Setelah aku perhalusi, biarlah aku katakan, tulisan aku dalam bl0g ini bukan lah untuk menghentam dan menjatuh kan maruah orang lain dengan maki hamun dan merendah kan maruah org lain.
Aku sedaya mungkin, secara sinis nya, memberi bedak pada org yg telah menempelkan tahi pada ku. Memberi wangian setelah dikentutkan sahaja. Dengan harapan agar aku mencotohi sikap terpuji. namu sikap terpuji itu belum cukup kuat aku laksanakan kerana aku ni penuh jugak kekejian.
Justeru aku beranggapan, bahawasanya aku ini terlalu gelojoh dalam memberi penarafan sehingga rupaya aku sekadar diketawakan sahaja. Kedangkalan aku mencerminkan kegopohan aku jua layaknya. Mana mungkin kusangka kopi yg sedap kalau tidak tahu cukup kah gula dan serbuknya. sekadar pada ukiran dan hiasan cawan yg menarik, lalu dilabelkan pada jenama yg gah. belum cukup untuk aku katakan, itu kopi kegemaran ku.
Maka benarlah, dunia ini fana.. keindahan nya adalah fatamorgana. dan ia penuh dengan kepura-puraan.
Selayaknya segala pujian yg agung itu adalah milikNya dan segala pengabdian dan kesetian itu juga hanyalah untukNya.
Ya Allah, aku mohon pada mu ketabahan dan kesabaran. Tunjukkan lah pada ku segala yg tersembunyi agar aku ketahui antara kebnaran dan ilusi aku sendiri. Ya tuhan, aku ini hanyalah hamba mu yg kerdil dan hina. Pada Mu jualah tempat aku bergantung harap.
Sabtu, 23 Februari 2008
Mungkin kah aku yg Bersalah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan