Kalau cerita lepas cakap pasal puding laici, maka minggu ni aku buat dadih perisa strawberi. Buat dadih ni tak susah. Masa penyediaan pun kurang dari 30 minit. Dalam lebih kurang 15 minit gitu je. Kos dia lak tak mahal, total dalam RM 9 untuk menghasilkan 3 liter dadih. Bagi korang yg kemaruk dadih, daripada korang beli sehinggit dua kupang tu, baik korang buat sendiri. Leh makan sampai mual. hehehehe..
Aku cdg malam ni aku nak masak nasi goreng ngan menggunakan planta atau majerin. Urgh, aku carik kat max valu tadi, semua set2 masak kek. Aku nak torai je pun. Tapi takpa, aku cuba carik lagik then kalau tak dapat terpaksa la pakai minyak masak sri murni. Aku nak cuba kelainan sikit ngan nasik goreng ni jadi tu la beria sangat nak masak guna majerin. Macam sodap. Pasal aku kecik2 dulu, mak aku pernah ajar makan nasi putih panas gaul ngan planta, lepas tu letak kicap sikit. Perghhh.. sodap wa cakap sama lu.
Cerita esok la. Lagi haru, aku nak teruskan program ayam masak pedas aku yg terbengkalai lama dah. Hehehehe.. aku nak p carik santan kejap kang kat pasau malam. Santan yg dah di perah dalam plastik tu. Bahan2 lain aku dah beli. Ayam tu aku dah siap kan dah pun. Huhuhu, tak sabar nak masak esok. Esok masak simple udah. Tak yh pening2 sangat. Kepada sesapa nak merasa masakan aku maka sila lah datang tgh hari esok. Hehehe.. Tapi aku masak budget utk 3 org makan je. Ehh, bukan aku sorang je kat umah esok..
Aku dah lama tak masak daging masak itam. Balik kampung nanti aku nak mintak bonda aku sediakan perencahnya so leh la aku masak masa ujung minggu nanti. Masak itam sedap oo makan. Aku buat dulu tahan dalam 2 hari kalau di simpan dgn elok. Kalau nak pastikan daging dia empok dan tak liat, korang renehkan lama2. So masa masuk air tu tak kisah byk, tapi korang kena kacau sikit2 la pasal nanti kalau dia tersejat tapi dia nyer rencah kering kat dinding kuali, tak de la sedap lak. Yg penting, korang rajin2kan panas daging tu then kasik kuah dia likat. Perghh, sedap weii... siyes..Satu lagi, masa potong daging tu kena potong betul2, salah potong jadik liat. Kalau masak itam ni, aku suka potong kecik2. Aku mmg di ajar mcam tu. Kalau potong besar2 lak nanti mcm susah je aku nak masak. Tak menjadi pasal liat rugi tu..
Sekarang ni, nak masak bukan susah sgt. Semua dah ada perencah. Cuma nak tgk kita ni pilih perencah yg betul ke tak. Tu je. Then cara masak tu nanti ok ke tak. Aku masak tak sodap, tapi adik aku masak sedap2.Huhu, teringat ikan goreng salut cabai burung dia. Even simple je tapi rasa dia mmg mengiurkan. Takpa, blk kampung nanti tanya mak aku resepi2 simple untuk aku masak cara org bujang.
Adios, aku nak p pasar malam carik santan ngan buah mangga. Nak wat jus mangga malam ni..makan ngan nasi goreng..hehehe..
0 comments:
Catat Ulasan