Khamis, 5 November 2009

Ulasan : Andai Itu Takdirnya


Andai Itu Takdirnya

Pengarang : Siti Rosmizah


Aku masih ingat teori seorang kawan aku, masa aku balik dari Tronoh. Dia ckp kalau nak tulis novel dan paku laris kat Malaysia ni, buat jalan cerita dia penuh drama, tragis yg tak berkesudahan, penderitaan yg dasyat yang datang bertubi-tubi. Pasti novel itu laris. Aku ketawa dengar ulasan teori beliau. Ada benarnya kerana rakyat Malaysia ni rata-ratanya berhati lembut dan mudah kasihan. Lihat sahaja penangan drama NUR KASIH!!!

Berbalik kepada novel di atas. Aku rasa segala yg diklasifkasikan oleh kawan aku tu mmg semuanya ada. Apa yg lucunya, mmg betul yg sekarang ni mmg novel ni tgh hangat dipasaran. Aku berkesempatan membaca novel ni pasal dapat pinjam daripada Kak HR opis aku. Beliau mmg kaki novel. Nak carik stok novel je leh jumpa beliau.

Bagi aku novel ni pembawaan cerita nya secara jujur tidak lah berat. Mesej yang disampaikan tidak lah sesukar mana pun, malah tidak keterlaluan tema nya adalah tipikal sahaja. Cuma yg menariknya, gaya penceritaannya mmg terlalu drama dan tragis dan disudahkan dengan pengakhiran yang happy ending. Mmg leh mengeluar air mata la kalau terlalu menghayati. Tapi kalau sesapa baca pun, aku rasa kita leh teka apa next plotnya.

Aku tak kata mutu novel ni rendah. Tidak rendah, Cuma mesej nya klise dan biasa. Plot cerita yang mmg digemari ramai. Digarap dgn baik agar pembaca tak bosan even leh teka apa yng berlaku kemudiaannya. Penggunaan bahasa pun bg aku pada tahap keselesaan org ramai. Jadi secara keseleruhannya novel ini boleh dikategorikan sebagai novel ringan dan berbentuk sastera popular.

Apa2 pun, sekalung aprisiasi kepada pengarang kerana berjaya menghasilkan novel yg memenuhi selera pasaran semasa.

p/s :- Ini cuma ulasan aku, jgn marah ya kalau tak bersetuju.


1 comments:

yeah2009 berkata...

giler bosan buku yg ko baca min