26 Disember 2007.. Dah tak lama dah..dalam 5 hari lagi maka berakhirnya bulan 12 dan tahun 2007. Melangkah ke tahun baru. So amacam? sibuk cerita pasal azam.kata org tgk2 balik azam tahun ni. ade ke yang tak tercapai..
aku lak, rasa kagum tgk kalender kat atas meja aku. dah nak penuh dah rupanya aku palng kan. setiap hari aku plg kan untuk hari2 yg berlalu. So apa istimewanya calendar tu.. Ada nilainya.. tu la calendar pertama aku bekerja yg aku duk tayang kan selama setahun kat atas meja kerja aku. yg duk aku hadap hari2..mesti la ada nilai nya..
hahaha.. apa lagi erk? ada satu lagi. mug besar dari serawak. member baik aku kasik. tu pun dah setahun. tak pe, aku nak usung mug besar tu kat mana saje tempat aku kerja dan insyallah sampai bila2..
So, apa lagi ye? ada.. moto aku tuh, moto tu aku pakai dari first day aku kerja sampai skrg. moto pertama dalam hidup aku. menarik dan best. aku suka moto aku. hahaha.. mcm yg aku ckp kat kawan2 aku.. tu motor set2 rare item. susah nak jumpa dah.. tak lama lagi habis la aku bayar moto tu. insyaAllah.
Apaa lagi erk..haaa.. meja aku, tak sangka kedudukan meja aku still sama walaupun ada perubahan kedudukan kat opis. hehehe.. meja, kerusi, dan juga kawasan kejiranan kelompok meja aku. tetap sama.
Nak dikira mmg banyak kot. tapi takat ni, tu la kot yg masih lagi ada dalam kotak pikiran aku. tak byk sgt menda2 lain.
Hurm, mcm mana lak diri aku?hahahaha.. sendiri mau ingat la beb.
Rabu, 26 Disember 2007
5 hari lagi la.
Posted by Mayamin Manjakasih at 10:01 PTG 0 comments
Sabtu, 22 Disember 2007
Urus Duit Aku!!
Raya haji menjelang lagi.. Dan aku beraya untuk tahun kedua nye di perantauan. Aku tak balik kampung la.. hari ni gak aku amik half day je kerja. Bila client aku suruh freeze code, aku terus apply halfday.. Aku nak abiskan jugak cuti aku yg kini berbaki 1 hari setengah tu. :)
Dalam pukul 3 petang tadi, aku buat appointment ngan financial adviser Maybank. Jangan salah faham ye, aku pergi bukan ade urusan hutang tertunggak(mintak2 dijauh kan la). So aku nak share sikit la kat korang apa yg aku dapat tadi. Aku tahu yang korang semua lebih arif dari aku yg baru nak belajar mengurus ni.. harap2 kalau ade nak tambah tu, sila la bgik komen erk..
Secara asasnya la kan, ada 5 benda yang perlu kita fikirkan bila kita nak buat financial plan ni :
- Pengurusan Risiko
- Simpanan Kecemasan
- Pelaburan
- Simpanan Pendidikan
- Simpanan Masa Tua
Nampk semua org tahu kan.. Mcm kawan aku cakap tu semua common sense. Apa yang aku nak cakap kat sini, bagaimana kita nak pastikan yg kelima-lima menda ni memang kita dapat laksanakan dengan baik dan memberikan pulangan yg setimpal. Dalam hal ni kan, kita kena tahu mana prioriti yg perlu kita utamakan. Penting tu. sebenarnya banyak maklumat-maklumat yg perlu kita tahu dalam menguruskan kewangan ni. Ye la bab duit ni kan. Bahaya kalau kita gagal tahu menda yg sepatutnya kita tahu.
So nasihat aku pada kawan2 sekalian, luangkan masa anda untuk dapatkan nasihat pengurusan kewangan ni. Di ingatkan, masa korang nak jumpa tu kalau boleh sediakan maklumat2 berkenaan :
- Pendapatan kita
- Jmlh perbelanjaan asas kita
- Jmlh tanggungan kita
- Hutang2 yg kita ada
- Kalau ada insuran tu, bawak maklumat insuran kita
- Jumlah aset yg kita ada
- Matlamat kewangan kita: jangka pendek, senderhana dan panjang
- Bawak buku nota dan kalkulator
- Jgn lupa peruntukan at least 3 jam untuk jumpa dia org ni.
Blogged with Flock
Posted by Mayamin Manjakasih at 1:10 PG 2 comments
Isnin, 17 Disember 2007
UBUNTU yg memBUNTUkan..
Dah hari kedua.. aku terpaksa mengalah..
tapi untuk sementara..
Blogged with Flock
Posted by Mayamin Manjakasih at 11:54 PTG 0 comments
Kayrel!! It is NOT A PIECE OF JUNK!!!
Aku ada satu notebook baru. Acer Aspire 4520.
- AMD (Turion) Athlon 64 X2 Processor - TK-53 (2.0GHz, 512kB L2 Cache combined)
- Nvidia nForce 610M chipset
- Nvidia GeForce 7000M onboard graphics capable of up to 256MB VRAM (shared)
- 2GB DDR2 667MHz RAM (1GBx2)
- 160GB 5400RPM 2.5-inch SATA HDD
- 8x DVD Burner with Dual Layer Support
- 14.1-inch WideScreen Acer CrystalBrite LCD (glossy display) capable of 1280×800 resolution
- 802.11b/g WiFi, Gigabit Ethernet
- Bluetooth 2.0+EDR
- 5-in-1 multiple card reader (SD, MMC, MS, MS PRO, xD)
- Integrated Acer Crystal Eye webcam (VGA/0.3 megapixel)
- S/PDIF (Sony/Philips Digital Interface) output for digital speakers
- ExpressCard Slot (Express Card/54)
- 6-cell Li-ion battery
- Dimensions: 342 (W) x 247 (D) x 35/38 (H) mm
- Weight: 2.67Kg
mcm mana tu.. skrg ni aku betul2 nak guna linux je.(dan Ubuntu mmg menjadi pilhan aku skrg ni) Hurm.. aku browse internet cari penyelesaian dan jawapannya.. Ubuntu never tested in this small machine..
Hurm.. patut la bebudak yang jual tu terkejut bila aku cakap aku nak guna Ubuntu.. Hurm.. tak leh salahkan dia org, pasal diorg mmg ngaku tak tahu Ubuntu tu hape. Penemuan yg lain lak.. aku terkejut bila dapat tahu, mmg model acer ni mmg di designkan untuk Windows Vista.. Huhuhu.. ni kes sudah jatuh di timpa tahi burung nih..
