Masa aku belajar dulu, ada satu project yg kena buat untuk lulus satu subject ni. Project ni kira agak mencabar la time masa aku belajar dulu. Nak diikutkan takdela susah mana pun. Takyah design pun asalkan fulfill dia nyer requirement. Tapi ye la time tu mmg la tak tahu kan. Kira kitaorg masa tu naive giler la.
Biasa la idup student. Kerja mesti last minute nyer. Aku ingat lagi aku punya la tekun wat time bulan pose sampai aku berbuka ngan air nestum je. Masa tu aku duk sorang2 kat satu bilik tingkat plg atas sekali. Gigihla buat masa tu. Mujur team aku time tu very understanding. Kami tekun bersama membuat kerja yg dibagi-bagikan diawal2 sem dulu(see, kan menda ni dibagi diawal sem lagik).
Masa time present itu hari, seingat aku ada 3 team je yg datang. Satu kena reject dan dua lagi diterima. Team aku ngan sapa ntah diterima. Lega kitaorg. Yg kena reject tu bukan apa, design terlebih kot.hahahaha.. jgn mare..korang semua hebat la. Team lain semua hilang dan menyepikan diri. Cuma mengirim salam je kat lecturer kitaorg dgn pesanan minta extends.
Maka, aku ngan team aku pun kelegaan dgn yg amat2 sgt. Selesai satu masalah rasanya. So hebohlah satu course aku yg ada dua team je siap. Maka ramai la yg datang mencari mana2 team member yg siap tu.Sah2 la aku pun kena carik. Mujur time tu aku tak kekwat la. Ada yg aku buat sampai nak siap pun ada. Ada yg aku rajin aku terangkan. Disebabkan aku takleh nak terangkan dgn detail aku pun kasik la source code aku tu.(alaa..nak source code je pun.. yg aku berleter tu tadah telinga je..)
Selepas daripada itu, maka tersebarlah source code aku tu ke setiap org yg amik subject tu. Sekejap je tersebar. Aku tka tau pun, masa tu aku naive sgt percaya je yg diorg nak studi balik. So no hal. Then ada satu kali tu, ada sorang kawan aku ni datang jumpa aku. Dia ckp group dia dah siap project tu cuma tak faham lagik. So dgn baik hati aku ckp 'meh aku tgk kan'...
Pas tu aku pun belek le project tu.. Tup2 aku rasa mcm pernah kulihat code ini. Tapi dimana yaa.. Baru la aku perasan, mmg sebijik ngan apa yg aku buat. Cuma tukar var name je. Punya la aku terkejut. Aku pun garu kepala la. Takkan nak mengamuk kot. Aku kan baik time tu. Tak caya tanya 'imam besar masjid negara'(skrg dah pencen, jadik ustad kt terengganu, dgr cerita nak balik duk KL..hehehe) yg sekelas ngan aku time tu.. Dgn geleng kepala aku pun pasrah..
Tup2 sehari selepas tu kot, aku dapat call daripada lecturer aku. Dia suh mai ngadap. Aku pun pergila ngan tanpa perasaan. Masuk je bilik dia aku kena marah cukup2 pasal dikatakan bagi kawan tiru assignment project tu. Tak terkata aku waktu tu. Senyap, dunia ku gelap ketika itu. Pas tu, lecturer aku bg kata dua, buat lain or satu kumpulan failed. Berdentum bunyi guruh time tu(sound effect je nih). Tak leh nak kata apa la. Kuasa bukan ditangan ku. Pasrah lah aku sekali lagi terima hukuman.
So malam tu aku bersengkang mata sekali lagi buat project tu sorang2 kat istana kerajaan langit aku(gelaran bilik aku..waktu tu heboh cerita ayah pin ngan kerajaan langit kot)..
Apa2 pun, bila dikenang balik, rasa nak gelak pun ada.. Kenangan zaman belajar kat situ mmg best. Ramai gak yg tak tau cerita ni. Semua waktu tu heppi pasal project dah submit...hahahaha...
3 comments:
saya tau ceruta kamu tu...
u almost cried. haha
ye ke chang..hahahah..
saya pun tau itu cerita!!!! muakakaka
Catat Ulasan