aku dah tak fulll sgt.. Tapi kena abis kan gak la.. adoi laa... Makan2





O lepas habis aku makan2 dan rehat kan diri kejap.. Ye la perut full.. aku pergi la pulak ke Bukit Bintang. Aduss.. tup2 dah sapai dekat LRT.. ade lak masalah teknikal. LRT tu kan autopilot.. Org tu cakap.. dia tak detect stesen KLCC. So train tak berenti. Adus.. boleh lak mcm tu. Org punya la sesak. Aku tak sempat nak amik gambar.. Tidak leh share ngan korang.. Tapi, masa tu semua duk risau..kot2 la ade rusuhan ke.. perarakan ke.. tapi mmg masalah teknikal..

Dalam sejam lebey gak tunggu. Train operasi seperti biasa.. Naik dari situ. turun kat Dang Wangi naik lak Monorail Bukit Nenas turun Kat Bukit BIntang.. Aduss.. banyak lak bukit bukau nya.. Hehehe.

Dah sapai sana aku masuk Plaza Sungei Wang carik surau(adus.. perlu cerita ke..). Meilau carik tapi sambil carik tu, aku usha2 la salon2 rambut kat situ. Ye la rambut dah serabai bangat. Lepas tunai apa yg wajib aku pun terus la pergi satu salon ni. Lupa lak nak amik gambar salon ni.. Gunting rambut. Urut kepala hapa bagai.. Mmg rasa mcm relase sgt. Ye la.. aku mmg dah lama tak kena urut kepala mcm tu. Nak tertidur la pulak..

KAli ni, aku di gunting rambutkan oleh senior kat situ.. Rabak RM 45. Tapi ok la kot. Kemas dia buat. cuma aku la. kejap je dia set lepas tu rambut aku aku set cara aku. :) Kalau tahu di stylist tu mahu dia tensen. Dia siap nak highlight lagik. Kalau la aku tak balik ngundi ujung minggu ni. Dah lama dah aku buat. Aduss.. boleh ke.. hehehe.. Tapi ok la. Mesra. Dia bagi air tapi aku tak kusik pun. Ade je atas meja tu.. Servis dia ok. ye la dah mahal kan. Kalau cincai je ade lak yg kena maki. Huhuhu..

Lepas dah siap tu. Aku pergi lak pavilion. Hehehe.. Aku pergi Kenko Reflexology & Fish Spa.. Aku nak sedekah kulit kaki aku ni kat ikan.. hahaha.. Best siot. Yg ni aku ada gambar dia..





Ha.. nila tempat tu.. Kat sebelah GSC tu.. dekat ngan red box. Pergi la.. Ari aku pergi ni. Org tak sesak. Tapi penuh gak la..




Tu nampak tak ikan2 tu. Adus kalau first time letak. Aku nak gelak je. Geli siot. Siyes ckp.. Aku tak tipu. Korang p la. Huhuhu. Ikan yg dtg tu kan dah besar2 belaka. Aku terbayang mcm lintah je. Hehehe.. Tapi kan ikan ni mmg tak takut dah kat manusia. Dia nampak je kaki kat atas. dah kerumun dah.. Makanan beb...





Hihi.. sebelah aku tu seorang sis chinese. Baik siap sembang2 ngan aku. Dia selalu dtg kate nye la. Aku percaya gak. Pasal dia cool je masa letak kaki. Aku dan sesapa yg first time tu.. kerja kami duk jerit la..


So apa rasa erk lepas kena makan di ikan2 tu... Hehehe.. Kaki korang mmg rasa licin la. Dan rasa macam ringan kot. Entah le. Ke perasaan aku. Sapa nak cantik kan kaki..dtg la. selalu pergi bagus gak. Pasal lagi kenyang dan membesar ikan tu.. hehehe..

Adus.. lepas habis spa tu p[ergi minum kat Food Republic dan balik. Tamat la perjalanan ke KL aku.. Mmg Enjoy la. Pasal buat apa yg kita suka. Ni mesti kata pasal dapat bonus kan.. Hahaha. Aku pergi pun pasal mmg nak rasa la. Korang try la. Kat venue2 yg aku cakap tadi. Plg menarik fish spa la.. Mmg best. hehehe.


Bnyak gak pitis kuar ni.. Esok  catuan makan la gamak nya. Hahaha..