So aku decide, kalau dia tak leh gak install Ubuntu, maka aku decide nak cari Vista Pro nyer tu.. That's it.. even aku cuba tak nak pakai piracy lagi, tapi nak wat lagu mana kan.. dah takdir kena guna gak..Buat Bill Gate, ko cdg la kat BoD microsoft tu kasik murah OS korang, comfirm aku beli kalau harga dia bawah RM 100.. sireyes ckp!!!
Blogged with Flock
Posted by Mayamin Manjakasih at 12:35 PG 0 comments
Isnin, 10 Disember 2007
It is Untitled Post
Esok cuti, minggu ni mmg ramai org cuti kat opis aku.. Semuanya pakat mahu menghabiskan annual leave dia org.. mmg patut pun.. menda tu kan hak kita sebagai pekerja.. Rehat yg cukup membolehkan otak kita berfungsi dengan baik dan cemerlang..
Disember bulan hujan rupanya.. musim hujan.. suasana persekitaran terasa begitu lembab dan kusam.. Langit seolah-olah mahu meluahkan segala isi perutnya.. hahaha.. hujan tak berhenti-henti.. kalau nak seriat tu pun tak lama.. kejap je. Lepas tu renyai dan lebat kembali.. Ada dua tiga tempat kat Malaysia ni dah banjir besar.. Mujur tempat aku tak banjir lagi.. risau gak, rumah aku sebelah sungai Klang yang penuh sisa toksid tu.
Dalam hujan2 mcm ni, teringat Taiping. Lima tahun aku bermastautin. Separuh usia awal remaja aku terbazir kat sana. Taiping mmg selalu hujan. terlalu kerap sgt kekadang tu. Sampai aku tak tahu bila musim hujan dia.. Pasal selalu je hujan.. Tapi bagi aku Taiping sgt cantik selepas hujan. Taman Tasik nye akan di penuhi air. Rumput akan kembali menghijau. Segala debu2 kota semuanya sudah menyatu kembali dengan bumi.. Yang ada kesegaran dan kabus2 nyaman. Sangat menenangkan. Aku kalau boleh, selepas hujan je nak je aku berjalan di sekitar taman tasik tu. Tambahan kalau ianya awal pagi dan petang. Lagi pun taman tasik tu depan sekolah aku je.
Haha..teringat kenangan aku jalan di Taman tasik awal pagi dengan baju melayu dan kain pelekat. Semua org pandang pelik. Tapi aku selamba je. Kerja gila!!
Bulan dua belas ni gak mengenangkan aku kembali ttg first month aku bekerja. Mmg kerja aku berhujan je je selalunya. Ye la, masa awal2 dtg cari pejabat ni ngan moto pun aku berhujan. Siap langgar belakang moto kakak aku lagi.. Walau apapun yg berlaku..aku dah hampir setahu8n kat sini.. Dah 3 rumah aku berpindah!! Dasyat gak tu..hehehe..
Blogged with Flock
Posted by Mayamin Manjakasih at 11:21 PTG 0 comments
Zapin..Mari ajar AKU Menari!!
Aku gila zapin semenjak dua menjak ni.. Teringat zaman belajar kat U dulu. nyesal aku tak masuk tarian lak rasanya.. Sebenarnya aku mmg pernah masuk pun, tapi kuar sebab tak direstui oleh kawan aku tuh.. tekanan..hahaha.. tapi ok la aku masuk debat dia tak kisah..
Tapi betul la, skrg ni aku betul2 nak belajar zapin..minat giler aku tgk org nari zapin.. penuh kesopanan. kalau korang nak tahu, zapin ni popular kat Johor (dan asal pun) dan dulu nya, zapin ni di tarikan oleh penari lelaki je. pempuan ni muncul bila dah agak lama sikit.. malah ia ditarikan demi memeriahkan sambutan2 tertentu seperti maulud nabi.. malah ia adalah satu2nya tarian yg di benarkan di tarikan sebelah masjid(bukan dalam masjid ye..hape ko gile ke..).. sebenarnya, tarian(zapin la) ni mmg satu hiburan yg baik.. sangat sopan dan penuh kesantunan.. mmg sebuah tarian melayu yg penuh nilai budaya.. tak de nye seksi2 bangat.. hahaha.. siriyes lahh..
Sekarang ni aku mmg teringin nak belajar tarian zapin.. aku nak memahami gerak tari dia.. kak kat opis aku ada bagi satu cd..tapi tu la aku nak faham tak reti..aku ni tak reti nari.. tapi aku percaya kalau aku dilatih dan berlatih.. mesti dapatnya..
Yang penting, aku nak korang tahu.. tarian ni bukan untuk pempuan je.. tapi untuk semua.. hahaha.. dan yang penting aku sgt menghargai tarian budaya ni.. tak kira dari mana2 ceruk di dunia ni..
Inikan satu seni.. dan seni yg sebenar bukan lah bercanggah dengan agama pun (cuma cara tu je yg bermasalah kot ).. bak kata org, kembali ke fitrah.. back to basic..
Blogged with Flock
Posted by Mayamin Manjakasih at 9:52 PG 0 comments
Rabu, 5 Disember 2007
Sedikit haru Tapi tak le Blue!!!
Kawan aku komen yg blog aku menggunakan bahasa yg kekadang tu terlalu skema dan puitis. So , diorg rasa bosan. Jadi diorg request kat aku supaya aku guna bahasa yang lebih santai dalam menulis blog aku ni.
Hurm.. Susah jugak ni, aku rasa, apa yang aku tulis sekarang ni lah plg santai dan tidak ada unsur berat yang di nukil kan oleh aku. Hehehe, atau aku ni yg syok sendiri. Dan kawan aku sorang ni lak, dia tak nak baca langsung blog. Wah!!! sentappp.. Tak kisah lah, sesape nak baca tu bacalah..yang tak nak tu nak buat lagu mana kan..
Hei.. aku di tuduh sebagai paksi kejahatan dalam rumah aku ni oleh Big Bro kayrel(abang kesayangan Man, aku dan kami semua).. Adoooiiii, mereng betul la.. Jahat sgt kah aku ni.. aku tak la pk aku jahat.. Tapi aku suka ngusik dan buat lawak serta sembang menda2 yg ngarut kat kawan aku.. sapa yg tak tahan ngan aku, mmg la akan benci giler kat aku.. hurm.. betul kot aku ni paksi kejahatan.. Hahahahaha!!!!
