Para pembaca, jika korang mempunyai peluang dan ruang, aku cadangkan korang membaca novel ini: Laskar Pelangi, karya saudara Andrea Hirata.
Novelnya sgt bagus dan menyentuh hati sanubari. Lain la kalau hati korang keras dan kematu. Pertama kali aku menyisip helai2 novel ini lewat di sebuah toko buku di seksyen 18. Tatkala aku sedang menunggu hidangan makan tgh hariku disajikan. Aku agak terkesan dgn sinopsis dan bahasa cerita novel ini. Persis satu desiran angin sejuk menyelinap masuk ke ruang2 hatiku dan mebisikkan betapa novel ini harus aku miliki. Perjalanan pulang ke kantor membuatkan aku tidak sabar2 mencari erti keghairahan aku ingin membaca novel ini.
Korang pernah dgr Lagu Laskar Pelangi? Satu lagu yg mendatari filem Laskar Pelangi( Filem ini diangkat daripada novel ini ). Kalau filem dan lagu itu memberi makna bg korang lantas aku cadangkan pada korang, bacalah novel ini. Novel ini terbit sebelum novel Ayat-Ayat Cinta yg hebat itu. Ceritanya bagi aku lebih realistik dan Islami daripada novel Ayat2 Cinta. Aku tidak ingin membandingkan novel Ayat2 Cinta karya Habiburahman itu. Ya aku akui novel saudara Habiburahman itu sgt hebat dan menjelaskan tentang keindahan hidup beragama.
Laskar Pelangi pula punya lanskap dan penceritaan yg berbeza. Tentang realiti kehidupan nusantara dan mehnah serta tribulasi hidup di daerah yg penuh kekurangan. Novel ini membawa aku sejanak mengimbau perjalanan aku ke Sipadan. Tatkala aku bagitau kawan aku yg aku tak mungkin tegar untuk hidup dikawasan sedemikian. Sedangkan kawasan2 itu jauh lebih maju daripada Pulau Belitong.
Tatkala aku menulis post ini, aku telah mebaca hampir ke bab 7. AKu tidak suka memberi ulasan sehingga habis membacanya. Namun kali ini lain. Sedari awal lagi aku sudah tidak sabar2 untuk bercerita pada korang tentang novel ini. Membacanya seperti menonton wayang. Imiginasi korang akan melayang membayangkan perjalanan cerita yg disusun dengan baik sekali. Dalam baris2 ayatnya itu terselit nasihat yg menyentakkan kita.
Aku titipkan di sini dua baris ayat yg membuat aku terdiam seketika:
Beliau meyakinkan kami bahwa hidup bisa demikian bahagia dalam keterbatasan jika dimaknai dengan keikhlasan berkorban untuk sesama.Lalu beliau menyampaikan sebuah prinsip yang diam-diam menyelinap jauh ke dalam dadaku serta memberi arah bagiku hingga dewasa,yaitu bahwa hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.
Mungkin aku terlewat untuk mebacanya. Memandangkan novel ini dipasarkan sekitar tahun 2008. Namun tidak mengapa. Tidak ada yg terlewat bila kita mahu membacanya. Ceritanya tetap malar. Ceritanya tetap penuh keinsafan.
Sekali lagi buat korang. Carilah novel ini. Dan bacalah.