Aku seorang pelajar sains hayat time sekoloah dulu. Aku minat semua ttg ilmu sains terutama Biologi. Subjek yg plg aku tunggu2 time masuk sekolah menengah adalah subjek sains. Masa sekolah rendah dulu mana ada subjek sains mcm sekrang. Aku punya zaman masa tu subjek mcm tu dikenali Alam Dan Manusia. Aku sgt teruja time belajar Alam dan Manusia ni masa aku darjah empat. Ujian pun agak cemerlang la untuk budak sekolah kampung yg hulu. Aku time tu sgt teruja tentang ilmu2 biologi nih. Dalam kepala aku, kenapa la Alam dan Manusia ni tak masuk UPSR. Mungkin sebab tak masuk UPSR so kawan2 aku tak teruja sgt belajar subjek ni. Tapi aku ni kira addicted la belajar Alam dan Manusia. Duduk kat kampung, mana ada buku lain nak baca. Cuma ada buku teks tu la. Percaya dak kalau aku cko, seluruh buku teks tu aku baca masa awal2 dapat buku SPBT tu. Aku minta subjek ni lebih daripada matematik. Aku tak suka sgt kira2 ni.
Time aku masuk sek menengah lak, subjek sains lak menjadi kegemaran aku. First time masuk lab, aku rasa bangga siot. Rupanya ni la lab sains yg aku selalu jgk2 kat sekolah kampung aku. Tgh tabung uji, penunu Bunsen dan hapa bagai tu, meneyebabkan aku rasa best giler belajar sains. Tapi aku tak de la cemerlang sgt. Siyes, result sains aku tak gempak pun. Tapi aku tetap teruja ngan subjek ni. Tapi aku rasa agak kecewa bila, subjek yg sebest ni, lebih pada nak jawab soalan exam masa PMR. Tapi aku tak kisah sgt. Biarlah kan. Yang penting aku suka belajar2 bab sains ni.
Sekolah menegah aku masa aku tingkatan 3 takda lagi sains hayat untuk SPM. Aku kecewa giler gak masa time tu. Tup2, masa sains hayat di bukak. Aku teruja abis sekali lagi. Aku dah start baca buku teks biologi time aku tingkatan 3 lagik. Kerja giler!!!!.. masa tu aku craziii abis subjek biologi. Masa aku naik tingkatan 4 seperti biasa la, aku suka biologi tapi tak pernah cemerlang pun. Hahahaha.. nak dapat A pun susah. Tapi aku tak kisah, yg penting aku suka subjek dia. Aku ingat lagi cikgu aku masa tu. Pn Oii Kim Hong. Cikgu tu sgt best. Sekali lagi, subjek yg mengujakan aku ni mcm lebih kepada peperiksaan. Tak salah cuma aku kalau bab exam2 ni mmg tak minat la. Hahahha. Result SPM bio aku pun biasa2 sahaja. Tak A pun. Tapi aku tak kisah.
*******************************
Itu cerita aku time masa aku muda2 dulu. Tak sangka semua menda tu dah berlalu. Alih2 aku kerja dan cari nafkah menda yg takda langsung kaitan ngan perkara2 yg aku suka yg teramat suka masa aku kecik2. Bila dikenang rasa lucu pun ada pelik pun ada. Rupanya2 susunan hidup aku tak de la berdasarkan kehendak dan keinginan aku sgt.
Korang lak mcm mana. Kalau korang ada masa, baik koranga imbau balik menda2 yg korang sgt teruja masa dulu2 tapi tak tercapai bila korang dah dewasa/tua. Mesti adakan.Hehehe
3 comments:
Stau? check your spelling before you post..
hoh...sama minat dengan aku.
z@f!r ko mmg tersgt lecturer sungguh..
StingRay jom kita buat lab kita sendiri..hehehe
Catat Ulasan