Khamis, 4 Mac 2010

Tentang Surat Itu

Surat Dinda :

Apa yang kita ingat daripada kenangan-kenangan yang dirakam oleh kita?

Nama tempat, nama permainan, nama sahabat atau kejadian; adalah perkara-perkara yang mungkin lambat laun mungkin kita lupa.

Tapi tidak perasaan.

Rasa senang..rasa sedih..yang akan terus kita bawa..tanpa mudah tercicir disepanjang perjalanan kita.

Dan semakin kita dewasa,kita semakin menyedari bahawa diantara kenangan-kenangan tersebut,Ada satu rasa yang paling besar..iaitu cinta.

Kerana ketika satu persatu cerita berhenti menjadi kenangan, cinta terus bergerak seiring harapan yang menyertai dia.

Cinta yang tak terlihat oleh mata, tak tersentuh oleh tangan..Tapi ia ada, namun kita belum mampu mengucapkannya.

Cinta yang sejati, cinta yang ketika kita kira sudah tiada, ternyata cuma bersembunyi, menunggu untuk kembali lagi..


~~~ sgt dalam maksud dia kan ~~~