Selasa, 30 Disember 2008

Main Skate dan Aku

Pada usia yang semakin senja ni, aku baru mengenali apa itu skateboard. Maksud aku, aku baru mencuba bermain. Tak sangka, aku rasa sangat teruja. Sampai terpacul kat mulut aku, kenapa baru sekarang aku main skate ni. Terasa aku begitu terlambat kerana aku fikir aku sudah suka sama permainan ini.

Dulu kawan aku ajak main, mesti aku tolak. Seringkali gak aku ckp sukan untuk sihat bukan untuk jatuh dan cedera. Dan ibarat kata pepatah, ludah ke langit kena balik kat muka. Hehehe. Aku datang mencuba untuk kali pertama bukan lah nak pergi sgt. Cuma aku dapat tahu kat skate park tu ada Burger King dan KFC. Nyum2.. So dalam kepala aku nak lepak kat sana je. Sekali bila sampai terlintas lak nak tgk skate park tu mcm mana. Masa sampai dah lewat dalam pkl 11 mlm. Org dah tak ramai. Tgk kawan aku meluncur. So aku ok je. Then, tetiba je dia suruh try. Urghh, aku yang berselipar ni lak yang di suruhnya. Nampak sgt dia bersungguh2 tu, so aku pun cuba je la. Perghhhh!!! sekali cuba rasa macam high gilerrr. Bak kata kawan aku, ibarat muluncur di atas angin.. Siyes, syok giler rr. Even malam tu berkali2 gak la aku terjelepuk. Tapi tu la. Selamba je aku bangun dan main. Baru la aku faham bila dulu kawan aku ckp kalau ko jatuh ke, ko luka ke, ko akan rasa lagi nak main. No Pain No Gain.

Dan semenjak malam tu, persepsi aku pada x-tream game ni berubah. Arghh.. aku suka gile r main menatang papan ni. Dan semalam aku pergi lagi. Alhamdululillah, aku dah leh meluncur dah. Cuma still lagi nervous la. Tapi apa ada hal. Baru 2 kali main. Kira aku leh rasa puas ati la. Yang tak syoknya.. aku kena tunggu lagi sebulan lebih. Baru aku dapat main balik. Arghh!!!! Penantian itu Satu Penyeksaan.

Apa2 pun, timo kasih buat 2 org member aku tu yang mengajar aku main. Hehehe.. Korang mmg best la.. Lepas ni kalau nak main ajak la aku lagi. InsyaAllah kompem aku ikut. Hehehe..

Selasa, 23 Disember 2008

2 Persoalan dan Pendirian Aku

Dengan nama Allah yang Maha besar lagi maha agung. Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan, godaan dan hasutan syaitan yang terkutuk.

Selawat dan salam keatas Rasul junjungan Muhammad s.a.w. Serta keluarga baginda, para sahabat baginda dan tabi’ tabiin yang salih.

Aku mengakui segala dosa aku dan aku bermohon ampun kepadaNya. Aku bermohon kepada Allah, tuhan sekalian alam agar aku di kukuhkan iman, diberi kekuatan untuk terus berpegang pada taliNya dan meninggal kan terus jalan maksiat yang aku lalui.

Tulisan aku ini tidak membawa maksud yang aku ini benar, namun ia sekadar memohon keredhaan Allah dalam memahami dan menghayati kebenaran agama yang diredhainya. Jikalau perkataan aku ini membawa pemahaman yang salah maka aku menyeru tinggalkan lah dan aku memohon keampunan dia atas kekhilafan dan kesilapan aku.

Pertama persoalan keyakinan tentang keadilan Sahabat Nabi Muhammad s.a.w

Siapakah yang tergolong dalam kelompok sahabat ini. Sahabat nabi adalah golongan yang pertama-tama memeluk Islam. Yang menyatakan keimanan terus kepada Rasullullah. Yang menerima tarbiyah Rasullullah secara terus dalam madrasah Rasullullah. Yang berjuang menegakkan agama Allah bersama Rasullullah. Yang mendengar secara terus sabda-sabda Rasullullah. Mereka mendengar dengan penuh hati-hati, beramal tanpa berbelah bahagi. Mengimani dengan seluruhnya. Sehinggakan Allah redha akan mereka.

