Rabu, 15 Oktober 2008

Setenang air di kali

12.33 AM

Hujan semakin lebat. Jarang sekali hujan diwaktu sebigini. Bunyi curahan hujan dan diselang seli bunyi guruh membuat aku mengalamun seketika. Ini muzik yang sangat indah. Ketenangan menusuk kalbu dan susuk tubuh ini dibaluti kedenginan yang amat mengasyikkan. Sudah pasti, keseokan pagi denai hijau reserve saluran  paip dihadapan villa bujang aku ini akan menghijau segar. Tak sabar aku ingin menatapnya di pagi hari. 

Baru-baru ini aku kongsikan beberapa lirik lagu yang disusun indah diruang bincang maya. Lantaran menggunakan emosi dan perasaan, terus dipandang jiwang dan disuruh diberhentikan. Mujur ada yang memahami. Lalu seisi ahli bincang dibawa bersama untuk menghayati erti lirik dari sudut maknaiyah. Manusia sering kali menafsir dengan membabi buta dan ada banyak juga melihat dari sudut emosi dan nafsu manusiawi. Lalu keindahan sebenar dinoda oleh lakaran-lakaran comot kedangkalan manusia. Aku tidak memaksudkan sesiapa. Cuma itu secara umumnya anak adam itu begitu. Dan ia termasuk aku.

Aku sudah menetapkan racangan percutian aku untuk tahun depan. Peta kehidupan harus dilakar. Itu prinsip aku. Rancagan perlu diatur, bukan sahaja untuk hari esok atau lusa, tapi lebih kehadapan dari itu. Aku sudah terbiasa dengan membina peta kehidupan. Ada juga orang di sekeliling aku memerli aku dengan tindakan dan prinsip aku yang sebegini. Tapi persetankan sahaja. Aku cuma yakin, Tuhan juga benarkan manusia menentukan corak hidupnya. Bukankah kita telah diberitahu yang Maha Penguasa tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mana mereka sendiri tidak mahu mengubahnya. Tuntas sekali, tuhan beri kebebasan untuk manusia merancang, tapi aku juga perlu ingat ketentuannya bukan di tangan aku!!!

Berkenaan dengan percutian aku kali ini, aku akan berkongsi dengan kalian panda entri akan datang, aku doakan ia dapat dilaksanakan tanpa ada kecelakaan. Harap benar agar kali ini ia akan benar-benar membuat aku rehat dan tenang.



0 comments: