Aku berjaya menamatkan season 3 Ugly Betty. Dalam kesebukkan yg tak terhingga ni, aku sempat gak curi masa free aku ngan buat menda yg aku suka. Opis mate aku tanya, kenapa aku suka tgk cerita tu, cerita yg takda action cuma cakap. Nothing.. Tapi bagi aku, aku suka tgk cerita di sebalik cerita. Unsur senikal yg sgt tersirat. Seorang yg tidak berfesyen hidup dan bekerjaya dalam industri fasyen. Malah dia boleh survive dalam kekalutan dunia itu. Aku suka bila dia sentiasa positif pada org disekeliling. Sekali pun pada opis mate yg sgt jahat dan nakal, hadapi dgn positif. Apa yg boleh aku pelajari, tinggalkan segala kesusahan, kerumutan dan perasaan lara antara kita dan org disekeling, tetapi sentiasa percaya dan yakin, dalam setiap insan itu ada kebaikan yg tersembunyi. Maka raikan kebaikan itu dgn menghormati, memaafkan dan memuliakan mereka.
Hei, telah kita diberitahu, jgn terlalu membenci seseuatu, kerana kita tak tahu apakah yg kita benci itu adalah baik untuk kita. Juga jgn terlalu menyukai sesuatu, kerna kita tak tahu apakah yg kita suka itu adalah celaka untuk kita. Bersenderhana dan bersangka baik. Nasihat untuk aku la ni.
0 comments:
Catat Ulasan