Bagi aku, yang menghidupkan sesebuah lagu itu bukanlah sekadar bersandar kepada vokal si penyanyi semata-mata. Namun ia adalah bersandarkan kepada irama, lagu dan lirik itu sendiri. Gabungan semua elemen ini bakal menjadikan sesuatu lagu itu indah dan sedap didengar.
Aku agak cerewet dalam menilai sesebuah lagu. Untuk menetapkan lagu itu sebagai lagu kegemaran aku, bukanlah sekadar sedap sebagai halwa telinga. Ada lagu yang kali pertama aku dengar dan terus aku minat. Namun setelah aku teliti lirik lagu tersebut, banyak juga lagu yg aku minat buat kali pertama aku dengar menjadi lagu yang aku jengkel untuk mendengarnya lagi. Begitulah sebaliknya.
Secara peribadi, aku amat meminati lirik lagu yang indah. Selalunya lirik menjadi satu kriteria utama untuk aku menilai sesuatu lagu. Lirik yang bererti yang disusun dengan rankai kata yang indah menjadikan lagu itu menjadi lagu. Penghayatan lirik sebegini seakan membawa kita ke sudut yang mendalam dan halus. Lantas seakan memberi satu kepuasan dalam penghayatan yang sedemikian.
Baru-baru ini, gengendang telingaku tetangkap irama rantak lagu Rimas daripada Fabulous Catz. Bagi aku penulis lirik ini berjaya mengambarkan perasaan si pecinta yang kerimasan dengan perasaan cintanya yang tak kesudahan. Baca sahaja rangkap ini :
Keluhan hatiku tak siapa yang tahuKu simpan semua sebak didadaBiarpun ku yang terlukaPernahkah kau mengerti caraku memujukmuPernahkah kau hargai caraku mencintaimuLafasan kata dari bibirAdakah ia dari hatiMungkin kau tak fahami maksud yang tesembunyiTitisan airmata dari pipi ke bumiPernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini.
Hayati sahaja bagaimana si penulis lirik ini mengambarkan jiwa dan suasana si pecinta. Begitu tertib dan terang. Gelora perasaan di nukilkan dengan penuh cermat. Lalu mesej disampaikan dengan nyata.
Itu sekadar sepotong lirik yang sempat aku penakan di ruang maya ini. Terdapat ribuan lagi lirik-lirik indah yang ada di luar sana. Kita cuma perlu menggali dan menghayati lirik-lirik itu dengan jiwa yang terbuka. Cabarannya, pilihlah lagu yang mengandungi lirik-lirik yang sempurna akhlaknya. Lirik yang dapat menginsankan insan dan memanusiakan manusia.
Kepada penulis lirik, pengubah lagu dan penyanyi, tanggungjawab kalian bukan sekadar pengihibur. Anda semua perlu melagukan lagu.
Adios.
1 comments:
pasal lirik lagu rimas...
kata org (kengkawan aku la) lirik tu diilhamkan oleh sahabat baikku yg telah diberi kepercayaan pada cat utk mendendangkannya...
bila aku hayati pulak liriknya,memang seperti apa yg dihadapinya waktu itu sebab aku sentiasa dengannya waktu gembira dan juga menangis masa tu..
dan mula dari itu aku rasa setiap lagu yg dinyanyikan oleh fabulous cat adalah dari pengalaman hidup seseorg yg benar berlaku membuatkan lagunya lebih bermakna..bukan setakat sedap ditelinga sahaja..
gua suspek sama lu org beb..
Catat Ulasan