Isnin, 25 Februari 2008

Mkan di Kedai Kopi, Taman Tasik Shah Alam

Ari ni aku kena hantar notebook adik aku. Setelah seklian lama terbengkalai kat tempat aku. Hahaha.. Thx pada Kayrel yg sudi mebawak aku kesana. Dalam pada tu gak.. kami kira on the way la kuar makan2.. so ke mana ye kami pergi..

Kedai Kopi Tasik Shah Alam.. hehehe.. kira mcm seberang restoran Seafood tu la jugak.. Menu kat sini kebanyakan nya biasa sahaja mcm kopitiam2 yg lain. Suasana pun agak santai dan lokasi nye di tepi tasik dan juga cara letak meja telah menimbulkan suasana santai. Malam kami pergi ni udara agak panas gak la.. Tapi ok la..

Dari segi juadah pulak, aku kira sedap la jugak dan ok. Puas hati untuk kalau kita pergi nak sembang2.. Cuma jgn hujan la pasal sini semua jenis mcm payung je..huhuhu.. Nila apa yg aku makan.. :




Ni gelas air.. kertas jer.. sep sungguh..




Aku ngan man pilih menda ni.. Fried Loo Shee Fun.. Rasa macam koew teow




Ni pi nggan plg besar.. Kayrel order Nasi goreng Cina..




Ni nasi goreng Neenas Ikan MAsin.. Shah order




Habis kita org makan..




Shah ngan Kayrel sedang berbincang ape ntah.. Tapi bukan pasal PRU-12



Ternyata suasana makan malam hari ni mmg ada mood.. Macam2 cerita menarik kami kongsi bersama.. hahaha.. cerita apa tu erk.. hahaha.. rahsia .. Apa2 pun Kedai Kopi ni mmg ok la kalau nak dijadikan destinasi makan2 yg santai. Harga dia berpatutan la.. Tak sampai saploh hinggit pun sorang.. mmg ok..

Blogged with Flock

Ahad, 24 Februari 2008

Aku tak jamah Nasi.. Kenapa erk?

Sudah dua hari aku tak menjamah makanan yg ada unsur2 nasi dan minyak yg melampau. Tekak aku terasa loya lak bila makan makanan yg sedemikian. mual dan rasa kurang selesa sehinggakan aku terasa begitu was2 tetang keadaan kesihatan aku.

Mungkin selama ini, aku asyik katakan yg aku nak kurang kan makan makanan bernasi dan mungkin ini lah natijah nya. Huhuhuhu. Tapi tak pulak aku rasa letih dan keresahan dengan ragam perut aku. Ok je la pulak. Dan bertenaga seperti biasa. Pasal tenaga tu mmg tak yah nafikan lagi. Stok2 lemak kat perut aku ni mmg cukup lagi untuk menampaung keperluan tenaga harian aku.. hehehe..

Ari ni kuar makan reramai satu rumah. Makan dekat je. Port biasa di kedai mamak tu. Dan menu aku comfirm lah roti Nan ngan milo ais. Tu je la kot makanan plg berat aku amik. Sat tadi petang aku makan menda tu.. mee goreng segera..hehehe..

Emosi aku masih tak stabil. :)

Chau cin cau..

Yg terindah hanya Milik Tuhan

Syukur dan gembira..

Semalam tuhan telah memberikan aku sedikit rasa sedih dan kecewa sehinggakan aku hampir2 melupakan Qada' dan Qadar nya.. Rupa2nya ari ni tuhan nak beri aku sebanyak kegembiraan. Hahahaha. Maka benar lah perancangan tuhan itu lebih sempurna dan terbaik.

Apa ya? Hahaha. Alhamdulillh segala urusan pembelajaran pemanduan aku berjalan dengan baik. Segala tunjuk ajar dan nasihat oleh cikgu memandu itu dapat aku lakukan sedaya mungkin oleh aku. Sekalipun tidak lah sesempurna mungkin, Al maklumlah penuh ke BLUR an. tapi better then yesterday.

