Alhamdulillah saban tahun semenjak aku bergelar seorang software engineer, tiap kali ulang tahun kelahiran aku ke bumi Maha Kuasa ini, aku kira aku senantiasa di sediakan perancangan-perancangan manis oleh Maha Perancang.
Tahun ini sahaja, aku mulai menaiki kereta baru milik keluarga ku. Sebagai seorang ahli keluarga yg hanya mempunya lesen mobil, aku diamanahkan untuk menjaga kereta ini sehingga saat-saat aku perlu melepaskan kepada kakak atau abang atau adik-adikku yang lain.
Malah tahun ini juga, dalam kesenderhanaan, aku dapat menyambut nya dengan penuh suasana kemeriahan hidup bersama-sama sahabat-sahabat aku. Terima kasih kalian kerana sudi berkongsi ruang gembira ini bersama aku.
Mungkin bagi sesetengah orang, hari lahir tidak perlu diperingati. Namun bagi aku, tidak mengapa untuk diperingati. Sekurang-kurangnya akan menimbulkan keinsafan betapa dunia ini satu persinggahan dan Maha Pencipta telah memberi peluang untuk kita terus bernafas di bumi persinggahan ini.
Namun apa yg paling aku rasa satu penghormatan adalah keesokkan harinya dalah bermulanya satu Ramadhan. Seolah-olah tuhan berbicara kepada aku, Yamin, kamu sudah 25 maka aku hadiahkan Ramadhan kali ini untuk kamu buktikan keimananmu itu.
1 comments:
bestla ulang tahun kelahiran disambut dengan ketibaan ramadhan :)
Catat Ulasan