Sabtu, 22 Disember 2007

Urus Duit Aku!!

Raya haji menjelang lagi.. Dan aku beraya untuk tahun kedua nye di perantauan. Aku tak balik kampung la.. hari ni gak aku amik half day je kerja. Bila client aku suruh freeze code, aku terus apply halfday.. Aku nak abiskan jugak cuti aku yg kini berbaki 1 hari setengah tu. :)

Dalam pukul 3 petang tadi, aku buat appointment ngan financial adviser Maybank. Jangan salah faham ye, aku pergi bukan ade urusan hutang tertunggak(mintak2 dijauh kan la). So aku nak share sikit la kat korang apa yg aku dapat tadi. Aku tahu yang korang semua lebih arif dari aku yg baru nak belajar mengurus ni.. harap2 kalau ade nak tambah tu, sila la bgik komen erk..

Secara asasnya la kan, ada 5 benda yang perlu kita fikirkan bila kita nak buat financial plan ni :

  1. Pengurusan Risiko
  2. Simpanan Kecemasan
  3. Pelaburan
  4. Simpanan Pendidikan
  5. Simpanan Masa Tua

Nampk semua org tahu kan.. Mcm kawan aku cakap tu semua common sense. Apa yang aku nak cakap kat sini, bagaimana kita nak pastikan yg kelima-lima menda ni memang kita dapat laksanakan dengan baik dan memberikan pulangan yg setimpal. Dalam hal ni kan, kita kena tahu mana prioriti yg perlu kita utamakan. Penting tu. sebenarnya banyak maklumat-maklumat yg perlu kita tahu dalam menguruskan kewangan ni. Ye la bab duit ni kan. Bahaya kalau kita gagal tahu menda yg sepatutnya kita tahu.

So nasihat aku pada kawan2 sekalian, luangkan masa anda untuk dapatkan nasihat pengurusan kewangan ni. Di ingatkan, masa korang nak jumpa tu kalau boleh sediakan maklumat2 berkenaan :
  • Pendapatan kita
  • Jmlh perbelanjaan asas kita
  • Jmlh tanggungan kita
  • Hutang2 yg kita ada
  • Kalau ada insuran tu, bawak maklumat insuran kita
  • Jumlah aset yg kita ada
  • Matlamat kewangan kita: jangka pendek, senderhana dan panjang
  • Bawak buku nota dan kalkulator
  • Jgn lupa peruntukan at least 3 jam untuk jumpa dia org ni.
Yang penting, kita kena jujur. Jgn berselindung dan malu2 tentang masalah kewangan kita ngan dia org. Ini penting supaya kita dapat advise yg betul dan berkualiti. Tanya je apa2 menda yg korang tak faham. Kalau takut lupa, tulis siap2 dalam buku nota korang menda2 yg korang nak tahu.


Blogged with Flock

2 comments:

mama berkata...

hi...sy nk mintak tlg awk...sy knal awk gitu2 jer tp sy berniat baik coz sy nk minta ltg awk..tlg la hamba ALLAH yg dallam kesusahan ini...bole sy dptkn email n no tel awk klu bole?

Mayamin Manjakasih berkata...

Blogger Boleh di hubungi dgn menggunakan Email Berikut:

zunnunalperaki@yahoo.com