Memaparkan catatan dengan label Mental. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mental. Papar semua catatan

Ahad, 24 Februari 2008

Aku tak jamah Nasi.. Kenapa erk?

Sudah dua hari aku tak menjamah makanan yg ada unsur2 nasi dan minyak yg melampau. Tekak aku terasa loya lak bila makan makanan yg sedemikian. mual dan rasa kurang selesa sehinggakan aku terasa begitu was2 tetang keadaan kesihatan aku.

Mungkin selama ini, aku asyik katakan yg aku nak kurang kan makan makanan bernasi dan mungkin ini lah natijah nya. Huhuhuhu. Tapi tak pulak aku rasa letih dan keresahan dengan ragam perut aku. Ok je la pulak. Dan bertenaga seperti biasa. Pasal tenaga tu mmg tak yah nafikan lagi. Stok2 lemak kat perut aku ni mmg cukup lagi untuk menampaung keperluan tenaga harian aku.. hehehe..

Ari ni kuar makan reramai satu rumah. Makan dekat je. Port biasa di kedai mamak tu. Dan menu aku comfirm lah roti Nan ngan milo ais. Tu je la kot makanan plg berat aku amik. Sat tadi petang aku makan menda tu.. mee goreng segera..hehehe..

Emosi aku masih tak stabil. :)

Chau cin cau..

Yg terindah hanya Milik Tuhan

Syukur dan gembira..

Semalam tuhan telah memberikan aku sedikit rasa sedih dan kecewa sehinggakan aku hampir2 melupakan Qada' dan Qadar nya.. Rupa2nya ari ni tuhan nak beri aku sebanyak kegembiraan. Hahahaha. Maka benar lah perancangan tuhan itu lebih sempurna dan terbaik.

Apa ya? Hahaha. Alhamdulillh segala urusan pembelajaran pemanduan aku berjalan dengan baik. Segala tunjuk ajar dan nasihat oleh cikgu memandu itu dapat aku lakukan sedaya mungkin oleh aku. Sekalipun tidak lah sesempurna mungkin, Al maklumlah penuh ke BLUR an. tapi better then yesterday.

Sebagai bonus, aku telah diberi peluang oleh tuhan untuk aku belajar dalam keadaan yg EKSTRIM. Ari ni kerja aku ulang alik je dengan kereta tersebut. Di mulakan dengan mengambil aku dan aku juga di beri peluang untuk mengambil dna menghantar pulang calon2 sek memandu tu.Syukur, aku juga dapat melaksanakan latihan dalam litar dalam keadaan yg cukup sifatnya (sebagai pemandu baru la).

Plaing aku rasa sgt teruja, aku di beri peluang membwa kereta ke KLANG dan ulang balik ke KOTA KEMUNING. dan ketika jalan raya agak sesak dan sedikit Jam yg agak panjang la jugak. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar.

Syukur2..Alhamdulillah..

Sabtu, 23 Februari 2008

Mungkin kah aku yg Bersalah

Setelah aku perhalusi, biarlah aku katakan, tulisan aku dalam bl0g ini bukan lah untuk menghentam dan menjatuh kan maruah orang lain dengan maki hamun dan merendah kan maruah org lain.

Aku sedaya mungkin, secara sinis nya, memberi bedak pada org yg telah menempelkan tahi pada ku. Memberi wangian setelah dikentutkan sahaja. Dengan harapan agar aku mencotohi sikap terpuji. namu sikap terpuji itu belum cukup kuat aku laksanakan kerana aku ni penuh jugak kekejian.

Justeru aku beranggapan, bahawasanya aku ini terlalu gelojoh dalam memberi penarafan sehingga rupaya aku sekadar diketawakan sahaja. Kedangkalan aku mencerminkan kegopohan aku jua layaknya. Mana mungkin kusangka kopi yg sedap kalau tidak tahu cukup kah gula dan serbuknya. sekadar pada ukiran dan hiasan cawan yg menarik, lalu dilabelkan pada jenama yg gah. belum cukup untuk aku katakan, itu kopi kegemaran ku.

Maka benarlah, dunia ini fana.. keindahan nya adalah fatamorgana. dan ia penuh dengan kepura-puraan.

Selayaknya segala pujian yg agung itu adalah milikNya dan segala pengabdian dan kesetian itu juga hanyalah untukNya.

Ya Allah, aku mohon pada mu ketabahan dan kesabaran. Tunjukkan lah pada ku segala yg tersembunyi agar aku ketahui antara kebnaran dan ilusi aku sendiri. Ya tuhan, aku ini hanyalah hamba mu yg kerdil dan hina. Pada Mu jualah tempat aku bergantung harap.

Selasa, 12 Februari 2008

AsKayMan

Rasanya semua org tahu yg aku stay kat umah company yg aku kira cukup best la. Even rumah tu usang la sikit tapi ok la. Sebagai teratak tempat kami bertumpang teduh, rasanya perlu sgt untuk aku bersyukur. Aku seringkali juga menamakan rumah tu sebagai Villa AsKayMan. Cantuman nama daripada org yg menetap kat situ. Aku, Kayrel dan Man. Dah hampir 7 bulan la jugak kami stay kat umah tu. Dan dah bermacam2 la perkara yg dah kami lalui. Suka duka, pahit getir dan tawa mesra.hahaha.



Aku Ngan Man




Aku Ngan Kayrel

Jumaat, 23 November 2007

Hilang

Hampir setahun aku dah kuar dari dunia pendidikan.. Aku sudah bekerja.. Aku dah ada di alam pekerjaan. Dan aku sedang meniti hari2 yang aku hidup dengan hasil titik peluh aku sendiri. Aku bersyukur di atas kelapangan rezeki yg dicurahkah olehNya. Syukur..

Tapi aku rasa, semakin hari berlalu, semakin hilang semangat juang dalam diri aku ni. Apakah aku sudah hidup dalam ruang selesa? Apakah aku sudah terbuai dengan nikmat yg aku kecapi. Semangat juang aku yg dulu semakin hilang. Aku dapat rasakan.. Dan ia amat menakutkan aku. Aku takut!!!

Aku telah dilimpahi dengan segala pujian. Benar, pujian itu madu, namun kalau berlebihan ia menjadi racun dalam hidup kita. Aku masih ingat, suatu ketika dulu aku bangkit dari penghinaan, dari kejian org di sekeliling aku. Aku berjaya buktikan yg aku ini 'seseorang' dalam dunia ni. Setelah aku mengecap apa yg aku inginkan, aku dapat rasakan kehidupan aku semakin malar..

Apakah aku di ambang kejatuhan?

Aku mahukan sesuatu yang MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA !!!!

Moga yg terbaik untuku dan jika yg terbaik itu yg terpahit, mohon agar aku dapat menjadi insan yg tabah dan kuat menelan kepahitan itu.

Blogged with Flock