Ahad, 19 April 2009

Aku Dan Puding Laici

Puding Laici


Aku rancang nak masak puding ni daripada awal mingu dah lagi. Tetiba je rasa semangat nak buat. So, disebabkan minggu ni kawan aku tak balik kampung, jadi dia dgn reala hati bawak aku ke 99 speedmart beli serbuk agar2, laici dlm tin ngan susu sejat. Tu je pun bahan2 nak buat menda puding ni. Ngan hati berkobar2, balik je aku terus lelap kejap dan bgn semayang zohor lepas tu bertungukus lumus membuka tin laici ngan susu sejat.

Kejap je buat puding ni, dalam setengah jam tak sampai. Cuma kali ni aku pilih untuk mengkisar secara kasar laici tu. Aku nak laici tu tersebar untuk setiap kunyahan puding. Gittew..hahaha.. Patutnya, laici yg satu tin lagi aku hiris untuk untuk menimbulkan nilai eksotik puding laici aku. Tapi aku tak buat. Sayang lak rasanya.

Masa dah habis masak tu. Aku tgk cair semacam je puding aku. Gabra gak la. Ni kalau tetap cair ni terpasa la menjadi meminum puding laici. Tak leh sebut memakan puding laici. Dengan penuh debaran aku tunggu ngan letakkan semua dalam peti ais tajaan kompeni aku. Lepas tu apa lagi, aku pun menoton tv dalam perasaan berdebar2. Dalam setengah jam lepas tu aku pun tgk puding2 aku dalam peti ais. Wahhhh, ia mula memejal dgn baik. Hahahaha, aku berjaya :)

Dalam satu jam proses penyejukan dan pemejalan berlangsung, aku dah bleh mencuba puding laici aku yg aku tuang dalam gelas yg plg cantik kat umah aku. Hehehe.. Berdebar gak pada suapan pertama. Dan bila aku suap je, aku tak sangka rasa nya boleh tahan gak. So aku buat kesimpulan aku berjaya menyediakan satu puding laici yg ok untuk first timer mcm aku. 

Kepada yg telah merasa puding laici aku, arap rasanya tak de la menghampakan korang.

3 comments:

..::kaylizard::.. berkata...

salam

leh lah bg sy resepi utk buat puding laici tu.. bahan2 serta cara-caranya sekali..=)

SYED NAHAR berkata...

weyy..yamin! aku nampak gambar kak effa rina dalam forum rassmate. ingat lagi tak kak effa rina? takkan dah lupa akak angkat hang dulu...weyyy pasai pa hang diam ja tak de roger kawan2 lain? moh ler lagi lama hang menyepi makin segan lama2 nanti. udah2 ler tu! kita sume dah tua. hahaha...

Asan Taring berkata...

bagus.pasni jgn lupe pass kat aku yamin...:)