Blogged with Flock

Sabtu, 1 Mac 2008

Latihan memendu sebelum QTI

Alhamdulillah, ari ni aku belajr memandu extra 2 jam. 2 jam pertama aku jam atas jalan raya. Panjang sungguh jem dia. aku pun tak tahu kenapa. Sian tgk police trafik tu. Kelam kabut jaga. So sebagai ganti, bos sek memandu tu suruh aku belajar memandu untuk 2 jam. Dalam 45 pertama tu, aku belajar litar sambil ditemani seorang perempuan. Org pakistan campur melayu. Cantik. Bercita2 nak jadik dr. Baru abis STPM dan kerja as Cikgu sek tadika buat sementara waktu.

Dan yg lucu nya, sepanjang aku amik parking tak pernah langgar tiang, pasal dia ada la kot.. Gabra la jugak.. terlanggar tiang. Lucu la pulak. Berpeluh2 aku memandu dalam litar. Duk pusing berapa round ntah.

Dan untuk sejam seterusnya, aku lagik sekali bawak calon balik ke sek. Alhamdulillah.. pengalaman best giler. Aku bawak dalam highway federal. Hehehe.. laju sampai aji tu pun suruh bawak pelan.hehehe.. Ye la.. dah le kereta penuh.. Salah lak tu pasal bawak penumpang. AKu kan lesen L lagik. :P sori Aji.. excited giler..

Dah habis antar dia org.. aku bawak kereta slow2 je balik rumah. Huhuhu.. dah jadik mcm kereta aku la pulak. Bestnye kalau ada kereta.. Aji ckp tadi.. dia confident aku lulus.. cuma dia pesan.. jgn terlalu semangat sangat masa bawak kereta... Bawak pelan2.. dah ade lesen nanti.. bawak le laju...

Haha.. Apa2 pun.. syukur.. Alhamdulillah..

Aku belajar dalam pelajaran tersusah dan moga dengan itu.. aku lebih tabah..

Blogged with Flock

I'm the survivor

Aku akan teruskan melangkah dan aku tidak akan berhenti sedemikian sahaja. Aku tidak akan terkalah dengan semudah itu sahaja. Aku tak akan mengalah dengan sesenang itu shaja. Aku adalah aku yg tabah dan cekal menghadapi kerenah hidup. Walau sesukar mana pun yg aku hadapi, aku akan tetap terus menuju kehadapan.

Terima kasih tuhan, kerana memberikan aku pengajaran dalam kehidupan dengan tunjuk ajar yg sukar dan payah. Dengan itu, aku belajar agar tidak akan berhenti begitu sahaja. Aku mampu. Tidak ada tempat lain untuk kita perlu bergnatung harap melain kan pada ke EsaanNya jua. Aku percaya itu.

I'm the survivor.

Blogged with Flock

Isnin, 25 Februari 2008

Mkan di Kedai Kopi, Taman Tasik Shah Alam

Ari ni aku kena hantar notebook adik aku. Setelah seklian lama terbengkalai kat tempat aku. Hahaha.. Thx pada Kayrel yg sudi mebawak aku kesana. Dalam pada tu gak.. kami kira on the way la kuar makan2.. so ke mana ye kami pergi..

Kedai Kopi Tasik Shah Alam.. hehehe.. kira mcm seberang restoran Seafood tu la jugak.. Menu kat sini kebanyakan nya biasa sahaja mcm kopitiam2 yg lain. Suasana pun agak santai dan lokasi nye di tepi tasik dan juga cara letak meja telah menimbulkan suasana santai. Malam kami pergi ni udara agak panas gak la.. Tapi ok la..

Dari segi juadah pulak, aku kira sedap la jugak dan ok. Puas hati untuk kalau kita pergi nak sembang2.. Cuma jgn hujan la pasal sini semua jenis mcm payung je..huhuhu.. Nila apa yg aku makan.. :




Ni gelas air.. kertas jer.. sep sungguh..




Aku ngan man pilih menda ni.. Fried Loo Shee Fun.. Rasa macam koew teow




Ni pi nggan plg besar.. Kayrel order Nasi goreng Cina..




Ni nasi goreng Neenas Ikan MAsin.. Shah order




Habis kita org makan..




Shah ngan Kayrel sedang berbincang ape ntah.. Tapi bukan pasal PRU-12



Ternyata suasana makan malam hari ni mmg ada mood.. Macam2 cerita menarik kami kongsi bersama.. hahaha.. cerita apa tu erk.. hahaha.. rahsia .. Apa2 pun Kedai Kopi ni mmg ok la kalau nak dijadikan destinasi makan2 yg santai. Harga dia berpatutan la.. Tak sampai saploh hinggit pun sorang.. mmg ok..

Blogged with Flock