Kawan aku mengalami kemalangan, kelam kabut aku di buatnya.. Risau gak la, sampai sorang tu tak leh bangun dan senyap je.. mujur semua selamat.. Agak cedera sikit la..eh byk gak la.. Director aku ckp, minggu ni minggu yg kurang baik, dia pun eksiden gak semalam.. kereta dia kemek.. dengan penuh rasa tanggung jawab dan kebapaan, dia nasihat kita org agar berhati2 menunggang motosikal.. Pasti kena berhati-hati..
Yang menarik, first time aku tgk en Din bercakap dengan semangat..Sungguh2 dia becakap menjelaskan apa yg berlaku kat kakak yuyeen dia tuh!! Auntie Fifi tgh mental..hahahaha..Apa-apa pun harap semua nya berakhir dengan selamat!!! insyaAllah..amin..
Blogged with Flock
Posted by Mayamin Manjakasih at 11:40 PTG 1 comments
Selasa, 4 Disember 2007
Benda di Syukuri itu Banyak..
Syukur kerana aku masih Muslim
Syukur kerana aku masih punyai ibu dan nenek yg penyayang
Syukur kerana aku masih punyai keluarga yg terus menyokong
Syukur kerana aku masih punyai kehidupan..
Syukur kerana aku masih punyai group cheer leader yang sentiasa menceriakan.
Syukur kerana aku masih punyai pekerjaan di CEO Consultancy
Syukur kerana aku masih punyai Rahman dan Kayrel yg sudi bersama2 aku di villa AsKayMan (guys! u're great!)
Syukur kerana aku masih punyai Fifi dan Yuyeen yg menjadi bunga di kalangan kumbang2..
Syukur kerana aku masih punyai sahabat2 yang masih setia bersama dengan aku..
Syukur kerana aku masih punyai musuh2 dan kawan2 yang menjadi check and balance dalam hidup aku.
Syukur kerana aku masih punyai anak-buah2 debat yg menunjukkan kesungguhan walaupun tak banyak menang.
Syukur kerana aku masih punyai sedih, masalah, kalah dan kecewa, so aku akan lebih matang dan menghargai peluang.
Syukur kerana aku masih punyai gembira dan bersemangat, so aku tahu erti menghargai kejayaan.
Syukur untuk segalanya!!
Blogged with Flock
Posted by Mayamin Manjakasih at 10:30 PG 0 comments
Ahad, 2 Disember 2007
Aku dan KL yg Sebenar!!!
1 Disember 2007. Percaya atau tidak, aku ada di kota metropolitan Kuala Lumpur. Kini aku merasai serba sedikit kehidupan malam di KL. Ketika blog ini di tulis, aku berada di sebuah CC di Bukit Bintang.
Aku melawat sekitar tempat tumpuan warga Kota KL. Apa yang aku boleh simpulkan, rupanya aku ini tidak lah se 'open minded' mana pun. Aku masih lagi terasa kaku dan janggal di tanah air ku sendiri. Ternyata budaya malam di KL ini terlalu asing buat aku.
Aku baru pulang dari Ruums. Tempat istirehat katanya. Aku tak bertahan lama di situ. Ternyata kebingitan bunyi dan ketenggelaman manusia di dalam dunia sendiri; ternyata tidak mampu untuk aku sama-sama merasai apakah erti istirehat itu. Mungkin satu definisi yang jauh berbeza di takrifkan disini.
Manusia begitu leka dengan cara hidup mereka. Jangan salah anggap akan ayat aku ni. Bagi aku, sikap keterbukaan aku masih menebal. Mungkin kot... Telatah dan keletah mereka menjadikan aku memandang dunia ini dengan pandangan yang baru. Mungkin ada yang kata aku ini baru belajar.. Aku akui, sekurang2nya aku sudah belajar dengan kaki dan kepala ku sendiri. Aku fikir, tak ramai kawan2 aku yang pernah ke tempat2 sebegini. Semegah mana pun gaya mereka, aku fikir tidak lah sehebat mana. Hahaha.. Jangan salah anggap ya!!!
Apa yang pasti, aku fikir; aku mahu sahaja menjelajah ke setiap tempat2 istirehat yang terkenal di sekitar ibu kota ini. Sebelum itu, aku kira aku kena membetulkan takrifan ISTIREHAT itu sendiri. Itu yang pertamanya!!!!
p/s: Buat kawan2 aku sekalian, se kampung aku ni pun, aku dah sampai ke tempat sebegini..
Posted by Mayamin Manjakasih at 12:56 PG 1 comments
Khamis, 29 November 2007
AsKayMan dan sebuah Teman Baru!!!
Penantian yang di nantikan selama ini akhirnya telah tiba. Villa Akayman semakin mewah dengan 3 bijik moto dan 2 bijik kereta. Hahaha..
Dengan tabah, aku, Man and Big Bro Kayrel menongkah arus jem ke Sungai Buloh. Dengan hampir sesat (biasa la bila aku jadi co-pilot), dan desakan sales man yg hanya tahu nak duit serta kegusaran si Kayrel. Perjalanan yang aku kira tak la terlalu jauh terasa begitu jauh. Bila sampai je ke destinasi..jeng3.. Proton Wira Aeroback yg di nantikan dah ade siap sedia nak di bawa keluar..
Boleh tahan gak la condition kereta.. Ok.. tu tak pa lagi.. datang lak satu cabaran baru.. Kena bawak balik kereta ke Kota Kemuning.. Ayyoo.. Kayrel akan bawak kereta itu.. dan aku kena jadi co-pilot beliau.. Macam mana tuh? Ada la pengalaman enjin kereta semput la di tengah persimpangan trafik light. Tabah kayrel - TABAH!! dengan macho yg tak seberapa macho tuh.. terus gak la perjalanan di atas highway plus yg sibuk. Tak pernah aku tgk pemandu yang begitu memberi tumpuan pada malam itu.. kecuali kayrel!! Hahaha!!! Dan tak pernah aku rasa sesejuk itu tangan dan kaki aku.. This is not a Game..`
Dah le tuh, leh sesat lak tu.. Ni gara2 sembang sakan la nih..(konon nak release tensen dan ketegangan) Terus ke Shah Alam.. Tak pa la.. dah alang2 tu, go on je la!! Leh aku amik barang aku.. Then tetiba lak..datang satu ujian baru!!! Mujur ada en Pyan.. Thanks Pyan.. Jenuh la jugak Pyan beri kita org short course tentang kereta..(TERBUKTI PENGHUNI VILLA ASKAYMAN MEMANG GEEK!!!!).. Apa-apa pun thanks Pyan, kalau tak melayang la duit kita org malam tu..
Sampai rumah around pukul 11 lebey..
Dan Kayrel kepenatan..Kata beliau, itulah pemanduan kali pertama dan paling jauh serta di Malam hari yang pernah di lakukannya..Yang pasti, aku org yang sama-sama merasai.. GILER rr ko kayrel..TAHNIAH!!!!!!
Blogged with Flock
Posted by Mayamin Manjakasih at 1:18 PG 2 comments
Rabu, 28 November 2007
Debat dan Aku
DEBAT DIRAJA 2007 tahun ni aku pergi. Tapi aku tak pergi sampai ke final nya. Dan aku cuma pergi sebagai Hakim.
Untuk royal debate kali ini, aku telang menghakimi 7 perlawanan. Baru aku faham apa perspektif sebenar aku sebagai hakim ini. Hurm.. Sukar gak bila nak buat keputusan ni. Tambah kalau pihak yg bertanding ni, kita ada emotional relation dengan mereka. Tapi aku kena adil dan aku pun sehingga sekarang tidak menyesal denagan keputusan yang aku ambil. :)
Bagi aku, perkara yang paling susah untuk menghakimi sesuatu pertandingan tu bila mana kedua2 pasukan adalah lemah dan aku kena pilih mana yg patut menang. Senang lagi kalau menghakimi ke dua-dua pasukan adalah sama hebat dan kuat. Itu pandangan aku la. So, kalau ada pembaca2 blog aku yg aku pernah jadi hakim korang, aku mintak maaf la. Tapi korang semua akan faham apa yang aku cakap bila korang dah jadi hakim macam aku sekarang ni.
Aku nak ucapkan terima kasih pada ketua hakim apabila aku diberi kepercayaan menghakimi team-team yg kuat dan hebat. Sangat puas hati. Apa-apa pun pada pihak yg menang, tahniah aku ucapkan. Bagi pihak yang tiudak berjaya, teruskan usaha anda. Ingat! segala-galanya belum berakhir.
Pertandingan kali ini juga aku telah di masukkan sbegai AJK penaja Alumni Debat Malaysia (ADAM). Besar tanggung jawab tu. Aku akan cuba pikul dengan hati yang tebuka.
Buat anak buah debat aku sekalian (UTeM la tu), tahniah aku ucapkan. Korang mmg boleh lakukan. Walaupun tidak lah mencapai tahap yang aku mahukan, tapi korang dah berusaha bersungguh-sungguh. Aku nampak itu semua. Cuma, korang kena lebih tekun dan bersemangat waja. Ingat ya, tak cukup sekadar minat, tapi anda semua kena menjiwai Debat tu.
Debat bukan lah pertandingan menegak kan benang yang basah, tapi ia adalah kayu ukur terhadap nilai intelektual kita!!
p/s : Buat man, kalau kita minat, kita kena berani untuk berkorban, bukan tunggu org belanja tiket baru nak pergi :)..haha Jangan marah ye..
Blogged with Flock
Posted by Mayamin Manjakasih at 12:37 PG 1 comments
Jumaat, 23 November 2007
Hilang
Hampir setahun aku dah kuar dari dunia pendidikan.. Aku sudah bekerja.. Aku dah ada di alam pekerjaan. Dan aku sedang meniti hari2 yang aku hidup dengan hasil titik peluh aku sendiri. Aku bersyukur di atas kelapangan rezeki yg dicurahkah olehNya. Syukur..
Tapi aku rasa, semakin hari berlalu, semakin hilang semangat juang dalam diri aku ni. Apakah aku sudah hidup dalam ruang selesa? Apakah aku sudah terbuai dengan nikmat yg aku kecapi. Semangat juang aku yg dulu semakin hilang. Aku dapat rasakan.. Dan ia amat menakutkan aku. Aku takut!!!
Aku telah dilimpahi dengan segala pujian. Benar, pujian itu madu, namun kalau berlebihan ia menjadi racun dalam hidup kita. Aku masih ingat, suatu ketika dulu aku bangkit dari penghinaan, dari kejian org di sekeliling aku. Aku berjaya buktikan yg aku ini 'seseorang' dalam dunia ni. Setelah aku mengecap apa yg aku inginkan, aku dapat rasakan kehidupan aku semakin malar..
Apakah aku di ambang kejatuhan?
Aku mahukan sesuatu yang MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA !!!!
Moga yg terbaik untuku dan jika yg terbaik itu yg terpahit, mohon agar aku dapat menjadi insan yg tabah dan kuat menelan kepahitan itu.
Blogged with Flock
Labels: Mental
Posted by Mayamin Manjakasih at 8:13 PTG 0 comments
Kawan aku cakap..
Agak terkejut gak bila kawan aku komen kata blog aku byk sajak, puisi. Seingat aku, aku ada post 3 sajak berat dan 2 syair yg menginsdafkan. Yang lain banyak merapu.. Mungkin akawan aku terlepas pandang kot..
Hahaha.. salah aku gak, sekali aku publish 3 sajak serentak.. Dah le panjang2. Sori bro.. Nampak gayanya aku dah terlepas seorang pembaca blog aku nih. saynyang nye..
Tapi untuk pengetahuan pembaca2 yg sudi godek2 aku nya blog ni, tulisan aku mmg ada variety. Tapi lebey pada santai la. Dan kisah perjalanan hidup aku.. Seboleh2nya, aku nak tulis menda2 yg indah2 je dalam blog aku, tapi ye la kan, isup ni tak semuanya indah..
p/s : terima kasih byk2 pada korang yg sudi membaca blog aku. :) love u all
Blogged with Flock
Labels: Santai
Posted by Mayamin Manjakasih at 1:20 PG 1 comments
Khamis, 22 November 2007
Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996
Blogged with Flock
Labels: Renungan
Posted by Mayamin Manjakasih at 11:54 PG 0 comments
ERTI KEMERDEKAAN-DR MAHATHIR MOHAMAD
ERTI KEMERDEKAAN
Dan jatuhnya hanya beberapa hari
lalu terbelenggu 400 tahun
suatu tempoh yang amat payah dan panjang
pengabdian dan kehilangan yakin diri
43 tahun kita berdiri menebus maruah
merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada
masih mahukan harga itu diperjudikan?
Kita tidak akan mempertaruhkan nasib itu
di tangan kita masih panas
keringat, tulang belulang dan tenaga fikir
menghayun langkah membina wawasan
waspada harimau di matahari terbenam
tidak akan hilang belangnya
mengisytiharkan dirinya yam tuan tunggal sejagat
yang lemah longlai
yang gagah gergasi
akan meruntuhkan segala sempadan rimba
atas nama membina perkampungan dunia
mahukah kita biarkan
mereka menginjak-injak dan menghancurkan taman kecil permai ini?
Rimba tanpa sempadan
atas nama “kebaikan” menyelinap menusuk matafikir
hidupan dunia ketiga terpaku takjub dengan slogan
‘kasih alam
ketelusan hukum
keadilan timbangan
kesatuan warga dunia
kebebasan mutlak’
lalu beraraklah anak-anak bumi ini meraikan kesatuan alam
dengan sorak sorai
‘runtuhkan sempadan!
runtuhkan sempadan!
runtuhkan korupsi
runtuhkan kolisi’
dan di belakang mereka tidak melihat
bayang-bayang belenggu halimunan
yang lebih ganas daripada segala yang ganas
kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
mengapa diundang mereka
dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?
Kita telah bangun dengan segala kepayahan
membuka belantara dan mempertahankan warisan
kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
merdeka kita dengan fikiran
dan kita pertahankannya dengan fikiran
dunia sudah melihat kita
dunia sudah menghormati kita
Timur dan Selatan mengharapkan kita
mereka datang berbondong-bondong mencari bumi ini
perlindungan dan erti hidup
mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat
dengan tangan masih terbelenggu ke belakang
dan hanya sesekali menjulangnya
mengikut rentak genderang dunia matahari terbenam?
Bijak pandai pernah berpesan
‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera
dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’
sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa
akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang
mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?
Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa
Di sini kita yakin segalanya boleh
Di sini kita yakin segalanya boleh
Itulah erti kemerdekaan
Perjuangan ini mesti diteruskan.
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Blogged with Flock
Labels: Renungan
Posted by Mayamin Manjakasih at 11:51 PG 0 comments
MELAYU - Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Labels: Renungan
Posted by Mayamin Manjakasih at 11:47 PG 0 comments
Selasa, 20 November 2007
Sebelum tamat hari ni..
15 minit lagi tepat pukul 12 tgh malam.. So aku nak tulis sesuatu kat sini sebelum aku masuk tidur,
So bagaimana perjalanan hari ini? Gembira?Sedih,Teruja,Biasa.. Haha, aku yakin awalau apa pun yg berlaku hari ini, ia telah menjadi sejarah untuk kita.
Aku ada dgr gak sorang motivator terkenal tanah air cakap yg unutk jadik hidup kita lebih tenang, sebelum tidur kita muhasabah diri dan maafkan semua org. So anda bagaiman, pernah buat mcm tu? aku pun kekadang je buat. Banyak tak buat.. So mari kita cuba malam ni. Sebelum tidur, kita muhasabah diri kita dan kita maafkan semua org.. Tgk apa hasilnya esok pagi.. Tapi kita kena selalu cuba dan buat la kot..
Kata org kan, menda tu kalau kita ulang lebey 40 kali, dia jadik tabiat. Betul ke? aku rasa betul gak pasal, menda yg aku buat selama ni mmg menda yg aku dah ulang lebey 40 kali. Betul jugak pasal bila aku ulang menda tu lebey 40 kali, menda tu jadik tabiat. So lagi sekali, mari kita cuba.. Betul ke idak..
Ustad aku cakap, buat baik kita kena paksa diri kita. Even mcm tak ikhlas kan, tapi kita mana tahu ikhlas tu mcm mana. So dia cakap, selalu paksa diri buat baik. Insyaallah kita akan jadik baik.. Betul ke? mari kita cuba. Tapi kan menda baik mmg pun susah nak buat.. Menda jahat laju je..
So mari kita renung2kan bersama. Dah, aku nak tidur..
Blogged with Flock
Labels: Renungan
Posted by Mayamin Manjakasih at 11:58 PTG 0 comments
Isnin, 19 November 2007
Kenangan
Apa perasaan anda bila satu masa nanti kawan rapat kita tidak lagik menjadi kawan rapat kita, kita berantakan, dan kisah itu kita mmg jangka..
Sabar, ketentuan itu adalah penuh hikmah :)
Blogged with Flock
Posted by Mayamin Manjakasih at 10:43 PTG 1 comments
4 jejaka solo di CEO
Tak sangka aku ada gambar ni kat pc aku..hahaha..
Ok dari kiri tu kayrel, faizal, yamin and man. Aku rasa la malam tu aku bergaya plg macho la. Tu pun pasal aku dah gemuk sikit. Patut kurus.
Aku pk ni aku kena simpan ni, koleksi terbaik nih.hahahaha..
Posted by Mayamin Manjakasih at 10:35 PG 0 comments
Ahad, 18 November 2007
Sabtu Yang Pelbagai
Semalam apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Sangat meletihkan tetapi amat berbaloi. Haha..
Begini ceritanya, Aku, Man and Uyeen; kami bertiga bertolak ke UiTM tengok kawan aku konvo (aku ada ceritakan dalam post yg sebelum ni). Kami mmg pergi untuk meraikan kenkawan kami tu di hari graduasi merika. Sampai kat UiTM dlm pukul 1 kot. Mmg sangat sesak dengan manusia. Bayangkan la sampi line telepon bz. Kawan aku cakap 900 org grad. Bayang kan kalau sorang bawak dalam 5 org ahli keluarga. Tak ke leh cecah 4500 org. Dah le kecik je area tempat. Oppss...hahaha.. Tapi sempat la jugak kami jumpa member2 kami tu (diaorg tengah beratur time tu).
Dah selesai jumpa2 ucap tahniah semua, kami berangkat la ke destinasi kedua kita org, Kompleks Pertama(aku selalu sebut PATAMA!!!!) Kitaorg decide nak naik komuter je. Senang sikit. Lagipun kami semua mana cekap jalan KL yg berselirat tu. Kat komuter tu aku tido je. Dah nak sampai baru aku sedar. Kami turun kat stesen Bank Negara. Teringat time shooping raya. Bersesak beli tiket komuter(thanks Man pasal jadi hero kitaorg malam tu).
