Khamis, 13 Mei 2010

Selepas Masjid kini Gereja


Blog aku tak sepatutnya tulis menda-menda berat mcm ni. Tapi aku nak gak komen pasal artikel ni : ( klik sini)

Memang kalau orang cakap politik tak leh dipisahkan. Kerana politik tanpa berpandu pada agama maka politik akan jadik rakus. Namun apa yg berlaku, politik mempergunakan agama untuk kepentingan perjuangan dan aspirasi politik. Maka agama dilacurkan dengan seteruk-teruknya.
The Christians of Sarawak must help the Christians of West Malaysia. It is tougher for us because we are only 10 per cent (of the population),” he said at a public gathering themed ‘An Evening with Pakatan Christian Leaders’ at a hotel here. - Datuk Ngeh Koo Ham, DAP
Kawan - kawan sekalian, apa lak masalahnya kristian kat semenanjung ni. Disekat ke nak pergi gereja? Nak beribadat kat gereja dihalang ke? Ada ke semenanjung ni gereja tak leh bina? Semua ni karut je. Saja buat penganut Kristian marah dan emosi. Dah lepas takde isu nak jadik modal. Lacurkan kan agama Kristian dan Gereja untuk tempat meraih undi. Korang kena ingat, mmg korang leh dapat simpati tapi simpati korang dapat tu akan buat suasana tegang dan emosi.

Cukuplah bila orang Islam ni ada parti politik yang leh tentukan syurga neraka. Lepas tu takutkan orang kalau tak pangkah masuk neraka. Sekarang pulak rakan sepolitik diorang nak guna gereja dan lepas ni ( tak mustahil nanti ) leh lak tentukan orang kristian mana leh masuk syurga neraka.

Jangan la merapu sangat. Biarkan kami rakyat marhein ni amalkan ajaran agama kami dengan tenang. Gunakan rumah ibadat kami dengan tujuan yang sebenar. Kami tak perlukan anda-anda untuk tentukan mana arah syurga neraka kami.

Masa aku belajar dulu, leh je aku duduk ngan kawan aku dari kristian sampai ke hindu. Siap kawan aku kalau p kuil tu, kejut kitaorg bgn subuh. Kawan lak leh pinjam moto kalau kawan ni nak ke kuil ke or gereja. Leh je kami sembang-sembang pasal agama kristian. Takde masalah pun. DAN KAMI BELAJAR DI SEMENANJUNG!!!

Kalau adapun perselisihan, kami ada ulama yang alim dan ikhlas, juga paderi yg alim dan ikhlas serta sami yang alim dan ikhlas untuk selesaikannya. Kami tak perlukan ahli politik selesaikan masalah agama kami.

KAMI TAK PERLUKAN ANDA!!!!!

p/s:
- Tolonglah jgn samakan tindakan anda dengan Nabi Muhammad s.a.w. Muhammad adalah seorang rasul yang menunjukkan bagaimana berpolitik mengikut ajaran agama, dan kamu cumalah sekadar seorang politikus. Belajar la untuk bezakan diri korang tu.




Ibu

Ibu by Sulis




Ibu..Ibu..Ibu..Ibu

Ibu senandung laguku
Kunyanyikan s’lalu untukmu
Engkau penyejuk hatiku
Tanpamu tiadalah aku

Ku selalu mohon doamu
Bahagia hidup matiku
Ibu kaulah harapanku
Tanpamu tiadalah aku

Sorga ditelapak kakimu
Ridho Allah dengan ridhomu
Begitulah sabda nabiku
Tanpamu tiadalah aku

Ibu perisai hidupku
Pertaruhkan nyawa bagiku
Cintamu terangi jalanku
Tanpamu tiadalah aku

Ibu..Ibu..Ibu..Ibu
Ibu..Ibu..Ibu..Ibu

Selasa, 11 Mei 2010

Pakai Otak La Beb


Aku sangat bersabar ngan sesetengah orang yang sangat perkauman. Biasa la hidup kat negara yang berbilang bangsa. Mesti ada yang racist. Tapi kena berhati besar kalau kita nak majukan negara ini dan nak hidup aman. Kita baru separuh abad merdeka. Mesti la tak berapa nak matang lagi usia negara yang kita cintai ni.

Tapi bila aku baca artikel mamat ni Michael Chick nak marah lak rasa hati aku ni. Aku rasa kesilapan pertama bila dia nak bincang pasal sejarah, dia terlupa satu menda penting dalam sejarah. Sejarah ni asasnya berdasarkan sudut pandangan. Persepsi. Orang melihat dan membaca sejarah berdasarkan persepsi. Menda ni di ajar masa anda menuntut di tingkatan satu. Jadi telahan aku, mamat ni mmg la tak belajar sejarah dengan betul2. Belajar pun mungkin sekadar nak pass exam.