Sebagai bonus, aku telah diberi peluang oleh tuhan untuk aku belajar dalam keadaan yg EKSTRIM. Ari ni kerja aku ulang alik je dengan kereta tersebut. Di mulakan dengan mengambil aku dan aku juga di beri peluang untuk mengambil dna menghantar pulang calon2 sek memandu tu.Syukur, aku juga dapat melaksanakan latihan dalam litar dalam keadaan yg cukup sifatnya (sebagai pemandu baru la).

Plaing aku rasa sgt teruja, aku di beri peluang membwa kereta ke KLANG dan ulang balik ke KOTA KEMUNING. dan ketika jalan raya agak sesak dan sedikit Jam yg agak panjang la jugak. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar.

Syukur2..Alhamdulillah..

Sabtu, 23 Februari 2008

Mungkin kah aku yg Bersalah

Setelah aku perhalusi, biarlah aku katakan, tulisan aku dalam bl0g ini bukan lah untuk menghentam dan menjatuh kan maruah orang lain dengan maki hamun dan merendah kan maruah org lain.

Aku sedaya mungkin, secara sinis nya, memberi bedak pada org yg telah menempelkan tahi pada ku. Memberi wangian setelah dikentutkan sahaja. Dengan harapan agar aku mencotohi sikap terpuji. namu sikap terpuji itu belum cukup kuat aku laksanakan kerana aku ni penuh jugak kekejian.

Justeru aku beranggapan, bahawasanya aku ini terlalu gelojoh dalam memberi penarafan sehingga rupaya aku sekadar diketawakan sahaja. Kedangkalan aku mencerminkan kegopohan aku jua layaknya. Mana mungkin kusangka kopi yg sedap kalau tidak tahu cukup kah gula dan serbuknya. sekadar pada ukiran dan hiasan cawan yg menarik, lalu dilabelkan pada jenama yg gah. belum cukup untuk aku katakan, itu kopi kegemaran ku.

Maka benarlah, dunia ini fana.. keindahan nya adalah fatamorgana. dan ia penuh dengan kepura-puraan.

Selayaknya segala pujian yg agung itu adalah milikNya dan segala pengabdian dan kesetian itu juga hanyalah untukNya.

Ya Allah, aku mohon pada mu ketabahan dan kesabaran. Tunjukkan lah pada ku segala yg tersembunyi agar aku ketahui antara kebnaran dan ilusi aku sendiri. Ya tuhan, aku ini hanyalah hamba mu yg kerdil dan hina. Pada Mu jualah tempat aku bergantung harap.

Khamis, 21 Februari 2008

Uptown Shah Alam..

Jeng2, ini malam kami pergi makan kat Uptown Shah Alam. Lokasi jalan2 cari makan kali ni lebih murah(jauh berganda murah nyer..hehehe) berbanding restoran semalam. Iya la, nama pun tempat tumpuan org ramai. Takkan nak xclusif sgt kot. Yg best kat sini. Lepas kenyang kami leh jalan2 carik barang kat uptown tu. So, kalu yg suka jalan smabil beli barang2, tempat ni mmg di syorkan lah.

Jom kita lihat, menu apa yg kami makan. Hehehe..





Bagi Kayrel ngan Shah, mereka pilih juadah ni, yee mee sizzling. Rasa nya agak sedap la.





Aku lak pilih Nasi Goreng USA





Ni juadah pilihan Man, Nasi goreng Udang





Licin kami Makan..hehehe..



Meriah jugak la kami kuar makan malam ni. Lupa pasal air.. Semua pilih untuk minum ari jus yg dikisar segar. Hehehe.. Boleh gak la rasa airnya. Apa2 pun berbaloi untuk pergi makan2 dan di samping itu membeli barang. Yang tak bestnya, jalan nak masuk tu tak elok.. tanah merah pasa ade construction. Sgt teruk la jalan nya, kalau hari ujan, comfirm balik kena basuh kereta. Huhuhu..

