Jumaat, 3 Julai 2009
Dengar Sini Semua
Seperti Melukut di Tepi Gantang.
Pernahkan kita dengar peribahasa tu. Ada tak menambah takda tak mengurang. Melukut ni sebenarnya pecahan-pecahan halus beras. Beras yang pecah halus atau ujung beras tu di sebut malukut. Benar. Kita ni leh diumpamakan seperti melukut. Kita juga leh jadik seperti beras. Jadi melukut, marhain kata takde guna. Ye la, ada tak bertambah takda tak mengurang. Kalau jadik beras lain lak katanya. Beras berharga. Dipandang orang. Ada beras dalam gantang beri kesan, kurang beras pun beri kesan. Pentingnya beras daripada melukut. Sebab itu marhain kata jadi beras berharga, bernilai dan masyhur.
Jadi semua orang nak jadi beras. Beras dalam gantang. Nak jadi orang yang ada nilai. Kehadiran dirasai. Ketiadaan juga dirasai. Jadi beras kita rasa kita dihargai. Sapa la dalam dunia ni taknak rasa dihargai. Semua orang nak. Jadi manusia yang dihargai dan disanjung dijulang. Sikap manusia. Mungkin fitrah manusia. Lain pula melukut. Orang ni taknak jadi melukut. Nanti akan tersisih. Sudah la tersisih,tak ada orang peduli lak tu. Ye la, melukut takda nilai. Tak laku. Cakap tak laku, pendapat tak dikira. Malah kehadiran pun tak terkesan jumlahnya. Sapa nak jadik melukut. Semua orang taknak.
Soalnya, benar penting sangatkah jadi beras. Apa mulia sangat kah jadi beras(dalam kontek apa nak kita bebelkan ni la). Hina sangat kah melukut. Sampai diketepikan,diasingkan.
Alahai kawan, dalam hidup kita ni, tak selamanya kita beras tau. Tak selamanya kita melukut. Yang penting tak semestinya jadi beras itu bagus dan menjadi melukut tu teruk. Semuanya tentang persepsi sahaja. Persepsi orang. Persepsi manusia. Manusia lak bukan makhluk yang statik dan tak berubah. Yang penting manusia ni bukan bersifat total. Pasalnya manusia ni suka berpuak-puak. Suka duduk dlm gu masing-masing. Kalau kita tak se gu,se gang,seperangai kompem la kita direject. Kalu dah jadik mcm tu, jgn lah duk rasa berdukacita sgt. Semat je dalam diri kita, satu je: diaorang tu bukan sekufu,setaraf,sealiran ngan kita. Titik. Abis cerita. Alahai, perlu sangat ke menda2 tu sampai nak korbankan cara kita. Haish. Dalam dunia ni ada lebih 6 bilion manusia. Jadi apa kisah sgt la kalau kita secara tak sengaja bersama ngan puak2 lain.Kalau tak leh join or tak kasik join, anggap je kita jumpa satu puak or bangsa lain. Lepas tu kenal2 kan je la ngan diaorg.
Kepada sesapa yang baca ni rasa diri melukut. Jangan sedey beb. Takda pekdahnya nak jadik beras kalau kita jadik beras tapi last2 jadik beras yang jadik nasi yang basi. Hahahaha. Baik jadik melukut. Orang tak ambik kisah dan kita pun tak amik port.
Adioss..
Posted by Tulis Tangan at 12:23 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
yamin bila nak jumpa kita? windu ah ah ah...jom la next weekend..splendour with natasha aqilah? jomla join..kita bergelak ketawa...
nahar
lahai, next week balik kag la syed. hahaha.. makn durian hehehe.. jemput dtg umah..
silap, next week aku pun balik kampung tapi 19hb la. ok aku kira attendant ko wajib hadir. dah masuk buku. aturcara majlis segala wali matul urus sila baca di belog i eh. jgn lupa, sila tick on calendar anda. hukum utk hadir adalah wajib, tiada tomakninah! hahaha..garang tak??
Catat Ulasan