Ini adalah asas pemahaman kalau kita nak belajar sejarah. maknaya sejarah ditulis mengikut persepsi penulis dan pengkaji sejarah tu. jadi bila mamat ni nak canang dia tahu sejarah hanya baca dua tiga buku lepas tu buat keputusan, maka caca marba la jawab nya.

Aku tak baca buku "Timothy P. Barnard" seperti mamat ni(kitab ulung rujukan mamat ni), tapi aku nak bgtau mamat ni, apa yg professor tu tulis adalah ikut pandangan kajian dia. Maka kalau dia nak mengupas apa yang professor tu tulis, maka kupas ngan ilmiah dan penuh beretika. Bukan semborono dan menunjukkan kebodohan.

Untuk rujukan mamat ni, yang mengkaji pasal melayu ni, bukan professor tu sorang, mungkin dah beribu orang yang mengkaji pasal bangsa melayu ni. Malah ada pelabagai teori tentang susur galur kewujudan bangsa melayu ni. tapi takda satu pun kesepakatan dicapai kerana fakta sejarah yang sedia ada sentiasa bercanggah. Namun kalau mamat ni baca dengan betul2.. Dan jujur dengan pembacaan yang meluas, pasti kita akan bersetuju mmg bangsa melayu ni ada dan berkembang biak dengan pelbagai jenis suku kaum pecahan yang sedia ada. Malah takrifan melayu itu sediri ada pelbagai pertikaian, sama ada ia etnik atau bangsa. jadi kalau mamat ni orang malaysia yang berhati besar seperti mana nenek moyang beliau, pasti terima takrifan melayu daripada perlembagaan Malaysia.

Ada banyak menda leh komen pasal tulisan mamat ni. Tapi aku nak komen pada asas pemahaman dia je. Kalau asas dia sgt lemah jadi segala apa yg dia bebel kan dalam artikel dia ni, sekadar bebelen org yang meroyan. tak kisah lah kalau dia nak pamerkan kebodohan sendiri, tapi jangan lah pengaruhi orang lain untuk jadik bodoh seperti itu juga..

Boleh sabar kalau kita nak racist dlm ekonomi ke politik ke. Tapi kalau sampai cakap bangsa melayu ni tak da. tu dah kira melampau bangang nye..



Khamis, 8 April 2010

Sajak : Melayu

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang

Hurm...


Tidak ada yg kekal.. Setiap yang mula akan ada kesudahan. Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Resam hidup. Tertib hidup.

Dan..

Setiap yang berkesudahan adalah untuk satu permulaan yang baru.. Setiap perpisahan pula membawa ke pertemuan yang baru.

Bila tertutup satu pintu..pintu yang lain akan terbuka.. Dan setiap kali kita keluar dari sesuatu pintu, kita akan masuk ke pintu lain..

Kena berani untuk untuk menghadapi setiap pengakhiran,perpisahan dan pertemuan.. Kita tak tahu apa yang ada diluar pintu dan di dalam pintu yang baru melainkan kita melangkah keluar dan masuk ke tempat baru..

Tuntasnya.. kena berani untuk berubah dan memulakan sesuatu yang baru.. Percayalah... diluar sana ada pengembaraan baru yang sentiasa menyeronokkan :)


Ahad, 21 Mac 2010

Blame It On The Girls





MIKA - Blame It On The Girls


So I was sitting there in the bar and this guy comes up to me and he said "My life stinks"
and I saw his gold credit card and I saw the way he was looking at people across the room
and I looked at his face and you know, what a good looking face,
and I just said, "Dude, your perspective on life sucks".

He's got looks that books take pages to tell
He's got a face to make you fall on your knees
He's got money in the bank to thank and I guess
You could think he's livin' at ease

Like lovers on the open shore -- What's the matter?
When you're sitting there with so much more --What's the matter?
While you're wondering what the hell to be
Are you wishing you were ugly like me?