Ok dah sampai dah kat komp pertama ni, kami terus usha2 and survey2 harga henpon. Apa lagi yg nak di buat kan kalau p ke sini. Kawan aku sorang ni terdesak beli henpon. Sian dia henpon rosak. Tabah gak la mencari yg harga terbaik dan termurah. Dah pusing2 satu kompleks ni, kawan aku decide nak beli kat satu stall ni. So lepas habis proses tawar menawar, dia pun beli. Tahniah kat kawan aku pasal berjaya membeli henpon baru!!! hahaha..
Lepas tu kita org gerak carik jalan nak ke plaza low yat..Kami semua mmg tak da idea cam na nak ke sana nih..ye la sorang pun tak tahu jalan KL. Lepas tu, dgn berbekalkan instinct kita org ramai, kami amik satu jalan ni yg tulis kat situ jln dang wangi. Pasal kami pilih sebab kat dang wangi ade monorail bukit nenas. Kami pun dengan tabah nya jalan kaki menuju ke stesen tu. Ingat ni, kami main hentam je nih.. Jalan punya jalan punya jalan, rupa2nya, jalan yg kami pilih tu jalan kebenaran. syukur sangat. Tapi letih gak la..
Naik la kami monorail itu, sampai la kami ke Plaza Low Yat. kat sini kami survey lagik sekali henpon2 yg ada di jual kat sini, harga dia agak mahal la. Beza dalam seratus ngan harga kom pertama tu. So kitaorg pk mmg berbaloi la kami p pertama tuh. Then aku ngan konpidennyer p cari kamera digital. Bukan nak beli pun, sesaje je p carik. Ada la jumpa Nikon ape ntah, 5 MP harga dia 399. TITIK. tak de diskaun dah. So aku test la, ngan buat muka konpiden nak beli. Dah cuba semua function dia, aku pun cakap ok. thanks. nak survey dulu.hahaha.jahatkan aku..takpa la.. nanti aku nak carik time PC fair..
Ok berbalik pada tujuan sebenar, kami pun carik la Modem+Router+Switch. Jumpa la(kompem la jumpa) DLink harga dia RM 125. turun 25 hinggit je dari harga tahun lepas. Tahun lepas harga dia dalam 150. Ok la. kami pun beli. Lepas tu aku carik la thumb drive 1 gig. dah murah pun sekarang, RM 29 je. tu pun harga without bargain. So aku beli, time nak beli ni lak, kawan aku terjumpa ape tuh, MP3 FM modulator. menda yg cucuk kat kereta tuh, lepas tu dia leh main MP3 dalam thumbdrive guna frekuensi FM/radio. Kawan aku sambar satu. dalam 50 kot harga dia. tu harga asal la. tak tahu lak kawan aku beli berapa.
Dah dapat beli semua barang, kami pun nak balik. Singgah makan2 kat KL sentral. Aku makan spaghetti and cheese.Alamak makin gemuk la aku. Lepas tu kitaorg terus berangkat pulang.
Sampai kat umah dalam pukul 10 kot. lepas hantar uyeen, aku ngan man terus balik umah. sampai je depan pintu pagar, tgk rumah dah torang bendorang dah. Laaa, kayrel dah balik!!!!
Duduk kejap dalam tak sampai setengah jam kot, kayrel ajak p main game. Demi nak meraikan konvokesyen beliau kita org pun p la. Leh gak main game,hahaha... aku spent 3 token je malam tuh. tak nak la lebey2.Aku ni cepat bosan main game. Semalam ari bertuah kayrel, dia menang main ngan man.hahaha..akhirnya tergugat jugak kejuaraan hatrik man sebelum ni..
So balik rumah dah pukul 1 kot, sgt letey la. tapi tak leh tidur lagik, pasal aku nak configure router baru aku tuh. Lepas berhempas pulas memahami cara nak configure, dalam pukul berapa ntah baru selsai. Dan aku pon tidur dalam pukul 4 pagi...
Begitulah kisah hari sabtu aku yg penuh ngan aktiviti yg mengujakan!!!
Blogged with Flock
Labels: Santai
Posted by Mayamin Manjakasih at 1:42 PTG 0 comments
Jumaat, 16 November 2007
CEOian
Hahaha.. Ni gambar kaum kerabat CEOian..meriah kan...
Boleh dikatakan hampir semua opis mate aku ada kat sini. Staff tak ramai tapi kita org ni agak meriah la. Aku respect dgn diorg ni pasal diorg semua tekun2 bekerja.. aku dah mula menjiwai cara diorg bekerja. Kekadang tu tak terikut la pulak. Aku ni masih junior kat sini so mmg kena banyak dan cepat belajar. Tak le nanti ketinggalan jauh sgt dari diorg semua ni.
Posted by Mayamin Manjakasih at 3:47 PTG 0 comments
Oppsss
Gambar ni di ambil masa aku tgh bercuti di Cameroon Highland. Sayang nya aku tak singgah lama. Mcm sekadar dtg amik bau je. Sejuk masa tu pasal kami sampai time ujan renyai2.
Masa nak turun tu sgt la merisaukan. Dah la gelap, jalan licin dan kecil serta berselekoh initial D. Aku lak rasa nak muntah je.. Nasib tak muntah..
Teringat gambar ni, aku teringhat kawan aku sorang ni, excited giler nak petik buah strawberry tu. Tapi tak berani. Ye la kan kebun org.Hehehe..
Apa2 pun, percutian hari tu adalah percutian aku yg pertama semenjak bekerja nih.. Barang aku penuh kereta gak la beli. Semuanya makanan. Sampai sekarang tak habis lagik..Ada kat dalam peti ais tu.Hahaha.. Masa kat kebun ni aku beli strawberry milk choc. Ok la rasanya. Sedap..Berbaloi beli rasanya.
Even aku sgt penat masa pulang tu, tapi otak aku ras fresh giler..
Bulan depan dah bercadang nak berhibur kat Genting Lak..Sapa nak ikut jom!!!..Aku nak ajak Zam la..
Posted by Mayamin Manjakasih at 3:42 PTG 0 comments
Happy Graduation Day
Ada 3 orang rakan sepejabat aku yg akan berkonvo pada esok hari. Big Bro Kayrel, Makcik Fifi and Encik Baha. Serentak di UiTM Shah Alam. Dengan kata lain diorg ni satu fakulti.
Yang mengaharukan, semua ni tak amik cuti lagik. ada lagik kat opis ni. May be diorg dah pernah masuk konvo.(lain la aku..amik 3 hari cuti..hahaha).
