We were always meant to say goodbye..
We were never meant for do or die..
I want you to know that it doesn't matter..
Where we take this road, someone's gotta go..
But I want you to move on, so I'm already gone..
Sabtu, 12 Disember 2009
Aku mental....
Posted by Tulis Tangan at 11:55 PG 2 comments
Jumaat, 20 November 2009
Wahai Malam
~~~~
Wahai malam,
tika ini hanya kita berdua,
disapa bayu mu yang sejuk,
dan bunyi cengkerik yang menyanyi riang.
Wahai malam,
aku bisik pada mu rindu yang terpendam,
rasa yang tersekat,
ingatan yang tak terpadam,
moga-moga bisikan ini kau sampaikan
kepada dia yang...
Wahai malam,
pekat gelita mu,
adalah pekat hati ku
mencari sinar sekelumit kasih,
pada cinta yang termustahil,
pada sayang yang terlarang,
Wahai malam,
kenapa aku menjadi pungguk,
bukan bulan yg dilambung puji,
lalu aku terdiam dan terlena,
mengharapkan ada sekelumit mimpi indah,
agar membawa senyuman diesok pagi.
Wahai malam,
kita akan tetap bersama,
dan kau menjadi pendengar ku paling setia,
betapa jasad ku ini,
tegar mencari cinta dia.
~~~~
p/s : Sayu nyer sajak ni..hahahhahaha..
Posted by Tulis Tangan at 1:08 PG 1 comments
Isnin, 16 November 2009
Kisah Zaman Belajar..Hahaha..
Masa aku belajar dulu, ada satu project yg kena buat untuk lulus satu subject ni. Project ni kira agak mencabar la time masa aku belajar dulu. Nak diikutkan takdela susah mana pun. Takyah design pun asalkan fulfill dia nyer requirement. Tapi ye la time tu mmg la tak tahu kan. Kira kitaorg masa tu naive giler la.
Posted by Tulis Tangan at 3:12 PG 3 comments
Sabtu, 14 November 2009
Project Sharing is Caring
JBoss Seam
Posted by Tulis Tangan at 11:50 PTG 0 comments
Isnin, 9 November 2009
Menyentuh hati..
Posted by Tulis Tangan at 9:02 PTG 0 comments
Khamis, 5 November 2009
Ulasan : Andai Itu Takdirnya
Andai Itu Takdirnya
Pengarang : Siti Rosmizah
Aku masih ingat teori seorang kawan aku, masa aku balik dari Tronoh. Dia ckp kalau nak tulis novel dan paku laris kat Malaysia ni, buat jalan cerita dia penuh drama, tragis yg tak berkesudahan, penderitaan yg dasyat yang datang bertubi-tubi. Pasti novel itu laris. Aku ketawa dengar ulasan teori beliau. Ada benarnya kerana rakyat Malaysia ni rata-ratanya berhati lembut dan mudah kasihan. Lihat sahaja penangan drama NUR KASIH!!!
Berbalik kepada novel di atas. Aku rasa segala yg diklasifkasikan oleh kawan aku tu mmg semuanya ada. Apa yg lucunya, mmg betul yg sekarang ni mmg novel ni tgh hangat dipasaran. Aku berkesempatan membaca novel ni pasal dapat pinjam daripada Kak HR opis aku. Beliau mmg kaki novel. Nak carik stok novel je leh jumpa beliau.
Bagi aku novel ni pembawaan cerita nya secara jujur tidak lah berat. Mesej yang disampaikan tidak lah sesukar mana pun, malah tidak keterlaluan tema nya adalah tipikal sahaja. Cuma yg menariknya, gaya penceritaannya mmg terlalu drama dan tragis dan disudahkan dengan pengakhiran yang happy ending. Mmg leh mengeluar air mata la kalau terlalu menghayati. Tapi kalau sesapa baca pun, aku rasa kita leh teka apa next plotnya.
Aku tak kata mutu novel ni rendah. Tidak rendah, Cuma mesej nya klise dan biasa. Plot cerita yang mmg digemari ramai. Digarap dgn baik agar pembaca tak bosan even leh teka apa yng berlaku kemudiaannya. Penggunaan bahasa pun bg aku pada tahap keselesaan org ramai. Jadi secara keseleruhannya novel ini boleh dikategorikan sebagai novel ringan dan berbentuk sastera popular.
Apa2 pun, sekalung aprisiasi kepada pengarang kerana berjaya menghasilkan novel yg memenuhi selera pasaran semasa.
p/s :- Ini cuma ulasan aku, jgn marah ya kalau tak bersetuju.