Blogged with Flock

Rabu, 20 Februari 2008

Dinner di Restoran Seafood

Entah apa mimpi ntah aku ngan bebudak umah aku yg seramai 4 org skrn ni pergi makan2 kat satu restoran ni. Kata Man, tak pernah makan kat situ. So dengan menggunkan kereta kancil yg didalam nya ade LCD, kami pun berangkat la dgn konpidennya. Sesampainya di sana kami di sambut ngan senyuma gadis yg aku tak tahu dah kawen ke belum. Suasasan restoran tu sgt tenang dan tak de bunyi bising. Sunyi je. Or pun tak ramai.

Duduk je kami kat situ, terus la si pelayan2 restoran tu menyediakan kami air nye, pinggannya dan hape bagai la. meriah nyer. mcm makan kat tempat high class la pulak. Adus.. ni kalah dinner dating ni. hehehe.. Lepas tu kami di bagi la set menu. Tak nampak la pulak ape2 jenis makan yg bergoreng. Haaa.. sudah.. mcm mana ni..hahahaha. so dengan konpidennya aku mengorder set makan malam. Penuh ke poyo an, aku mintak cdgn hidangan malam tu. hehehe.. pasal nya kami pun tak tahu la nak makan apa.. So di cdangkan la, satu sop, satu ikan, satu udang ngan satu sayur. Semua untuk empat org makan. tidak di lupa nasi putih dan air Jus segelas sorang.


DSC00439.JPG

Ni air jus yg aku minum.. Jus Nenas..


DSC00444.JPG

Ni Udang nya..



DSC00441.JPG

Ni ikannya



DSC00443.JPG

Ni set penuh la..



Overall, kami leh katakan, berbaloi la makan kat sini. Sedapa dan layanannya pun ok. Hehehe.. tak rasa ralat kuar duit lebey sikit..

Blogged with Flock

Isnin, 18 Februari 2008

Carta Terkini





Three guys that is closed to me


Kekadang tu aku terpk sapa la yg rapat ngan aku dalam banyak2 member aku skrg. Hahaha.. Kita kena gak kemas kini kan senarai dalam masa2 tertentu kan. So lepas aku pk2 kan. Ni la antara 3 org yg sgt rapat ngan aku. Dan salah seorang darik nya telah berada dalam carta selama bertahun2 lamanya.

Macam poyo lak kan. Hehehe.. Aku tak kisah kalau aku ni bagi dia org bukan lah kawan rapat sgt pun, pasal ni kan carta aku.Hahaha.. Carta Hot FM ngan Carta Era pun tak samakan. Yg penting aku dedikasikan khas buat dia org.

Ye la, dia org dah bersabar ngan perangai aku ni kan. Yg ntah hapa2. haha. Aku terpk gak.. hebat tul diaorg pasal dapat bersabar berkawan dan melayan kerenah aku yg teruk2 sgt tu. Thanks buat korang bertiga. Thanks pasal being my friend. Hope this friendship will last forever.

It is AsKayMan forever..


Blogged with Flock

Olaa..




Man and Woman are created to be different..

Blogged with Flock

Selasa, 12 Februari 2008

Semua Org Jadik Cover Magazine..

MEMPERSEMBAHKAN :


Man antara yg terKAYA


Kayrel di National Geographic


Yamin di Cosmo

VOGUE nye Yuyeen


Fifie 17 tahun?????

Kak Emili yg still MUDA

AsKayMan

Rasanya semua org tahu yg aku stay kat umah company yg aku kira cukup best la. Even rumah tu usang la sikit tapi ok la. Sebagai teratak tempat kami bertumpang teduh, rasanya perlu sgt untuk aku bersyukur. Aku seringkali juga menamakan rumah tu sebagai Villa AsKayMan. Cantuman nama daripada org yg menetap kat situ. Aku, Kayrel dan Man. Dah hampir 7 bulan la jugak kami stay kat umah tu. Dan dah bermacam2 la perkara yg dah kami lalui. Suka duka, pahit getir dan tawa mesra.hahaha.



Aku Ngan Man




Aku Ngan Kayrel

Sabtu, 9 Februari 2008

Jalan Lagi la..