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

At-Taubah : 100

Allah SWT telah menyebutkan kaum Muhajirin dan Anshar dalam banyak tempat dan memuji mereka dengan baik, sebagaimana Nabi saw. sendiri memuji mereka dalam sabdanya, di antaranya, "Sebaik-baik umatku adalah pada masaku, kemudian yang sesudahnya, kemudian yang sesudahnya." (Shahih Bukhari, Kitab Fadha'il ash-Shahabah, Bab Fadha'il Ashhab an-Nabi saw., juz 3, hlm. 6. no hadits 3.650).

Sesunggunya peranan dan jasa para sahabat radhiyallahu ta’ala ‘anhum kepada umat Islam ini adalah terlalu besar dan banyak, cukuplah dengan membawa 2 peranan yang utama yang di berikan oleh mereka.

1.       Pencatatan dan penghafalan Al-Quran yang tiada terkurang dan tertambah; baik semasa baginda rasul masih hidup mahupan selepas kewafatan baginda.

2.       Pencatatan dan penghafalan Al-Hadis yang penuh hati-hati dan cermat sehingga tiada bidaah didalamnya.

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian mencaci para sahabat, janganlah kalian mencaci sahabatku! Demi Dzat Yang Menguasaiku, andaikata salah satu diantara kalian menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, maka (pahala nafkah itu) tidak akan menyamai (pahala) satu mud atau setengahnya dari (nafkah) mereka.” (HR Muslim). (*Mohon bagi sesiapa yang mempunyai akses dan direzekikan ilmu hadis memeriksa akan hadis ini.)

Al-Ghazali menulis tentang integiriti(keadilan dan ketelusan) para sahabat r.a., "Keyakinan generasi salaf umat ini, dan majoriti  ulama khalaf bahwa integiriti(keadilan dan ketelusan) para sahabat telah diketahui melalui penilaian Allah terhadap mereka dan pujian-Nya yang tertuang dalam kitab-Nya. Itulah keyakinan kita terhadap mereka. Kecuali jika terbukti secara qath'i bahwa salah satu dari mereka melakukan kefasikan padahal ia tahu, dan hal itu tidak terbukti, maka tidak diperlukan lagi penilaian integiriti(keadilan dan ketelusan) mereka." (Abu Hamid al-Ghazali, Al-Mustashfa min 'Ilm al-Ushul, Darul Ulum al-Haditsah, Beirut, juz 1, hlm. 164; Al-Khatib al-Baghdadi, Al-Kifayah, hlm. 46-49).

Sesungguhnya Allah dan rasulNya lebih mengetahuai. Maka aku secara peribadi beriktikad dan berkeyakinan sesungguhnya wajib lah atas aku mencintai dan meyakini keadilan para sahabat radhiyallahu ta’ala ‘anhum dan seluruh keluarga baginda.

Kedua Persoalan Sifat 20

Seperti yang kita semua maklum, Sifat 20 adalah sifat yang wajib bagi Allah dan iat adalah salah satu daripada pengajian Ilmu Tauhid. Sesunggunya Sifat 20 ini bukan lah sifat2 yang dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis. Makna jelas aku disini ialah tidak terdapat dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis menerangkan satu-persatu Sifat 20 itu. Dengan kata lain, Rasul junjungan mulia Muhammad s.a.w tidak mengajar tauhid itu begitu.

