Selasa, 20 Oktober 2009

Gunung Basor(Part 2 : Mulanya Pengalaman Baru - Siri 1)

Pengalaman pertama aku menyertai ekspidisi mendaki gunung. Mmg teruja juga. Seramai 18 org yg menyertai trip kali ni. Aku sempat berkenalan dengan otai2 yg mmg hobi mereka aktiviti outdoor mcm ni.

Aku ingat trip kali ni ada la jugak org baru, rupa2nya aku lah org plg baru. Yg lain semua nya dah berpengalaman luas. Tgk beg dia org pun dah cukup menggerunkan. Peralatan diorg mmg lengkap rr. Beg aku lak mmg Nampak budak tak tau masuk utan.

Dalam perjalanan ke starting point(kira2 satu jam naik lori kelapa sawit) tu aku ada sembang ngan sorang otai ni. Aku bgtau dia, ni first time aku join. Terkejut dia. Siap tgk aku atas bawah(ye la ngan badan kembang kecup mcm aku ni kan). Dgn muka serius dia Tanya aku, ada jogging dak? Then aku jawab ada la sikit2 sebelum dating. Baru Nampak lega sikit dari riak muka dia. Huhuhuhu..

Sampai2 je kat starting point tu. Ni la first time aku tgk empangan yg menjadi sumber air empangan Temengor. Yang ni adalah sungai renyok. Kita org sampai dalam pukul 12.30. Rehat kejap, amik mood masing2 then ada la sesi taklimat sikit. Lepas sesi taklimat terus masuk utan.

Perjalanan dari starting point ke base camp tu lebih kurang 3 jam kot. Masuk belukar, kuar belukar. Lepas tu susur sungai. Sungai dia, mmg cantik. Air dia jernih dan sejuk. Sgt best. Kami singgah kejap kat sungai yg mcm lata. Kat sini kami lunch sikit. Takde la apa sgt. Makan apa yg patut je pun. Aku pun tak lapar sangat time. Waktu ni mmg terpesona habis ngan keindahan alam.

Then lepas rehat tu, terus perjalanan. Time ni la aku kena sengat ngan penyengat. Abis lengan aku kena sengat. Waktu tu cermin mata aku dah terpelanting kat mana ntah. Semua org terkejut. Terpaksa la cari jalan lain. Huhuhu.. Sian giler aku time tu. Dengan rabun nya aku tak sedar mcm mana aku leh turun ke bawah dalam masa sekejap yg nak panjat bukit tu punya la susah. Pengajaran pertama: Jgn ikut belakang guider. Kami kena berenti kejap pasal nak kena carik spek aku. Ramai gak le yg mencari. Akhirnya terjumpa la jugak spek aku yg betul2 kat tempat penyengat tu bersarang. Alahai, mujur la member aku sorang ni sanggup p amik. Kena gak dia sengat seketul. Terharu ngan dia.

Lepas pada tu, aku ikat spek aku ngan tali rapia. Hahaha. Terus aku jadik bahan sepanjang trip nih. Dah le tali rapia tu aku ikat terlebih panjang, then aku terpaksa lilit kat atas kepala aku. Nasib baik aku nyer rambut keras. Elok2 je dia kat atas kepala aku.Pelajaran no dua: Org pakai spek kena bawak spare spek;lagi baik bawak gak kanta pakai buang dan spek tu beli tali yg hold spek untuk sukan.

Lepas kejadian tu kami sampai la ke base camp yg paling hamper dgn last water point. Sampai dalam lebih kurang pukul 5 lebey gak. First kena clearkan kawasan. Rentang tali panjang, pasang flyer ngan ground. Simple giler dan sempoi. Mana ada khemas. Mmg berasimilasi dengan alam. Lepas pada tu kami siap2 kan diri untuk solat ngan makan malam. Ni la kali pertama aku tidur kat dalam hutan yg mmg takde khemah tertutup. Hahaha. Masa ni la aku kena bergaul dan bersembang ngan semua ahli rombongan. Aku Cuma kena 3 org je. So malam tu aku p la duk sembang ngan semua org. Takde la kecoh mana pasal aku bukan nyer pandai sgt bersembang. Mujur kejadian sengat ngan spek aku yg bertali rapia ni menjadi pembuka cerita. Semabng punya sembang, makan hapa bagai, kami pun masuk tidur. Pelajaran no 3 : kena jadi satu family dan bantu membantu even kita baru kenal ari tu.

Tidur dalam hutan best. Nyaman dan tak byk lak nyamuk. Sebab sejuk sgt kot malam2. Nyamuk jadik tak aktif. Aku pakai baju sejuk, stoking tebal, sleeping beg aku buat bantal dan sleeping map buat tilam. Malam tu ujan renyai2. Tempat aku tidur tinggi sikit, so mmg tak basah la. Aku tidur lena sungguh, pasal letih sgt kot. Mmg syok la tidur dalam hutan. Dalam utan mmg cepat gelap, pkl 5 lebey tu dah start gelap dah. Ye la hutan hujan kan. Pukul 6.30 tu aku ingat dah masuk maghrib dah dia nyer gelap. Tapi tak lagi la.


4 comments:

StingRay berkata...

gila lah.dah macam rambo.dasat2.

Tulis Tangan berkata...

StingRay - ni baru peringkat awal, byk lagik cerita2 menarik..hehehe

yeah2009 berkata...

orang nk wat blog, ko nk wat blog, orang hupdate hari2, ko hupdate sbulan sekali. aku baca pun da naik boring. hampeh tul... da la interface tak cun, mata aku juling ble baca blog ko. Sekian, jujur dan ikhlas.

en_me berkata...

sonoknyerr..