Skrg ni, aku ngan man memang dalam plan nak pergi konvo dia org..Tapi kena la bawak sedikit hadiah penghargaan sikit. Aku cdg, nak petik je bunga2 mbsa ni kasik kat diorg..hahahaha..
Apa2 pun, tahniah pada korang semua. Remember, u're big already...u're not fresh anymore...
Blogged with Flock
Labels: Santai
Posted by Mayamin Manjakasih at 11:52 PG 0 comments
Khamis, 15 November 2007
Malu nya..badan aku makin naik!!!!
Aku makin gemuk :(
Aku memang tak pernah nafikan yang aku makin gemuk. Tu mmg hakikat nya. Yang penting sekarang ni, aku nak kurang makan. Aku percaya badan aku naik pasal aku mmg kuat makan. So kali ni aku nak kurang kan pemakanan aku.
Bersenam lak? Hahaha.. Berat nak jawab..
Blogged with Flock
Labels: Santai
Posted by Mayamin Manjakasih at 10:22 PTG 1 comments
Kasih Ibu
Kasih ibu membawa ke syurga.. Teringat kat maka aku yg selama ini berjuang membesarkan kami sekeluarga.. Tanpa ibuku, aku tak kkan berada di mana aku berada sekarang.. Mak, saya sayang mak..
Dedikasi khas syair Ummi/Ibu buat mak yang tersayang :
Ibu..
Ibu senandung laguku
kunyanyikan selalu untukmu
engkau penyejuk hatiku
tanpamu tiadalah aku
Ku selalu kumohon doamu
bahagia hidup matiku
ibu kaulah harapanku
tanpamu tiadalah aku
Syurga ditelapak kakimu
redho Allah dengan redhomu
begitulah sabda nabiku
tanpamu tiadalah aku
Ibu perisai hidupku
pertaruhkan nyawa bagiku
cintamu terangi jalanku
tanpamu tiadalah aku
ibu..
Blogged with Flock
Labels: Santai
Posted by Mayamin Manjakasih at 2:03 PTG 0 comments
Flock
Hurm, Sebelum ni aku ingat Flock ni mcm web browser biasa sahaja. Tapi tak sangka rupanya-rupanya Flock ni mmg lain dari yang lain. Satu web browser yang mengintegrasikan byk aplikasi didalamnya.
Susah aku nak terangkan dekat sini. Korang kena cuba menatang alah ni. Baru tahu apa yang aku maksudkan.
cuba layari laman web ni :
http://www.flock.com/
Aku tgh nak explore functions yang dia ada. Nak tahu apa lagi yang mengujakan diri aku..Hehehe..
Blogged with Flock
Labels: Santai
Posted by Mayamin Manjakasih at 1:22 PG 0 comments
Rabu, 14 November 2007
Panggilan Hangit yang Hangus!!!
Heiii!!!
Hahaha, patut di mulakan dengan salam kan. Assalamualaikum. Tadi aku dapat satu panggilan dari junior aku. Dah lama tak dengar berita mengenai dia. Tup2 buat panggilan yg seakan2 panggilan hangit di Hot FM.
Malu sungguh, baru aku dapat rasakan bagaimana perasaan mangsa2 pangilan hangit tu. Selama ni kerja aku gelak je apabila mendengar babak2 perbualan antara DJ dan konco2nya dengan mangsa. Sekali bila aku yang terkena(walaupun bukan dgn dj tu) terasa gak malu dan panas telinga.
Terfikir jugak dalam benak kepala otak aku ni, sejak bila la rancangan2 berbentuk sedemikan mula di terima di khalayak pendengar kita erk. Stesen mana yang memulakan dulu dan konsepnya dari mana? Hurm, satu yang aku pasti, konsep2 merapu seperti ini pasti bukan terbit dari buah fikiran rakyat malaysia. Aku masih percaya orang Malaysia ni masih baik dan penuh kesopanan.
Yang pasti, sehingga kini tidak ada pihak yang menyuarakan bantahan. Mungkin kita sudah terbuka dengan menganggap ini juga satu hiburan dan ia hanya satu halwa telinga. Halwa di ulang halwa. Dengan kata lain, kita makin terbuka dengan bentuk hiburan yang dihidangkan dan di corakkan.
Apa yang aku harapkan, hiburan2 yang ada di negara kita ini jangan lah menjadi semakin melampau dan terlampau. Teringat satu usul berbunyi ' Nilai Moral Perlu Berubah Mengikut Perkembangan Semasa'. Soalnya, perlu atau tak perlu?
p/s: kawan aku tu dah kahwin dan sudah pun berbadan dua. Patut lah aku tak cam langsung siapa dia..
Labels: Santai
Posted by Mayamin Manjakasih at 5:07 PTG 0 comments
Selasa, 13 November 2007
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
Sebelum itu, aku nak mengaku yg aku tak tahu apakah sumber ini benar atau tidak, maksud aku apakah benar al-Qamah yang menasihati akan perkara ini atau tidak.. Naamun aku nak ajak sahabat2 aku sekalin meneliti maksud nasihat ini.. Persoalan penting untuk diri kita. Apakah kita ini benar2 mempunya ciri2 org yg bersahabat..
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
- Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
- Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
- Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
- Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
- Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Labels: Renungan
Posted by Mayamin Manjakasih at 12:24 PTG 0 comments
Syair Kuasa Ilahi
Sahabat sekalian,
Mungkin korang semua pernah dengar akan satu syair bertajuk Kuasa Ilahi yang telah ni nasyidkan oleh Sulis. Disini aku titipkan syair ini dengan sedikit perubahan kepada penggunaan Bahasa Malaysia. Jgn bimbang, maksud masih sama:
curahkan rahmat dan kasihmu
Ya Allah, dengarlah pintaku
kabulkan doa harapanku
barikanlah petunjukMu
penuhi hasrat kerinduanku
Ya Ilahi, pandanglah kami
nescaya tenteram jiwa hati
agarku dapat keredhaanMu
tujuan akhir jalan hidupku
Ya Rasul Ya Rasulalllah
Selawat salam Allah untukmu
engkaulah kekasih Allah
berikan cercah syafa'atmu
Ya Rasulallah
Begitu dalam maksud syair ini kan..
Labels: Renungan
Posted by Mayamin Manjakasih at 12:15 PTG 0 comments
Isnin, 12 November 2007
PERTANDINGAN DEBAT DIRAJA
USUL PERTANDINGAN DEBAT DIRAJA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA
24-29 NOVEMBER 2007
ANJURAN: MAJLIS DEBAT UNIVERSITI MALAYSIA DAN UiTM
Usul ini adalah usul rasmi Pertandingan Debat Piala Diraja 2007. Salinan Rasmi akan Difakskan Kepada setiap Universiti pada 12 November 2007.
