Esok aku akan mengulang ujian JPJ untuk lesen kereta aku. Makna kata aku pernah gagal dalam ujian. Gambaran saat aku digagalkan masih kuat dalam kotak ingatan aku. Dan ia sangat menghantui hidup aku skrg.
Dan esok, sekali lagi aku akan menjalani ujian yg sama. Di jalan yg sama, yg mungkin berbeza penguji dan kereta. Entah lah. Aku rupanya seorang yg takut gagal. Sering kali bila aku menzahirakan keresahan dan kebimbangan aku untuk ujian esok. Ada di antara kawan2 aku yg berkata, tidak mengapa pasalnya boleh amik lagi sekali. Hurm.. Aku kagum dgn mereka, betapa keberanian mereka untuk berdepan dgn kegagalan.
Dan esok, aku sekali lagi akan menduduki ujian yg sama. Aku kena akui yg aku ini sebenarnya takut akan kegagalan. Wah, membuka pekung di dada. Namun itu hakikat aku. Aku semestinya faham bahawa ia buruk dan aku kena buang jauh2 dari diri aku. Mungkin kegagalan ini adalah kegagalan yg di anugerahkan untuk aku belajar. Belajar untuk memahami dan mendepani erti sebuah kegagalan.
Dan esok, aku akan kesana..untuk ujian JPJ. Aku berdoa agar aku di berikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi detik ujian itu. Aku berdoa agar aku di berikan oleh Allah, lulus ujian esok. Setelah segala usaha aku lakukan.. dan kini aku hanya perlu dan mampu untuk berdoa dan bertawakkal. Agar esok..aku lulus ujian memandu.Lulus dengan keadaan yg terbaik.
Aku bernazar jika aku lulus, aku akan botakkan kepala aku dan aku akan berpuasa 7 hari mengikut kemampuan aku. Tanda aku bersyukur atas nikmat dan rahmat yg diberikan.
Doakan aku lulus.. Doakan aku menjadi org yg tabah dan tenang.. Aku mengharapakan doa kalian.. Doakanlah untuk aku.
Khamis, 10 April 2008
Doakan aku Lulus
Blogged with the Flock Browser
Posted by Mayamin Manjakasih at 3:08 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Yesza yamin,
patut r botak skang.
nway, congrazt.
aku da janji nk bg pinjam kete, ble2 je bgtau aku.
=D
Catat Ulasan