Posted by Tulis Tangan at 12:55 PG 1 comments
Selasa, 3 November 2009
Kehidupan Macam Tu lah..
Posted by Tulis Tangan at 6:04 PTG 0 comments
Selasa, 20 Oktober 2009
Gunung Basor(Part 2 : Mulanya Pengalaman Baru - Siri 1)
Pengalaman pertama aku menyertai ekspidisi mendaki gunung. Mmg teruja juga. Seramai 18 org yg menyertai trip kali ni. Aku sempat berkenalan dengan otai2 yg mmg hobi mereka aktiviti outdoor mcm ni.
Aku ingat trip kali ni ada la jugak org baru, rupa2nya aku lah org plg baru. Yg lain semua nya dah berpengalaman luas. Tgk beg dia org pun dah cukup menggerunkan. Peralatan diorg mmg lengkap rr. Beg aku lak mmg Nampak budak tak tau masuk utan.
Dalam perjalanan ke starting point(kira2 satu jam naik lori kelapa sawit) tu aku ada sembang ngan sorang otai ni. Aku bgtau dia, ni first time aku join. Terkejut dia. Siap tgk aku atas bawah(ye la ngan badan kembang kecup mcm aku ni kan). Dgn muka serius dia Tanya aku, ada jogging dak? Then aku jawab ada la sikit2 sebelum dating. Baru Nampak lega sikit dari riak muka dia. Huhuhuhu..
Sampai2 je kat starting point tu. Ni la first time aku tgk empangan yg menjadi sumber air empangan Temengor. Yang ni adalah sungai renyok. Kita org sampai dalam pukul 12.30. Rehat kejap, amik mood masing2 then ada la sesi taklimat sikit. Lepas sesi taklimat terus masuk utan.
Perjalanan dari starting point ke base camp tu lebih kurang 3 jam kot. Masuk belukar, kuar belukar. Lepas tu susur sungai. Sungai dia, mmg cantik. Air dia jernih dan sejuk. Sgt best. Kami singgah kejap kat sungai yg mcm lata. Kat sini kami lunch sikit. Takde la apa sgt. Makan apa yg patut je pun. Aku pun tak lapar sangat time. Waktu ni mmg terpesona habis ngan keindahan alam.
Then lepas rehat tu, terus perjalanan. Time ni la aku kena sengat ngan penyengat. Abis lengan aku kena sengat. Waktu tu cermin mata aku dah terpelanting kat mana ntah. Semua org terkejut. Terpaksa la cari jalan lain. Huhuhu.. Sian giler aku time tu. Dengan rabun nya aku tak sedar mcm mana aku leh turun ke bawah dalam masa sekejap yg nak panjat bukit tu punya la susah. Pengajaran pertama: Jgn ikut belakang guider. Kami kena berenti kejap pasal nak kena carik spek aku. Ramai gak le yg mencari. Akhirnya terjumpa la jugak spek aku yg betul2 kat tempat penyengat tu bersarang. Alahai, mujur la member aku sorang ni sanggup p amik. Kena gak dia sengat seketul. Terharu ngan dia.
Lepas pada tu, aku ikat spek aku ngan tali rapia. Hahaha. Terus aku jadik bahan sepanjang trip nih. Dah le tali rapia tu aku ikat terlebih panjang, then aku terpaksa lilit kat atas kepala aku. Nasib baik aku nyer rambut keras. Elok2 je dia kat atas kepala aku.Pelajaran no dua: Org pakai spek kena bawak spare spek;lagi baik bawak gak kanta pakai buang dan spek tu beli tali yg hold spek untuk sukan.
Lepas kejadian tu kami sampai la ke base camp yg paling hamper dgn last water point. Sampai dalam lebih kurang pukul 5 lebey gak. First kena clearkan kawasan. Rentang tali panjang, pasang flyer ngan ground. Simple giler dan sempoi. Mana ada khemas. Mmg berasimilasi dengan alam. Lepas pada tu kami siap2 kan diri untuk solat ngan makan malam. Ni la kali pertama aku tidur kat dalam hutan yg mmg takde khemah tertutup. Hahaha. Masa ni la aku kena bergaul dan bersembang ngan semua ahli rombongan. Aku Cuma kena 3 org je. So malam tu aku p la duk sembang ngan semua org. Takde la kecoh mana pasal aku bukan nyer pandai sgt bersembang. Mujur kejadian sengat ngan spek aku yg bertali rapia ni menjadi pembuka cerita. Semabng punya sembang, makan hapa bagai, kami pun masuk tidur. Pelajaran no 3 : kena jadi satu family dan bantu membantu even kita baru kenal ari tu.
Tidur dalam hutan best. Nyaman dan tak byk lak nyamuk. Sebab sejuk sgt kot malam2. Nyamuk jadik tak aktif. Aku pakai baju sejuk, stoking tebal, sleeping beg aku buat bantal dan sleeping map buat tilam. Malam tu ujan renyai2. Tempat aku tidur tinggi sikit, so mmg tak basah la. Aku tidur lena sungguh, pasal letih sgt kot. Mmg syok la tidur dalam hutan. Dalam utan mmg cepat gelap, pkl 5 lebey tu dah start gelap dah. Ye la hutan hujan kan. Pukul 6.30 tu aku ingat dah masuk maghrib dah dia nyer gelap. Tapi tak lagi la.
Posted by Tulis Tangan at 11:34 PTG 4 comments
Gunung Basor(Part 1 : Satu permulaan )
Alhamdulillah, ekpedisi ke Gunung Basor berjaya tanpa menghadapi musibah2 yg besar. Pertama kali pnajat gunung ni mmg byk yang aku belajar. Aku masih lagi terkenang kan air sungai nya yg sejuk. Udara nya yang segar tanpa pencemaran. Bunyi2 ungas dan hidupan liar yg mengasikkan. Tiupan bayu yg lembut menyap ke pipi. Hahahaha.. Kenangan yg best.
Posted by Tulis Tangan at 12:05 PTG 0 comments
Jumaat, 16 Oktober 2009
Ada Trip Ujung Minggu Nih
Posted by Tulis Tangan at 10:41 PG 2 comments
Selasa, 1 September 2009
Kurma - Tamar ???
Tahukah anda yang buah kurma boleh diklasifikasikan kepada dua?
- Rutab
- Tamar
Apakah beza rutab dan tamar? Keadaan apakah kurma itu dikelaskan sebagai rutab ataupun tamar?
Rutab
Rutab adalah buah kurma yang sudah masak dan tidak dikeringkan lagi.
Tamar
Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan.
"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan
berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk
air." (HR Tirmidzi)
:)
Posted by Tulis Tangan at 10:18 PTG 4 comments
Jumaat, 28 Ogos 2009
Tanpa Cinta?
Labels: sajak
Posted by Tulis Tangan at 2:31 PTG 1 comments
Jumaat, 21 Ogos 2009
Sang Pemimpi
"Biar kau tahu, Kal,orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semangat dan mimpi-mimpi,dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu!!"Aku tersentak dan terpaku memandang ayahku sampai jauh,bentakan-bentakan Arai berdesingan dalam telingaku,membakar hatiku."Tanpa mimpi,orang seperti kita akan mati...."Aku berasa beku,serasa disiram sebaldi air berais."Mungkin setelah tamat SMA kita hanya akan mendulang timah atau menjadi kuli,tapi di sini Kal,di sekolah ini,kita tak akan mendahului nasib kita!!"
Posted by Tulis Tangan at 11:07 PG 0 comments
Hari Ini ada Maknanya..
Alhamdulillah saban tahun semenjak aku bergelar seorang software engineer, tiap kali ulang tahun kelahiran aku ke bumi Maha Kuasa ini, aku kira aku senantiasa di sediakan perancangan-perancangan manis oleh Maha Perancang.
Posted by Tulis Tangan at 10:49 PG 1 comments
Isnin, 17 Ogos 2009
Bila Sudah Cinta
Labels: sajak
Posted by Tulis Tangan at 11:19 PG 3 comments
Khamis, 6 Ogos 2009
Tanya sama hati
Labels: sajak
Posted by Tulis Tangan at 12:13 PG 5 comments
Ahad, 2 Ogos 2009
Novel : Laskar Pelangi
Beliau meyakinkan kami bahwa hidup bisa demikian bahagia dalam keterbatasan jika dimaknai dengan keikhlasan berkorban untuk sesama.Lalu beliau menyampaikan sebuah prinsip yang diam-diam menyelinap jauh ke dalam dadaku serta memberi arah bagiku hingga dewasa,yaitu bahwa hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.
Labels: novel
Posted by Tulis Tangan at 9:41 PTG 9 comments
Khamis, 23 Julai 2009
Satu Masa Dulu kan..
Posted by Tulis Tangan at 2:41 PTG 3 comments
Selasa, 14 Julai 2009
Secawan Kopi Jawa
Mengambil peluang untuk response pada blog saudara chang di sini.
- Kegagalan student faham apa itu programming language.
- Kegagalan menguasai asas programming language.
- Tak ada minat.
" ko ok la, leh demand pasal tau java"
Posted by Tulis Tangan at 1:59 PTG 4 comments
Selasa, 7 Julai 2009
Wahai Anak Kesayanganku..
