Jumaat, 28 Ogos 2009

Tanpa Cinta?

Tanpa Cinta?

Apa makna kematian tanpa cinta?
Apa makna kehidupan tanpa cinta?
Yang termanis daripada segala manis adalah cinta;
Yang termasam daripada segala masam adalah cinta;

Cinta adalah janji setia
Cinta adalah ikatan jiwa

Di atas adalah tuhan;di bawah adalah cinta
dan diantaranya adalah segalanya
Bicaralah apapun namun diakhirnya tetap mempunyai satu makna..
Tuhan adalah terindah daripada segalanya namun cinta ada keindahannya..

Yang lebih berharga dari segala intan adalah cinta
Kerana segala keinginginan adalah cinta

Bagi siapa yang mengenali cinta..
(Pastinya semua kenal tentang cinta)

Kota cinta ini penuh misteri
Yang letaknya di dalam hati kekasihnya
Yang perjalanan adalah panjang untuk hidup yang sesingkat ini.

Bagi siapa yang mengenali cinta..
Adakah ini kesakitan atau ubat untuk segala penderitaan
Adakah ini cinta atau ia engkau wahai tuhan

Kamu hanya mendengar tentang cinta
Namun aku telah merasai cinta
Sejambak mawar adalah cinta
Namun durinya juga adalah cinta

Apa makna kematian tanpa cinta?
Apa makna kehidpuan tanpa cinta?
Yang termanis daripada segala manis adalah cinta;
Yang termasam daripada segala masam adalah cinta;

Olahan
Mayamin Manjakasih

p/s: hahahaha.. rasa pernah dgr dak?

Jumaat, 21 Ogos 2009

Sang Pemimpi


"Biar kau tahu, Kal,orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semangat dan mimpi-mimpi,dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu!!"

Aku tersentak dan terpaku memandang ayahku sampai jauh,bentakan-bentakan Arai berdesingan dalam telingaku,membakar hatiku.

"Tanpa mimpi,orang seperti kita akan mati...."

Aku berasa beku,serasa disiram sebaldi air berais.

"Mungkin setelah tamat SMA kita hanya akan mendulang timah atau menjadi kuli,tapi di sini Kal,di sekolah ini,kita tak akan mendahului nasib kita!!"

Naskah kedua dari tetralogi ini menyentak aku. Ikal dan Arai, dua anak desa pulau balitong yg hidupnya penuh kemiskinan menerobos lingkaran strata kehidupan anak miskin dengan MIMPI mereka. Setiap kali aku membacanya mozek2 dalam naskah ini, semua nya berbalik dalam kehidupan aku.

Aku cuba menukilkan bahasa terbaik untuk mendiskusi tentang novel ini, namun aku kira aku sudah kehabisan perkataan-perkatan yg indah. Bagi anda semua, bacalah novel ini, pasti anda akan merasa betapa beruntungnya anda dan betapa sesalnya anda kerana terlalu takut mengejar mimpi anda.


Hari Ini ada Maknanya..

Alhamdulillah saban tahun semenjak aku bergelar seorang software engineer, tiap kali ulang tahun kelahiran aku ke bumi Maha Kuasa ini, aku kira aku senantiasa di sediakan perancangan-perancangan manis oleh Maha Perancang.


Tahun ini sahaja, aku mulai menaiki kereta baru milik keluarga ku. Sebagai seorang ahli keluarga yg hanya mempunya lesen mobil, aku diamanahkan untuk menjaga kereta ini sehingga saat-saat aku perlu melepaskan kepada kakak atau abang atau adik-adikku yang lain.

Malah tahun ini juga, dalam kesenderhanaan, aku dapat menyambut nya dengan penuh suasana kemeriahan hidup bersama-sama sahabat-sahabat aku. Terima kasih kalian kerana sudi berkongsi ruang gembira ini bersama aku.

Mungkin bagi sesetengah orang, hari lahir tidak perlu diperingati. Namun bagi aku, tidak mengapa untuk diperingati. Sekurang-kurangnya akan menimbulkan keinsafan betapa dunia ini satu persinggahan dan Maha Pencipta telah memberi peluang untuk kita terus bernafas di bumi persinggahan ini.

Namun apa yg paling aku rasa satu penghormatan adalah keesokkan harinya dalah bermulanya satu Ramadhan. Seolah-olah tuhan berbicara kepada aku, Yamin, kamu sudah 25 maka aku hadiahkan Ramadhan kali ini untuk kamu buktikan keimananmu itu.


Isnin, 17 Ogos 2009

Bila Sudah Cinta

Bila Sudah Cinta

Bila sudah cinta,
suaranya adalah gemersik lagu terindah,
bahasanya dalah puisi paling puitis di alam maya,
sesusuk tubuhnya adalah penciptaan agung paling sempurna rekaan maha kuasa,
ketiadaanya adalah rindu dendam yg memerit jiwa,
senyumannya adalah lukisan indah penuh warna ceria,
masamnya adalah kesedihan paling lara bak isteri mati malam pertama.

Bila sudah cinta,
manis dan busuk bisa sahaja hilang definisinya,
bersamanya ibarat berjalan ditaman-taman syurga,
rasional dan emosi bergaul menjadi satu,
akal waras bisa gila timbang tara,
itu semua bila hati sudah cinta.

Cinta memang buta,
tapi paling tepat,
cinta adalah kerja gila imiginasi manusia..

Nukilan,
Mayamin Manjakasih
17 Ogos 2009 / 26 Syaaban 1430

p/s
aku sedang tin tong..

Khamis, 6 Ogos 2009

Comelnyer..


Raisya Yg Comel bersama uncle nyer yg bergaya. :)

Tanya sama hati


Kita berbisik sama bintang,
akan sepi dan pilu,
pada pungguk yg merindu rembulan,
pada angin malam yg menyapa,
pipi-pipi hiba.

Apakah kita punya kasih,
dalam keterbatasan,
gelojoh nafsu dan amarah,
dan mengharap senyum bidadari syurga,
tatkala kalimat pertama menyapa.

Apakah kita punya belas,
pada santun budi,
merafak sepuluh jari,
tangisi akan dosa-dosa silam,
yang maafnya belum tentu berbekas.

Apakah kita punya kuasa,
memutar kisah-kisah silam,
menjadi sejarah warna-warna indah,
padahal ia cuma perkara yang berlalu,
yang bisa wujud dalam mimpi,
itu pun kalau terjelma.

Nukilan,
Mayamin Manjakasih
15 Sya'ban 1430
6 Ogos 2009


p/s - korang bg leh cadang dak tajuk yg sesuai untuk sajak ni.

Ahad, 2 Ogos 2009

Novel : Laskar Pelangi


Para pembaca, jika korang mempunyai peluang dan ruang, aku cadangkan korang membaca novel ini: Laskar Pelangi, karya saudara Andrea Hirata.

Novelnya sgt bagus dan menyentuh hati sanubari. Lain la kalau hati korang keras dan kematu. Pertama kali aku menyisip helai2 novel ini lewat di sebuah toko buku di seksyen 18. Tatkala aku sedang menunggu hidangan makan tgh hariku disajikan. Aku agak terkesan dgn sinopsis dan bahasa cerita novel ini. Persis satu desiran angin sejuk menyelinap masuk ke ruang2 hatiku dan mebisikkan betapa novel ini harus aku miliki. Perjalanan pulang ke kantor membuatkan aku tidak sabar2 mencari erti keghairahan aku ingin membaca novel ini.

Korang pernah dgr Lagu Laskar Pelangi? Satu lagu yg mendatari filem Laskar Pelangi( Filem ini diangkat daripada novel ini ). Kalau filem dan lagu itu memberi makna bg korang lantas aku cadangkan pada korang, bacalah novel ini. Novel ini terbit sebelum novel Ayat-Ayat Cinta yg hebat itu. Ceritanya bagi aku lebih realistik dan Islami daripada novel Ayat2 Cinta. Aku tidak ingin membandingkan novel Ayat2 Cinta karya Habiburahman itu. Ya aku akui novel saudara Habiburahman itu sgt hebat dan menjelaskan tentang keindahan hidup beragama.

Laskar Pelangi pula punya lanskap dan penceritaan yg berbeza. Tentang realiti kehidupan nusantara dan mehnah serta tribulasi hidup di daerah yg penuh kekurangan. Novel ini membawa aku sejanak mengimbau perjalanan aku ke Sipadan. Tatkala aku bagitau kawan aku yg aku tak mungkin tegar untuk hidup dikawasan sedemikian. Sedangkan kawasan2 itu jauh lebih maju daripada Pulau Belitong.

Tatkala aku menulis post ini, aku telah mebaca hampir ke bab 7. AKu tidak suka memberi ulasan sehingga habis membacanya. Namun kali ini lain. Sedari awal lagi aku sudah tidak sabar2 untuk bercerita pada korang tentang novel ini. Membacanya seperti menonton wayang. Imiginasi korang akan melayang membayangkan perjalanan cerita yg disusun dengan baik sekali. Dalam baris2 ayatnya itu terselit nasihat yg menyentakkan kita.

Aku titipkan di sini dua baris ayat yg membuat aku terdiam seketika:

Beliau meyakinkan kami bahwa hidup bisa demikian bahagia dalam keterbatasan jika dimaknai dengan keikhlasan berkorban untuk sesama.Lalu beliau menyampaikan sebuah prinsip yang diam-diam menyelinap jauh ke dalam dadaku serta memberi arah bagiku hingga dewasa,yaitu bahwa hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.
Mungkin aku terlewat untuk mebacanya. Memandangkan novel ini dipasarkan sekitar tahun 2008. Namun tidak mengapa. Tidak ada yg terlewat bila kita mahu membacanya. Ceritanya tetap malar. Ceritanya tetap penuh keinsafan.

Sekali lagi buat korang. Carilah novel ini. Dan bacalah.