Aku ari ni pergi bayar utang aku kat citibank. AKu kaur kan sejumlah wang yg agak byk dari akuan maybank aku dan aku taktahu lak tu dah sampai limit yg aku leh kuarkan dalam satu hari. HAdus.. nasib baik la aku ade sedikit simpanan dalam akaun bank lain. Terkejut gak la aku di buatnya. ceit. mana la aku tahu tu je maksimum untuk satu hari aku.

ATM machine kat citibank ni pelik sikit. Dia sgt berbeza la dari atm bank lain. kekok gak la aku nak guna. dan disebabkan kekurangan pengetahuan. PIN aku kena blok lagi dan aku kena req pin baru dari citibank. malas nye. aku sebenar nya nak guna internet banking dia. tapi apakan daya. mcm2 kerenah la pulak bila nak reset balik PIN tu balik. Tapi ok la jugak pasal security dia betul2 membanggakan aku.  even menyusahkan. :)

Ari no gak aku kuar ngan member masa aku kat utem dulu. dah lama tak jumpa dia. last sekali rasa nya time konvo. almaklumlah skrg ni kami berkumpul pasal nak pergi kenduri kawan kami yg sorang tu. hehe.. man pun akan pergi sama rasa nya pasal kami akan bertolak menggunakan keretanya. adus.. lupa nak beli hadiah kawen. :P tapi tak pe la. len kali leh je bagik lagi kot. :) oohh, tadi aku ngan member aku tu makan kat food republic kat pavilion kl tu. menarik gak la. kata kawan aku, menu yg di makan nya sedap. cuma sop je tak sedap. puas ati katanya. tapi mg nampak menyelerakan pun.
tu kot update cerita terbaru cuti CNY aku nih.adios..

Blogged with Flock

Sabtu, 2 Februari 2008

Pagi Sabtu

Sabtu pukul 2.36 pagi. Aku masih tak tidur. Kawan baik aku yg aku suka kutuk mengutuk; skrg ni dalam flight perjalananya ke South Australia. 12 jam dalam pesawat tu. Aku arap dia selamat sampai. Terasa lak yg dia dah tak de lagi kat sini dalam tempoh yg lama.

Pepagi buta ni, best gak aku melayan lagu2 jiwang. Entah la. Hahaha.. saje je nak mereleasekan tensen.

It starts in my toes and I crinkle my nose.
Wherever it goes I always know
You make me smile please stay for a while now
just take your time wherever you go

Pernah dengar kan lagu ni. Kekadang tu aku teringin sgt jumpa org yg leh buat aku hepi dan gembira dalam erti kata yg sesuatu. Adus.. pesal jiwang ni. huhuhu.. Mungkin kah itu tanda aku semakin lanjut usia. :)

Tadi tengok cerita Rembo 4 ngan Man. Kus semangat punya cerita. Kejam sungguh. Hati kering nyer cerita. Mmg ada kot puak2 yg kejam mcm tu kat dunia ni. :( Takut aku. Tapi kan kalau lah suasana mcm tu. Mungkin kah aku gak leh jadik kejam dan tragis mcm tu?

Sekarang ni, selalu gak aku surf www.tv3.com.my ngan www.gua.com.my. Layan beb cerita2 dalam tu. Mcm baru tadi aku tgk koleksi majalah 3 kat tv3 nye web. Dua hari lepas kot, aku tgk sitcom comedy malaysiantalents.com kat web gua.com.my. Layan gak beb tgk balik cerita2 yg ada dalam dua web tu.

Ha, masa kat sunway pyramid tadi, aku jumpa kawan sekolah menengah aku. Dulu aku rasa dia besar dari aku. Skrg ni kecik je aku tgk. Aku lak yg besar. MMg aku membesar la kot. :P terkejut gak la tadi. Mcm mana leh terjumpa tuh. Haha. Dah dua kali dah ni terserempak ngan kawan2 sek depan zoo tu.

Dah ngarut aku ni.. jom tidur.. ooppss.. semacam je ayat nih..huhu..