Salam sejahtera, untuk entry kali ni, mari kita merenung dan memahami ayat-ayat daripada kalam suci. Ini adalah nasihat Luqman kepada anak kesayangannya.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
[14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[15]
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
[16]
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
[17]
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
[18]
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
[19]
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
Posted by Tulis Tangan at 10:47 PG 0 comments
Jumaat, 3 Julai 2009
Dengar Sini Semua
Posted by Tulis Tangan at 12:23 PG 3 comments
Selasa, 16 Jun 2009
Aku..Bisakah..
Aku terkesima dengan hadis ini, tamparan yg sangat hebat kepada kepada aku. Aku kira amat sesuai untuk direnung bersama:
Jangan dengki setengah kamu akan setengah dan jangan memutuskan hubungan dan jangan marah memarahi sesama kamu (benci-membenci) dan jangan membelakangkan setengah kamu akan setengah pada ketika berjumpa, bahkan hendaklah kamu bersaudara wahai hamba-hamba Allah.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Hindari sifat dengki sesama kita.
- Tidak memutuskan hubungan persaudaraan/persahabatan.
- Hindari persengketaan/benci membenci sesama kita.
- Tidak menjauhi antara satu sama lain bila dalam satu kelompok.
- Bersaudaralah!!!
Posted by Tulis Tangan at 11:50 PG 3 comments
Selasa, 2 Jun 2009
Kekdah Masak Itam Kak Nun Amboi
Ramai yg request pasal resepi masak itam aku tu. Mmg kalau ikut hati ni nak tulis je mcm mana aku masak juadah tu. Untuk pengetahuan korang semua, ni bukan masak itam ala2 masak kicap tu. Ni lain sikit, pasal ia diadun ngan rempah ratus yg telah disediakan khas oleh makcik aku kat kampung. Resepi original tempat asal aku.
Posted by Tulis Tangan at 10:24 PG 1 comments
Khamis, 14 Mei 2009
Daging Masak Itam
Daging Masak Itam
Posted by Tulis Tangan at 11:25 PTG 2 comments
Rabu, 6 Mei 2009
Sedikit Bingkisan
Kita di zaman yg mana yang batil itu diangkat. Disanjung, Di julang. Sekali pun tidak di angkat, di sanjung, di julang, perkara batil dianggap tak apa, biasa, normal. Seolah2 fitrah itu itu begitu. Fitrah itu sebenar nya asal suci. Putih. Maknanya kita di zaman yg asal itu bukan suci, bukan putih, tapi hitam dan kotor.
Posted by Tulis Tangan at 11:05 PTG 1 comments
Kehidupan ooo Kehidupan
Kawan- kawan pembaca sekalian. Kali ni aku nak share satu sayir yg di nasyidkan oleh kumpulan inteam feat Nazrey. Syair ni sangat baik untuk kita sama2 merenung tetang segala mehnah kehidupan kehidupan ni. Tajuk syair ini adalah Kehidupan.. Sama2 kita hayati 4 rangkap syair ini.
Kehidupan - In-team ft NazreyKesenangan yang datangTak akan selamanyaBegitulah selepas susah ada kesenanganSeperti selepas malam datangnya siangOleh itu waktu senang jangan lupa daratanGunakan kesempatan untuk kebaikanSebelum segalanya terlepas dari genggamanKelak menyesal nanti tak berkesudahanApa guna sesalan hanya menekan jiwaJangan difikir derita akan berpanjanganKelak akan membawa putus asa pada tuhanIngatlah biasanya kabus tak berpanjanganSetelah kabus berlalu pasti cerah kembaliUjian adalah tarbiyah dari AllahApakah kita kan sabar ataupun sebaliknyaKesenangan yang datang selepas kesusahanSemuanya adalah nikmat dari tuhan
Posted by Tulis Tangan at 7:23 PTG 0 comments
Ahad, 3 Mei 2009
Masak Dalam Satu Jam
Huhuhu, aku rasa mcam tak sempat je ni. Hahaha..
Posted by Tulis Tangan at 12:50 PTG 1 comments
Sabtu, 2 Mei 2009
Program memasak lagi...
Kalau cerita lepas cakap pasal puding laici, maka minggu ni aku buat dadih perisa strawberi. Buat dadih ni tak susah. Masa penyediaan pun kurang dari 30 minit. Dalam lebih kurang 15 minit gitu je. Kos dia lak tak mahal, total dalam RM 9 untuk menghasilkan 3 liter dadih. Bagi korang yg kemaruk dadih, daripada korang beli sehinggit dua kupang tu, baik korang buat sendiri. Leh makan sampai mual. hehehehe..
