Isnin, 6 April 2009

Pak Najib

Pembaca sekalian, seperti yang anda sedia maklum, kepeimpinan negara telah bertukar pada beberapa hari yang lepas. Pak Lah telah menyerah kuasa secara beradab dan beradat kepada Pak Najib. Kini, Pak Najib telah menjadi PM kita yang ke enam.

Justeru, marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Ilahi, moga-moga Pak Najib memimpin negara dengan iman dan taqwa. Keadilan dan amanah dijunjung tanpa ragu-ragu. Kita doakan semakin tinggi kedudukan Pak Najib, semakin takut beliau kepada neraka Allah dan semakin rindu kepada syurga Allah.
Buat Pak Najib, jadikan kedudukan anda sebagai batu loncatan mendapat syurga Allah, di muliakan di Padang Masyar dan disayangi Nabi dan diberi syafaat tatkala tiada syafaat dapat diberi melainkan daripada kekasih Allah. Jikalau anda adil, seluruh rahmat dan rahim Allah dan rakyat jelata akan berada bersama anda dan jikalau engkau zalim, tidak perlu ke Akhirat untuk dinista, dunia sahaja anda sudah dihina.
Pak Najib, kini anda pemimpin saya, maka saya akan taati anda selama mana perintah anda tidak melanggar syariat. Semoga anda berjaya menghadapi ujian ini.

0 comments: