Jumaat, 20 November 2009

Wahai Malam

~~~~

Wahai malam,
tika ini hanya kita berdua,
disapa bayu mu yang sejuk,
dan bunyi cengkerik yang menyanyi riang.

Wahai malam,
aku bisik pada mu rindu yang terpendam,
rasa yang tersekat,
ingatan yang tak terpadam,
moga-moga bisikan ini kau sampaikan
kepada dia yang...

Wahai malam,
pekat gelita mu,
adalah pekat hati ku
mencari sinar sekelumit kasih,
pada cinta yang termustahil,
pada sayang yang terlarang,

Wahai malam,
kenapa aku menjadi pungguk,
bukan bulan yg dilambung puji,
lalu aku terdiam dan terlena,
mengharapkan ada sekelumit mimpi indah,
agar membawa senyuman diesok pagi.

Wahai malam,
kita akan tetap bersama,
dan kau menjadi pendengar ku paling setia,
betapa jasad ku ini,
tegar mencari cinta dia.

~~~~

p/s : Sayu nyer sajak ni..hahahhahaha..

Isnin, 16 November 2009

Kisah Zaman Belajar..Hahaha..

Masa aku belajar dulu, ada satu project yg kena buat untuk lulus satu subject ni. Project ni kira agak mencabar la time masa aku belajar dulu. Nak diikutkan takdela susah mana pun. Takyah design pun asalkan fulfill dia nyer requirement. Tapi ye la time tu mmg la tak tahu kan. Kira kitaorg masa tu naive giler la.


Biasa la idup student. Kerja mesti last minute nyer. Aku ingat lagi aku punya la tekun wat time bulan pose sampai aku berbuka ngan air nestum je. Masa tu aku duk sorang2 kat satu bilik tingkat plg atas sekali. Gigihla buat masa tu. Mujur team aku time tu very understanding. Kami tekun bersama membuat kerja yg dibagi-bagikan diawal2 sem dulu(see, kan menda ni dibagi diawal sem lagik).

Masa time present itu hari, seingat aku ada 3 team je yg datang. Satu kena reject dan dua lagi diterima. Team aku ngan sapa ntah diterima. Lega kitaorg. Yg kena reject tu bukan apa, design terlebih kot.hahahaha.. jgn mare..korang semua hebat la. Team lain semua hilang dan menyepikan diri. Cuma mengirim salam je kat lecturer kitaorg dgn pesanan minta extends.

Maka, aku ngan team aku pun kelegaan dgn yg amat2 sgt. Selesai satu masalah rasanya. So hebohlah satu course aku yg ada dua team je siap. Maka ramai la yg datang mencari mana2 team member yg siap tu.Sah2 la aku pun kena carik. Mujur time tu aku tak kekwat la. Ada yg aku buat sampai nak siap pun ada. Ada yg aku rajin aku terangkan. Disebabkan aku takleh nak terangkan dgn detail aku pun kasik la source code aku tu.(alaa..nak source code je pun.. yg aku berleter tu tadah telinga je..)

Selepas daripada itu, maka tersebarlah source code aku tu ke setiap org yg amik subject tu. Sekejap je tersebar. Aku tka tau pun, masa tu aku naive sgt percaya je yg diorg nak studi balik. So no hal. Then ada satu kali tu, ada sorang kawan aku ni datang jumpa aku. Dia ckp group dia dah siap project tu cuma tak faham lagik. So dgn baik hati aku ckp 'meh aku tgk kan'...

Pas tu aku pun belek le project tu.. Tup2 aku rasa mcm pernah kulihat code ini. Tapi dimana yaa.. Baru la aku perasan, mmg sebijik ngan apa yg aku buat. Cuma tukar var name je. Punya la aku terkejut. Aku pun garu kepala la. Takkan nak mengamuk kot. Aku kan baik time tu. Tak caya tanya 'imam besar masjid negara'(skrg dah pencen, jadik ustad kt terengganu, dgr cerita nak balik duk KL..hehehe) yg sekelas ngan aku time tu.. Dgn geleng kepala aku pun pasrah..

Tup2 sehari selepas tu kot, aku dapat call daripada lecturer aku. Dia suh mai ngadap. Aku pun pergila ngan tanpa perasaan. Masuk je bilik dia aku kena marah cukup2 pasal dikatakan bagi kawan tiru assignment project tu. Tak terkata aku waktu tu. Senyap, dunia ku gelap ketika itu. Pas tu, lecturer aku bg kata dua, buat lain or satu kumpulan failed. Berdentum bunyi guruh time tu(sound effect je nih). Tak leh nak kata apa la. Kuasa bukan ditangan ku. Pasrah lah aku sekali lagi terima hukuman.

So malam tu aku bersengkang mata sekali lagi buat project tu sorang2 kat istana kerajaan langit aku(gelaran bilik aku..waktu tu heboh cerita ayah pin ngan kerajaan langit kot)..

Apa2 pun, bila dikenang balik, rasa nak gelak pun ada.. Kenangan zaman belajar kat situ mmg best. Ramai gak yg tak tau cerita ni. Semua waktu tu heppi pasal project dah submit...hahahaha...


Sabtu, 14 November 2009

Project Sharing is Caring

JBoss Seam


Kali ni aku nak post bab teknikal sikit. Kira2 dalam 2 tahun yg lepas, aku dikehendaki develop satu apps menggenakan JBoss SEAM. Waktu tu, kira menatang ni baru kuar. Punya la hazab aku rasa nak pakai menatang tu. Dah le limited sgt resource kalau nak faham beberapa perkara yg memeningkan. Mcm2 dugaan waktu. Dalam pada tu, tersgtlah pelik bg aku cara dia query dgn database. Semacam ada byk limitation kat situ. Tapi sebenarnya pasal aku tak explore betul2 bab EJB3 ngan Hibernate dalam SEAM tu. Tu no hal la kan.

So, itu cerita dalam 2 tahun lebih yg lepas. Sekarang ni aku bukak balik cerita JBoss Seam apasal aku akan collobrate ngan 2 kawan aku nak wat satu project ni. Bukan freelance project erk. Tapi more on sharing is caring..hehehehe.. Then aku nak pakai yg latest nyer.

Apa yg menarik, sumber2 kat internet makin byk. Certain menda yg aku nak pada JBoss Seam dah mula ada. Aku sgt teruja dgn perkembangan JBoss Seam skrg ni. Tgh nak cater balik semua menda yg dah aku lupa. Mujur ada kawan aku yg mmg dah bertahun2 buat apps guna menatang ni.

Apa2 pun, aku akan usahakan project sharing is caring ni akan berjaya. Kita cuma merancang tapi tuhan menentukan. Byk menda menarik nak dibuat. Aku arap ia akan membuahkan hasil..

Adios..

Isnin, 9 November 2009

Menyentuh hati..

KEYAKINANNYA TIDAK MATI-MATI

Terbelah pecah dadanya,terlindung gelita malam,
Awan berarak seketika,merasa tersentuh jua.
Rimbun daun menyaksikan pada nafas penghabisan,
Tetapi keyakinannya tidak pernah mati bersama.
Apakah yang dapat dimatikan dan dimusnahkan,
Pada kepercayaan yang dalam tertanam?
Manakah penabur baja yang tajam kejam.
Maka tertimbus benteng waja keyakinan.
Terdedah luka dalam pucat wajah,
Masih ada keteguhan di mata yang tidak pejam,
Bersimbah darah meresapi bumi dipijak,
Semagatnya terus bersama rakan yang melanjutkan.
Inilah keberanian dan keyakinan,
Kaum perjuangan yang tidak terlumpuhkan!

|Allahyarham Usman Awang

Khamis, 5 November 2009

Ulasan : Andai Itu Takdirnya


Andai Itu Takdirnya

Pengarang : Siti Rosmizah


Aku masih ingat teori seorang kawan aku, masa aku balik dari Tronoh. Dia ckp kalau nak tulis novel dan paku laris kat Malaysia ni, buat jalan cerita dia penuh drama, tragis yg tak berkesudahan, penderitaan yg dasyat yang datang bertubi-tubi. Pasti novel itu laris. Aku ketawa dengar ulasan teori beliau. Ada benarnya kerana rakyat Malaysia ni rata-ratanya berhati lembut dan mudah kasihan. Lihat sahaja penangan drama NUR KASIH!!!

Berbalik kepada novel di atas. Aku rasa segala yg diklasifkasikan oleh kawan aku tu mmg semuanya ada. Apa yg lucunya, mmg betul yg sekarang ni mmg novel ni tgh hangat dipasaran. Aku berkesempatan membaca novel ni pasal dapat pinjam daripada Kak HR opis aku. Beliau mmg kaki novel. Nak carik stok novel je leh jumpa beliau.

Bagi aku novel ni pembawaan cerita nya secara jujur tidak lah berat. Mesej yang disampaikan tidak lah sesukar mana pun, malah tidak keterlaluan tema nya adalah tipikal sahaja. Cuma yg menariknya, gaya penceritaannya mmg terlalu drama dan tragis dan disudahkan dengan pengakhiran yang happy ending. Mmg leh mengeluar air mata la kalau terlalu menghayati. Tapi kalau sesapa baca pun, aku rasa kita leh teka apa next plotnya.

Aku tak kata mutu novel ni rendah. Tidak rendah, Cuma mesej nya klise dan biasa. Plot cerita yang mmg digemari ramai. Digarap dgn baik agar pembaca tak bosan even leh teka apa yng berlaku kemudiaannya. Penggunaan bahasa pun bg aku pada tahap keselesaan org ramai. Jadi secara keseleruhannya novel ini boleh dikategorikan sebagai novel ringan dan berbentuk sastera popular.

Apa2 pun, sekalung aprisiasi kepada pengarang kerana berjaya menghasilkan novel yg memenuhi selera pasaran semasa.

p/s :- Ini cuma ulasan aku, jgn marah ya kalau tak bersetuju.


Selasa, 3 November 2009

Kehidupan Macam Tu lah..

.........

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

.........