Posted by Tulis Tangan at 6:02 PTG 0 comments
Rabu, 22 April 2009
Resepi Puding Laici Kak Nun Propa
Resepi Puding Laici
Posted by Tulis Tangan at 4:44 PTG 4 comments
Ahad, 19 April 2009
Aku Dan Puding Laici
Puding Laici
Posted by Tulis Tangan at 2:00 PTG 3 comments
Sabtu, 11 April 2009
Aku dibius Jiwang
Dalam dua entry yg lepas, aku dgn hati yg senang telah menerbitkan artikel berkenaan bahasa pengaturcaraan java. Byk juga pendapat2 yg diberikan. Ada yg begitu teruja dan ada yang mencadangkan aku mengketegorikan java di tempat lain. Dalam kesempatan ini, aku nak celoteh kat korang semua, artikel2 berkenaan java tu aku akan selitkan dalam setiap post yg aku akan terbitkan. Jadi jgn la pk aku nak ubah blog ni kepada kelas belajar Java.Hehehehe..
Posted by Tulis Tangan at 11:42 PTG 3 comments
Isnin, 6 April 2009
Guna Bit ngan Bitwise Operator
Hi, Bertemu lagi dalam rancangan, mari belajar programming. Ok, aku nak bagi satu common stuation la kat korang. Kata la korang ada satu apps ni yg nak store kalau user tu click hari ke apa2 la. Dan menda ni korang nak simpan la dalam database. So korang nak buat mcm mana? Ada byk cara nak buat. Sure korang lagi expert la nak buat mcm mana kan. Tapi aku nak introduce satu menda kat korang la. Bg yg dah tahu tu, sila la bg penerangan kat bawah ni.
- Aku nak pakai bitmap untuk represent hari2 tu.
- So, tiap kali di pilih tarikh aku akan add dalam bitmap tu.
- Then nilai akhir bitmap aku simpan dalam database. Kira integer so kecik je la.
public class YaminBelajar {public static final int SUNDAY = 0x0001; //1public static final int MONDAY = 0x0002; //2public static final int TUESDAY = 0x0004; //4public static final int WEDNESDAY = 0x0010; //16public static final int THURSDAY = 0x0020; //32public static final int FRIDAY = 0x0040; //64public static final int SATURDAY = 0x0080; //128int dayOfWeek = 0;public static final String[] days = {"SUNDAY","MONDAY","TUESDAY","WEDNESDAY","THURSDAY","FRIDAY","SATURDAY"};public static void main(String args[]){YaminBelajar yb = new YaminBelajar();System.out.println(" & AND operator");System.out.println("Days = " + yb.addDays(days));yb.viewDays();}public int addDays(String[] days){for(String day : days){if(day.equals("SUNDAY")){dayOfWeek = SUNDAY;System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);}if(day.equals("MONDAY")){dayOfWeek = dayOfWeek | MONDAY;System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);}if(day.equals("TUESDAY")){dayOfWeek = dayOfWeek | TUESDAY;System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);}if(day.equals("WEDNESDAY")){dayOfWeek = dayOfWeek | WEDNESDAY;System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);}if(day.equals("THURSDAY")){dayOfWeek = dayOfWeek | THURSDAY;System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);}if(day.equals("FRIDAY")){dayOfWeek = dayOfWeek | FRIDAY;System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);}if(day.equals("SATURDAY")){dayOfWeek = dayOfWeek | SATURDAY;System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);}}return dayOfWeek;}public void viewDays(){if (isDayOfWeek(dayOfWeek, SUNDAY)) {System.out.println("Days = SUNDAY");}if (isDayOfWeek(dayOfWeek, MONDAY)) {System.out.println("Days = MONDAY");}if (isDayOfWeek(dayOfWeek, TUESDAY)) {System.out.println("Days = TUESDAY");}if (isDayOfWeek(dayOfWeek, WEDNESDAY)) {System.out.println("Days = WEDNESDAY");}if (isDayOfWeek(dayOfWeek, THURSDAY)) {System.out.println("Days = THURSDAY");}if (isDayOfWeek(dayOfWeek, FRIDAY)) {System.out.println("Days = FRIDAY" );}if (isDayOfWeek(dayOfWeek, SATURDAY)) {System.out.println("Days = SATURDAY" );}}public static boolean isDayOfWeek(int days, int day) {int x = days & day;System.out.println("x = " + x +" which is "+ ((days & day) == day));return (days & day) == day;}}
- & - bitwise AND operation
- | - bitwise inclusive OR operation
Labels: Java
Posted by Tulis Tangan at 8:15 PTG 4 comments