Blame it on the girls who know what to do
Blame it on the boys who keep hitting on you

Blame it on your mother for the things she said
Blame it on your father but you know he's dead

Blame it on the girls
Blame it on the boys
Blame it on the girls
Blame it on the boys

Life could be simple but you never fail
To complicate it every single time

You could have children and a wife, a perfect little life
But you blow it on a bottle of wine

Like a baby you're a stubborn child -- what's the matter
Always looking for an axe to grind -- what's the matter
While you're wondering what the hell to do
We were wishing we were lucky like you

Blame it on the girls who know what to do
Blame it on the boys who keep hitting on you

Blame it on your mother for the things she said
Blame it on your father but you know he's dead

Blame it on the girls
Blame it on the boys
Blame it on the girls
Blame it on the boys x 2

He's got looks that books take pages to tell
He's got a face to make you fall on your knees
He's got money in the bank to thank and I guess
You could think he's livin' at ease

Blame it on the girls who know what to do
Blame it on the boys who keep hitting on you

Blame it on your mother for the things she said
Blame it on your father but you know he's dead

Blame it on the girls
Blame it on the boys
Blame it on the girls
Blame it on the boys x 2

Happy Ending




MIKA - Happy Ending


This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.

Wake up in the morning, stumble on my life
Can't get no love without sacrifice
If anything should happen, I guess I wish you well
A little bit of heaven, but a little bit of hell

This is the hardest story that I've ever told
No hope, or love, or glory
Happy endings gone forever more
I feel as if I'm wasted
And I'm wastin' every day

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
Then live the rest of our life,
But not together.

2 o'clock in the morning, something's on my mind
Can't get no rest; keep walkin' around
If I pretend that nothin' ever went wrong, I can get to my sleep
I can think that we just carried on

This is the hardest story that I've ever told
No hope, or love, or glory
Happy endings gone forever more
I feel as if I'm wasted
And I'm wastin' every day

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
Then live the rest of our life,
But not together.

A Little bit of love, little bit of love
Little bit of love, little bit of love[repeat]

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
To live the rest of our life,
But not together.


Grace Kelly





MIKA - Grace Kelly


I wanna talk to you
{The last time we talked Mr. Smith you reduced me to tears
I promise you that won't happen again}

Do I attract you?
Do I repulse you with my queasy smile?
Am I too dirty? Am I too flirty?
Do I like what you like?

Yeah, I could be wholesome
I could be loathsome
I guess I'm a little bit shy
Why don't you like me?
Why don't you like me without making me try?

I try to be like Grace Kelly
But all her looks were too sad
So I tried a little Freddie
I've gone identity mad!

I could be brown, I could be blue
I could be violet sky
I could be hurtful, I could be purple
I could be anything you like

Gotta be green, gotta be mean
Gotta be everything more
Why don't you like me?
Why don't you like me?
Why don't you walk out the door!

{Getting angry doesn't solve anything}

How can I help it? How can I help it?
How can I help what you think?
Hello my baby, hello my baby
Putting my life on the brink

Why don't you like me?
Why don't you like me?
Why don't you like yourself?
Should I bend over?
Should I look older just to be put on your shelf?

I try to be like Grace Kelly
But all her looks were too sad
So I tried a little Freddie
I've gone identity mad!

I could be brown, I could be blue
I could be violet sky
I could be hurtful, I could be purple
I could be anything you like

Gotta be green, gotta be mean
Gotta be everything more
Why don't you like me?
Why don't you like me?
Walk out the door!

Say what you want to satisfy yourself, hey!
But you only want what everybody else
Says you should want, you should want

I could be brown, I could be blue
I could be violet sky
I could be hurtful, I could be purple
I could be anything you like

Gotta be green, gotta be mean
Gotta be everything more
Why don't you like me?
Why don't you like me?
Walk out the door!

I could be brown, I could be blue
I could be violet sky
I could be hurtful, I could be purple
I could be anything you like

Gotta be green, gotta be mean
Gotta be everything more
Why don't you like me?
Why don't you like me?
Walk out the door!

{Humphry, we're leaving}
Kaching


Jumaat, 19 Mac 2010

Lagu yg Mengingatkanku





Perak Negeriku :)

Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut
Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang

Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan

Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Megahnya tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak...
bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak Perak oh negeriku...


Khamis, 4 Mac 2010

Tentang Surat Itu

Surat Dinda :

Apa yang kita ingat daripada kenangan-kenangan yang dirakam oleh kita?

Nama tempat, nama permainan, nama sahabat atau kejadian; adalah perkara-perkara yang mungkin lambat laun mungkin kita lupa.

Tapi tidak perasaan.

Rasa senang..rasa sedih..yang akan terus kita bawa..tanpa mudah tercicir disepanjang perjalanan kita.

Dan semakin kita dewasa,kita semakin menyedari bahawa diantara kenangan-kenangan tersebut,Ada satu rasa yang paling besar..iaitu cinta.

