Dalam masa beberapa jam je lagi, trip ke gunung Basor akan bermula. Untuk pengetahuan korang, insyaAllah untuk cuti depavali kali ini aku akan berada di puncak gunung Basor. Gunung Basor ni terletak di daerah Jeli Kelantan. Ketinggian gunung ini adalah 6,038 kaki dari paras laut.
Buat pertama kali setelah hampir 10 tahun aku tak mengasak diri aku dengan aktiviti2 outdoor yg lasak mcm ni. Bila badan dah kembang baru la terpikir nak naik gunung. Banyak gak cabaran nyer yg perlu aku tempuhi. Bila aku umum(wahh 'umum'..poyo giler ayat) yg aku nak sertai ekspidisi gunung Basor, ramai yg mengutuk dan membantah daripada yang menyokong. Tapi hapa aku kesah kan. Sekali sekala aku kena cabar limit aku. Ye la, dah selesa ngan idup, setiap ari duk dalam aricond, makan sodap2, jalan kaki pun leh kira berapa langkah sehari.. Mcm mana nak tahu keperitan hidup kan. Nak p Padang tolong mangsa gempa bumi den tak dapek la..
Jadik aku nak buat hebahan la nih, kepada sesapa yg nak datang beraya depavali kat rumah aku(aku tak sambut la, tapi datang nak ziarah kerr) or jemput open house sempena depavali tahun ni, aku tak dapat hadir la. Pasal aku takda kat area lembah Klang ni. Nak jumpa aku gak, tunggu aku balik pada ari Isnin tu.
Dalam kesempatan ni, aku nak mintak maaf banyak2 kalau aku ada salah silap dan doakan perjalan trip kitaorg ke Gunung Basor ni, selamat pergi dan selamat kembali. Takda musibah2 yang besar2 dan dilindungi daripada mara bahaya. Tolong doakan erk.
* penulis akan bertolak ke Jeli selepas Isya'
2 comments:
gud luck! Selamat pergi dan balik!
cayalah! Mesti buleh punya.Dah turun nanti mesti dah ada 6 ketul kat perut tu.
gogogogogo!
=)
happy hiking
Catat Ulasan