Sifat 20 telah di perkenalkan oleh Al Imam Al Mujaddid Abu Hassan Ashaari. Allah telah merezekikan Imam Abu Hassan Ashaari ini ilmu yang luas, kefahaman yang suci dan ikhlas sehingga diterang kan hatinya mendalami dan memamahi Islam dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Sifat 20 ini adalah benar. Pada zaman Imam Abu Hasan Ashaari telah berlaku banyak penyelewangan dalam agama Islam yang suci ini. Sesungguhnya benar lah janji Allah bahawa Al-Quran yang mendukung syariat Islam akan terpelihara sehingga ke akhir zaman. Maka Allah telah menyelamat kan kita daripada kefahaman-kefahaman yang menyeleweng daripada akidah yang sebenar dengan Allah yang Maha berkuasa akan tiap sesuatu memberi pentujuk kepada Imam Abu Hasan Ashaari ini dalam mendalami dan memahami ajaran Rasullullah yang disandarkan pada Al-Quran dan Al-Sunnah. Lahirlah Sifat 20 ini bagi membetulkan akidah ketika itu tetang ilmu ketauhidan yang sebanar. Aku doakan agar Allah mencucuri rahmat dan mengampuni dosa-dosa Imam Abu Hasan Ashaari. Bukankah kita mengetahui yang ulama itu pewaris nabi.

 

Begitulah pendirian aku terhadap kedua perkara ini. Aku tidak mengatakan aku pandai dan alim. Semoga Allah menjauhi aku daripada persaan dan hasutan yang sedemikian. Aku sememangnya masih jahil dan hati aku ini masih berdaki dengan dosa. Aku mengakui segala kesilapan aku dan aku penuh pengharapan agar Allah s.w.t mengampuni dosa-dosaku yang tidak terkira banyak nya. Bagi aku, yang hak itu tetap hak dan yang batil itu tetap batil. Semoga Allah memeberi hidayah dan pentunjuk kepada kita. Sehingga kita terus istiqamah di atas jalan Nya yang benar. Amin ya Rabbal A’lamin.

Tidak ada paksaan dalam(memasuki) ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Al-Baqarah: 256


Nota:

Para pembaca diharapkan mengkaji setiap perkataan dan tulisan aku. Jangan menerima membuta tuli dan menolak membuta tuli. Tanya lah org yang lebih mengetahuai dan sama-samalah kita berikhtiar mendalami agama Allah ini. Ini lah agama yang benar.

Khuthbah Terakhir

Nabi Muhammad adalah rasul yang diutuskan untuk selurah umat di akhir zaman. Baginda adalah Rasul yang di utuskan untuk setiap makhluk di atas muka bumi ini. Sama ada anda Islam, Kristian, Budha atau Hindu atau apa sahaja anutan dan kepercayaan anda, sesungguhnya Kekasih Allah ini telah datang membawa petunjuk dan kebenaran.

Di kesempatan ini, aku paparkan Khutbah Wida', atau Khutbah terakhir baginda sebelum baginda wafat. Marilah kita fahami bersama.

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

Rencana daripada Harian Metro 1

Aku ingin berkongsi satu artikel yang aku kira menjawab banyak permasalahan hidup aku. Moga-moga ia dapat memberi manfaat buat aku dan kita semua.

Maksiat halang tekun beribadat

Oleh Hashim bin Ahmad
rencana@hmetro.com.my

APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Ahad, 7 Disember 2008

Apa yang aku suka

Aku suka gamelan. Aku rasa antara kesilapan aku di kutkm dulu aku tak masuk gamelan. Hurm, aku sangat berminat dgn gamelan. Muziknya sangat lembut dan halus. Menenangkan dan mengasyikkan. Kalau aku diberi peluang untuk mendalami muzik ni, pasti aku takkan lepas kan nya.

Aku gak sebenarnya suka teater. Masa kat kutkm dulu, boleh dikatakan tiap2  minggu aku akan ada kat panggung teater kat taman budaya melaka tu. Teater betul2 mengujakan. Lakonannya sangat asli dan sebenar. Byk juga yang aksi2 kantoi yang dah aku tonton. Tapi mmg menarik. Lain pula teater ni, aku suka tgk dan aku tak fikir aku nak berlakon. Pasal aku takda pakej kot. Hahaha.

Aku juga sebenarnya suka pada okestra. Muzik yang dimainkan secara langsung di atas pentas. Aku nak pergi petronas philharmonic hall tu. Nak dgr sgt muzik okestra dia alun kan dari sana. Entah la bila aku dapat semua tu.

Yang penting, aku akan usahakan mendapatkan apa yang aku ingin kan ini. Adios