Kerana ketika satu persatu cerita berhenti menjadi kenangan, cinta terus bergerak seiring harapan yang menyertai dia.

Cinta yang tak terlihat oleh mata, tak tersentuh oleh tangan..Tapi ia ada, namun kita belum mampu mengucapkannya.

Cinta yang sejati, cinta yang ketika kita kira sudah tiada, ternyata cuma bersembunyi, menunggu untuk kembali lagi..


~~~ sgt dalam maksud dia kan ~~~

Rabu, 3 Mac 2010

L.O.V.E

Semalam aku tgk filem LOVE.. Filem indon yg diarahkan oleh pengarah Malaysia.. so kira produk campuran.. Sangat menyentuh perasaan aku.. Ada satu babak bila In tanya pada Rama tentang cinta.. begini dialong jawapan Rama nya:

Siapa di dunia ini yang tidak mahu ada kekasih, In.

Aku juga mahu mencintai dan dicintai.


Cuma mungkin aku kena kutuk.

Ditakdirkan cuma untuk mencintai.Bukan dicintai.


Kalu kita jatuh cinta, makan lebih enak, tidur lebih nyenyak, ingin senyum terus..

Jalan pun seperti tidak jejak ke tanah,Seperti terbang... melayang..


Siyes dan jujur.. aku nangis time ni...



Rabu, 24 Februari 2010

Untuk Yamin


Hidup ni ada turun naik. Ya.. kita selalu dengar kan.. ada pepatah kata hidup umpama roda, kadang kita di atas, dan kadang kita dibawah.. org yg mudah putus asa akan sentiasa mengeluh.. kata nya.. aku hidup sentiasa dibawah.. tak pernah di atas..

sedar atau tak..tidak semua fasa kehidupan kita sentiasa down.. kita kena nikmati hidup atas apa yg kita boleh nikmati.. org yg rasa down slalu @ org putus asa.. mereka adalah org yg nak hidup di luar kenikmatan hidup yg telah ditetapkan untuk mereka..

walaupun begitu, kite tak leh la menganggap hidup ni sentiasa heppi..mcm mat pit yg 'high'. pasal idup ni takde la diciptakan untuk jadi sebegitu rupa..kalau kita terlalu hepi maknanye kita lupa ttg pengajaran..

nikmati hidup skdrnye..nikmati time kita berjaya dan nikmati juga time kita susah.spt nasihat yg aku kutip dlm satu novel.. "Mungkin setelah tamat SMA kita hanya akan mendulang timah atau menjadi kuli,tapi di sini Kal,di sekolah ini,kita tak akan mendahului nasib kita!!"

Usah dahului nasib, jgn kerana kita sedih yg teramat ari ni, dan kita percaya kita akan sentiasa sedih sampai bila2..jgn kerana kita terlalu gembira ari ni, dan kita percaya kita akan sentiasa gembira sampai bila2..

kita tak perlu dahului nasib..


Selasa, 23 Februari 2010

skdr tulis


Kawan aku pernah ckp, kalau kamu menulis dgn penuh tulus..emosi dan perasaan kamu akan meresap dlm penulisan kamu..dan ia akan dapat dirasai oleh sesapa yg membacanya..

Aku percaya itu..benar tulisan sekalipun hanya medium penyampaian sehala namun tulisan juga adalah medium yg membuat org mendengar secara total..

Begitu pun, aku pernah membaca nasihat dale carnegie.. beliau kata, kalau kamu dalam emosi kemarahan yang meluap.. jgn menulis..

Aku percaya itu, kerana berapa byk tulisan yg dizahirkan ketika emosi mengatasi akal yg membawa perbalahan dan persengketaan.. Bisa saja aku kata..ia membodohkan diri sendiri..jadi jgn pamerkan kebodohon..org yang melempiaskan kemarahan adalah org yg bodoh..


Isnin, 22 Februari 2010

Jiwang

Derita Merindu (lirik versi suntingan)
Oleh: Ahli Fiqir


Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya?
Bagaimana nak bahagia


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..


Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan


Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Ahad, 24 Januari 2010

Al Fatihah


Seperti yang semua maklum, Al-Marhum Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor dan jajahannya telah mangkat.
Penulis menzahirkan takziah buat seluruh anggota kerabat kebawah DYMM Al-Marhum Sultan Iskandar khususnya dan seluruh rakyat Johor amnya.
Didoakan roh Al-Marhum digolong dalam orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.


