Aku bukanlah anak Melaka, tapi apa yang aku nak ceritakan di sini adalah pasal Melaka. Aku sebenarnya sudah hampir tiga tahun lebih menetap di Melaka. Bagi aku, disinilah bermulanya kehidupan aku. Penuh dengan pelbagai cerita.
Tapi itu bukan perkara utama, apa yang aku ingin ceritakan di sini bagaimana aku begitu menyenangi negeri yang kecil molek ini. Bagi aku, negeri inilah antara negeri yang paling aku senang untuk tinggal dan menatap.
Apa yang menarik ya? Pertamanya berkenaan ketenangan yang ada. Kita semua sedia maklum yang Melaka adalah negeri yang menyimpan pelbagai sejarah. Yang penting bagi aku, adalah negeri ini penuh dengan pelbagai tempat riadah minda yang begitu menrik. Yang paling utama, boleh dikatakan semua tempat-tempat ini berhamp[iran antara satu sama lain dan begitu mudah untuk aku pergi.
Kedua, segala-galanya ada di sini. Untuk keperluan hidup, akses kepada hiburan dan barang keperluan begitu mudah di capai disini. Dari Hypermarket seperti Tesco,Giant dan Maydin sehinggalah kompleks membeli belah yang bergaya seperti Dataran Pahlawan. Semuanya ada di Melaka. Sebut sahaja kemana anda ingin pergi. Ada sahaja di Melaka. Memanglah tidak sehebat Kuala Lumpur tetapi apa ynag ada sudah memadai.
Keindahan alamnya sudah tidak boleh dinafikan, dari kebiruan laut dan keputihan pasir di pantai sehinggalah ke hutan simpan ataupun tasik nan permai. Semua ini ada di Melaka. Menarik bukan. Yang paling penting, semua tempat ini mudah sahaja untuk dikunjungi kerana berhampiran antara satu sama lain.
Satu hari nanti, aku berharap agar dapat pulang ke Melaka dan menikmati segala keindahan dan kesenangan hidup di sana. Tapi harapan nya agar segala yg ada ini masih kekal dan bertambah baik.
Isnin, 12 November 2007
Melaka
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan