Rabu, 24 September 2008

Hidup dan Jalan

Post kali ini ada sedikit renungan bersama.

Seringkali kita akan bersedih dan terasa kehilangan sesuatu. Perpisah adalah satu lumrah biasa dalam kehidupan. Semua orang mengetahuinya. Persoalan nya bagaimanakah kita akan berdepan dengan perpisahan itu.

Hidup ini boleh juga di ibaratkan satu perjalanan. Di hujungnya nanti adalah pertemuan kita dengan Yang Maha Pencipta. Jadi kita diminta dan disuruh agar menghargai perjalanan kita yang singkat ini. Di isi dengan perkara yang berfaedah dan di bentuk dengan ketaatan yang haq.

Sudah pasti sepenjang perjalan kita ini, kita akan bertemu dengan seribu macam cerita dan tempat. Mengharungi segala mehnah dan kerenah. Menelan segala yang pahit dan manis. Hilai tawa dan sedu tangis silih berganti. Bukankah ini yang mewarnai perjalan hidup kita.. Malah dengan pengalaman sebeginilah menjadikan kita adalah kita ketika ini. Membentuk dan melentur pribadi dan perilaku kita. Menentukan adakah kita ini bersemangat waja atau rapuh dan mudah dirempuh.

Percayalah kita akan bertemu dan berkenalan dengan seribu macam manusia. Dan ada ketikanya kita akan berjalan bersama-sama mereka. Bermastautin bersama dan mengenali sesama lain. Ada kalanya pertemuan itu membibitkan perasaan kasih, cinta dan sayang. Ada juga yang di sirami benci, meluat dan sakit hati. Pasti juga ada waktunya tiada langsung perasaan menghinggap diri.

Namun perjalanan yang bersama itu tidak akan selamanya bersama. Sudah pasti akan tiba masanya kita akan berada di satu persimpangan yang memaksakan kita mengahadapi saat yg disebut perpisahan. Dikala itu ada pelbagai reaksi yg kita zahirkan. Sedih, gembira dan mungkin kita tidak sedar langsung. Semua perasaan itu benar namun hadapilah hakikat yang itu bakal terjadi. Bagi yang bersedih, bersedihlah. Tidak mengapa namun tanamlah di sanubari kita, bahawa perjalan ini perlu diteruskan dan sedarlah kita takkan selamanya bersama. Pasti bila tiba masanya, kita akan bangkit untuk meneruskan langkah. Hei.. ada banyak lagi episod baru dalam perjalanan kita. Hadapi dengan penuh semangat.

Semoga titpan kali ini mempunyai faedah bersama.


2 comments:

FieasHBL berkata...

tunjukkan aku satu bintang di jalan yg baru

unicorn berkata...

Biar lah pertemuan dan perpisahan itu berlaku kerana Allah..
insya-Allah tiada rasa benci