Selasa, 19 Januari 2010

Good Ones Are Taken... ye la sangat!!!

Fakta menarik yg leh jadi tips buat lelaki :


Mengikut kajian mat saleh, rungutan pempuan bahawa semua laki yg baik telah berpunya adalah mmg benar.

Sebab, ikut kajian yg dijalankan, perempuan lebih tertarik lelaki yg 'not available' berbanding lelaki 'single'. Hasil kajian itu juga mengatakan, pempuan bersifat sedemikian kerana mereka percaya lelaki yg dah berpunya ni adalah lelaki yg berkualiti disebabkan ada pempuan lain dah mendapatkan nya.

Ala, mcm lelaki yg tak single ni dah di scan awal2 oleh pempuan lain. Jadi, permpuan lain pun percaya la laki yag dah berpunya ni ada kualiti.

Oleh itu, nasihat ketua pengkaji itu, kalau mana2 lelaki bujang yg susah nak dapat pasangan, sentiasa kuar ngan kawan pempuan. So, katernye pempuan lain akan mula percaya anda adalah lelaki idaman!!!!!

Ikut logik la kan, nasihat aku, pempuan yg dah ada laki, sila jaga laki korang baik2...

AKU:
Padan la kawan aku sorang ni ckp, kalau ada pempuan nak tackle laki dia, dia tak marah laki dia tapi nak marah pempuan yg tackle kerana gatal tackle laki org. Apa-apa pun cik adik luar sana, dalam dunia berapa ramai laki yg idung belang (aku tak la) dan berapa ramai pempuan yg tak nampak kualiti yg lebih baik pada lelaki single(mcm aku ni).... Sentapppp!!!



Isnin, 18 Januari 2010

Pilih Bulu jugak Kita :)


Mengikut kajian mat saleh, teori bahawa laki dan perempuan akan sanggup kuar dating kalau yg mengajak tu 'good-looking' punya jenis mmg sahih. Kalau perempuan lawa, kalau laki ensem. Jadi kalau ada manusia yg kata dia tak kisah tu, keberangkalian dia amat kecil.

Tapi, ikut kajian yg sama gak, perempuan lebih memilih daripada lelaki!!!!

86.7% lelaki sanggup kuar ngan org yg di kira tak menarik, tapi pempuan hanya 49.7% sanggup!!!!

Namun, ,ikut kajian tu gak, lelaki lebih gatal kerana:
94.4% lelaki kompem kuar bila yg diajak tu teramat menarik tapi pempuan sekali pun teramat menarik hanya 84.4% je sanggup..

Kalau ikut logik, pempuan mmg suka memilih tapi plg setia la kan.

AKU:
Jaga adab dalam pergaulan(menulis sambil tunduk keinsafan)... Sentapppp!!!!


Ahad, 17 Januari 2010

Alasan Untuk Jadi Cantik!!!

Kenapa anda perlu bergaya.


Mengikut kajian mat saleh kan, 61% pekerja percaya boss diorg yg bergaya lebih kompeten daripada boss yg serebet.

Mengikut pakar psikologi pengurusan yg sorang ni lak berkata, orang yg berfizikal menarik lebih menjadi tumpuan untuk mendapat tempat dan jawatan berbanding ngan org yg tak.

Persoalannya, cantik dimata tak semestinya kerja cantikkan.. Mcm programmer teragung, ramai yg biasa2 je tapi meletop.

AKU:
Betul gak kan.. menarik tak semestinya hensem, tapi kalau pandai jaga penampilan hapa bagai, kira ok la tuh.. so, bg yg rasa nak p interview or yang rasa tertidas sedangkan korang rasa korang lebih deserve, pergi chantikkan diri korang.... Sentapppppp..

Org gemuk Otak KECIK!! Org Kuruih otak BESAR!!!

Aku terbaca satu kajian yg dibuat oleh seorang professor ni:


Kegemukan leh sebabkan otak kita mengecut!!!!

Kata dia, org yg overweight size otak dia 4% lebih kecil daripada org yg berat badan ideal, manakala yang obese lak 8% lebih kecik daripada org yg berat badan ideal.

Kata nyer lagik: Berat badan yg berlebihan akan menyebabkan saluran dan aliran darah ke otak terhalang, so akhirnya mengecutkan otak laa.. Pasal oksigen yg sampai kat otak tu kurang, ye la, darahkan angkut oksigen.

Tapi yang pelik, dia tak cakap lak size otak org yg underweight. Kalau ikut logik, maknanya org yg kurus kering otaknya lagik besar la kan..hahahahha..


AKU:
Tak guna otak kecik ke besar tapi kalau hidup tak pakai otak kan!!!! sentapppppp...


Jumaat, 15 Januari 2010

2010


Dah tahun 2010 laaaa..