Maaf atas kelewatan penghantaran salinan rasmi. Sila maklumkan kepada rakan-rakan pendebat universiti lain.
Yang menjalankan tugas,
Ahli Jawatankuasa Teknikal
Debat Diraja 2007
USUL POLITIK
1. HAMAS wajar dilihat sebagai kerajaan yang sah
2. Amerika Syarikat perlu keluar daripada Iraq
3. Demokrasi di Malaysia semakin subur
4. Dasar berkecuali masih relevan kepada ASEAN
5. Kuasa Veto PBB relevan
6. Kepulangan Benazir harapan baru buat Pakistan
7. Kenaikan harga minyak suatu percaturan politik
8. Kematian Saddam: Demokrasi hidup semula
9. Negara dunia ketiga perlu teknologi nuklear
10. Negara Asia Barat memerlukan Amerika untuk aman
11. Amerika akan lebih baik tanpa Bush
12. IAEA perlu lebih telus
13. Kita perlukan pasukan keamanan dunia
14. PBB: Suara tidak didengari
15. Darfur propaganda media
16. Politik perkauman duri dalam daging
17. HAMAS dan FATAH perlu bersatu
18. ASEAN tidak serius dalam isu Myammar
19. Kuasa OIC perlu diperluas
20. Dunia dahagakan Soviet
21. Campurtangan organisasi antarabangsa di Afrika wajar
22. Sekatan antarabangsa terhadap Myammar perlu dimansuhkan
USUL EKONOMI
1. Negara maju wajar membantu pemuliharaan alam sekitar negara membangun
2. WTO wajar diberi lebih kuasa
3. Caruman KWSP wajar ditambah
4. APEC memartabatkan ekonomi anggota
5. Kenaikan harga barang: Sistem baru perlu diwujudkan
6. Barangan kawalan tidak terkawal
7. Konsep bina dan jual: Jawapan kepada rumah terbengkalai
USUL SOSIAL
1. Program angkasawan menguntungkan negara
2. Pelumba haram wajar dihukum sebat
3. Ibubapa penjenayah juvana wajar dihukum
4. Bola Sepak Malaysia: Masih ada harapan
5. Graduan kita terlalu dimanjakan
6. Demi kesejahteraan, media perlu lebih bebas
7. Pendidikan percuma wajar untuk semua
8. Sudah tiba masanya rancangan realiti televisyen diharamkan
9. FAM: Hidup segan mati tak mahu
10. Kemelut pengurusan punca sukan kita malap
11. NGO perlu lebih berani
12. Filem Malaysia membanggakan
13. Pingat emas olimpik bukan suatu fantasi
14. Dunia memerlukan undang-undang alam sekitar yang seragam
15. Sukan mengeksploitasi wanita
16. Skim Cepat Kaya: Kita tidak serik
17. Sukan tradisional perlu dikomersialkan
18. Tribunal Tuntutan Pengguna: Indah khabar dari rupa
19. Artis Indonesia lebih kreatif
20. Olahraga: Pembelian atlit asing wajar
21. Cetak rompak: Mengapa Bayar Lebih
USUL HUMOR
1. Peminat Malaysia buta seni
2. Malaysia perlukan Spielberg
3. Undi SMS pembunuh kualiti
4. Lelaki menyusahkan
5. Ikut hati mati, ikut rasa binasa
6. Wanita menenangkan
7. You Tube: Kreativiti melampau
http://sanggardebat.wordpress.com/2007/11/09/pengumuman-rasmi-usul-debat-diraja-2007/#more-41
Labels: Debat
Posted by Mayamin Manjakasih at 11:39 PTG 0 comments
Melaka
Aku bukanlah anak Melaka, tapi apa yang aku nak ceritakan di sini adalah pasal Melaka. Aku sebenarnya sudah hampir tiga tahun lebih menetap di Melaka. Bagi aku, disinilah bermulanya kehidupan aku. Penuh dengan pelbagai cerita.
Tapi itu bukan perkara utama, apa yang aku ingin ceritakan di sini bagaimana aku begitu menyenangi negeri yang kecil molek ini. Bagi aku, negeri inilah antara negeri yang paling aku senang untuk tinggal dan menatap.
Apa yang menarik ya? Pertamanya berkenaan ketenangan yang ada. Kita semua sedia maklum yang Melaka adalah negeri yang menyimpan pelbagai sejarah. Yang penting bagi aku, adalah negeri ini penuh dengan pelbagai tempat riadah minda yang begitu menrik. Yang paling utama, boleh dikatakan semua tempat-tempat ini berhamp[iran antara satu sama lain dan begitu mudah untuk aku pergi.
Kedua, segala-galanya ada di sini. Untuk keperluan hidup, akses kepada hiburan dan barang keperluan begitu mudah di capai disini. Dari Hypermarket seperti Tesco,Giant dan Maydin sehinggalah kompleks membeli belah yang bergaya seperti Dataran Pahlawan. Semuanya ada di Melaka. Sebut sahaja kemana anda ingin pergi. Ada sahaja di Melaka. Memanglah tidak sehebat Kuala Lumpur tetapi apa ynag ada sudah memadai.
Keindahan alamnya sudah tidak boleh dinafikan, dari kebiruan laut dan keputihan pasir di pantai sehinggalah ke hutan simpan ataupun tasik nan permai. Semua ini ada di Melaka. Menarik bukan. Yang paling penting, semua tempat ini mudah sahaja untuk dikunjungi kerana berhampiran antara satu sama lain.
Satu hari nanti, aku berharap agar dapat pulang ke Melaka dan menikmati segala keindahan dan kesenangan hidup di sana. Tapi harapan nya agar segala yg ada ini masih kekal dan bertambah baik.
Labels: Santai
Posted by Mayamin Manjakasih at 11:12 PTG 0 comments
Mari Mulakan
Salam buat semua,
Ruangan blog khas ini saya bangunkan khusus sekadar untuk saya berkongsi idea dan pandangan saya kepada para pelawat blog saya ini.
Segala komentar dan pandangan saya ada hanya pendapat saya semata-mata dan tidak mewakili mana-mana pihak atau mana-mana organisasi.
Posted by Mayamin Manjakasih at 11:08 PTG 0 comments