Khamis, 23 Julai 2009

Satu Masa Dulu kan..


Aku seorang pelajar sains hayat time sekoloah dulu. Aku minat semua ttg ilmu sains terutama Biologi. Subjek yg plg aku tunggu2 time masuk sekolah menengah adalah subjek sains. Masa sekolah rendah dulu mana ada subjek sains mcm sekrang. Aku punya zaman masa tu subjek mcm tu dikenali Alam Dan Manusia. Aku sgt teruja time belajar Alam dan Manusia ni masa aku darjah empat. Ujian pun agak cemerlang la untuk budak sekolah kampung yg hulu. Aku time tu sgt teruja tentang ilmu2 biologi nih. Dalam kepala aku, kenapa la Alam dan Manusia ni tak masuk UPSR. Mungkin sebab tak masuk UPSR so kawan2 aku tak teruja sgt belajar subjek ni. Tapi aku ni kira addicted la belajar Alam dan Manusia. Duduk kat kampung, mana ada buku lain nak baca. Cuma ada buku teks tu la. Percaya dak kalau aku cko, seluruh buku teks tu aku baca masa awal2 dapat buku SPBT tu. Aku minta subjek ni lebih daripada matematik. Aku tak suka sgt kira2 ni.

Time aku masuk sek menengah lak, subjek sains lak menjadi kegemaran aku. First time masuk lab, aku rasa bangga siot. Rupanya ni la lab sains yg aku selalu jgk2 kat sekolah kampung aku. Tgh tabung uji, penunu Bunsen dan hapa bagai tu, meneyebabkan aku rasa best giler belajar sains. Tapi aku tak de la cemerlang sgt. Siyes, result sains aku tak gempak pun. Tapi aku tetap teruja ngan subjek ni. Tapi aku rasa agak kecewa bila, subjek yg sebest ni, lebih pada nak jawab soalan exam masa PMR. Tapi aku tak kisah sgt. Biarlah kan. Yang penting aku suka belajar2 bab sains ni.

Sekolah menegah aku masa aku tingkatan 3 takda lagi sains hayat untuk SPM. Aku kecewa giler gak masa time tu. Tup2, masa sains hayat di bukak. Aku teruja abis sekali lagi. Aku dah start baca buku teks biologi time aku tingkatan 3 lagik. Kerja giler!!!!.. masa tu aku craziii abis subjek biologi. Masa aku naik tingkatan 4 seperti biasa la, aku suka biologi tapi tak pernah cemerlang pun. Hahahaha.. nak dapat A pun susah. Tapi aku tak kisah, yg penting aku suka subjek dia. Aku ingat lagi cikgu aku masa tu. Pn Oii Kim Hong. Cikgu tu sgt best. Sekali lagi, subjek yg mengujakan aku ni mcm lebih kepada peperiksaan. Tak salah cuma aku kalau bab exam2 ni mmg tak minat la. Hahahha. Result SPM bio aku pun biasa2 sahaja. Tak A pun. Tapi aku tak kisah.

*******************************

Itu cerita aku time masa aku muda2 dulu. Tak sangka semua menda tu dah berlalu. Alih2 aku kerja dan cari nafkah menda yg takda langsung kaitan ngan perkara2 yg aku suka yg teramat suka masa aku kecik2. Bila dikenang rasa lucu pun ada pelik pun ada. Rupanya2 susunan hidup aku tak de la berdasarkan kehendak dan keinginan aku sgt.

Korang lak mcm mana. Kalau korang ada masa, baik koranga imbau balik menda2 yg korang sgt teruja masa dulu2 tapi tak tercapai bila korang dah dewasa/tua. Mesti adakan.Hehehe


Selasa, 14 Julai 2009

Secawan Kopi Jawa

Mengambil peluang untuk response pada blog saudara chang di sini.


Satu perkara biasa untuk student2 u yg amik course pasal software ni akan membebel pasal Java. Rungutun standard yang kita akan selalu dengar adalah java susah, java sucks dan macam2 lagi. Semua persepsi negatif ni terhasil mungkin disebabkan:
  1. Kegagalan student faham apa itu programming language.
  2. Kegagalan menguasai asas programming language.
  3. Tak ada minat.

Dan mungkin la pelbagai. Sekarang ni, boleh dikatakan seluruh universiti di atas muka bumi kebanyakan nya fakulti yg ada computer science atau yg seangkatan dgn nya mesti ada subjek yang akan diajar java didalamnya. Aku cakap ni pasal ada seorang professor ni begitu tak puas hati pasal kenapa universiti di US khususnya ajar Java dan anggap Java tu as Programming Language yg sgt penting. Alasan yg selalu kita tahu, pasti la Java ada demand di market. Tanya je la sesapa pun, kalau manusia tu ckp dia programmer java pasti org akan ckp,
 " ko ok la, leh demand pasal tau java"
Jadi, nak tak nak, java tetap Java. Satu programming language yg popular dan dalam masa yg sama digeruni oleh semua student software(paling tidak kat Malaysia ni la). Kalau korang tak caya, suruh la buat bancian kat u yg ada fakulti science comp, tanya student diorg pasal java.

Jadi, benarkah Java susah???? hahaha, jawapan dia berdasarkan apa yg korang ada. Kalau korang minat dan ada asas yg kukuh, java tak susah. Java sama je mcm PHP ke, C# ke C++ ke. Sama je. Takda apa sgt. Java tetap programming lanugae yg ada loop, ada if else, ada varible ada data type. Sama je, syntax ngan cara code tu mungkin beza. Tapi asas tetap sama. So, kalau korang leh tulis program dalam PHP or VB or apa je, patutnya korang takde la rasa susah sgt nak tune ke Java.

Pokoknya korang minat ke tak. 

Selasa, 7 Julai 2009

Wahai Anak Kesayanganku..

Salam sejahtera, untuk entry kali ni, mari kita merenung dan memahami ayat-ayat daripada kalam suci. Ini adalah nasihat Luqman kepada anak kesayangannya.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  

------------------------------------------------------------------------------------------

[13]
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

[14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

[15]
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

[16]
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

[17]
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

[18]
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

[19]
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". 



------------------------------------------------------------------------------------------

So, kawan sekalian.. mari kita fahami dan amalkan erk. 

Jumaat, 3 Julai 2009

Dengar Sini Semua

Seperti Melukut di Tepi Gantang.
Pernahkan kita dengar peribahasa tu. Ada tak menambah takda tak mengurang. Melukut ni sebenarnya pecahan-pecahan halus beras. Beras yang pecah halus atau ujung beras tu di sebut malukut. Benar. Kita ni leh diumpamakan seperti melukut. Kita juga leh jadik seperti beras. Jadi melukut, marhain kata takde guna. Ye la, ada tak bertambah takda tak mengurang. Kalau jadik beras lain lak katanya. Beras berharga. Dipandang orang. Ada beras dalam gantang beri kesan, kurang beras pun beri kesan. Pentingnya beras daripada melukut. Sebab itu marhain kata jadi beras berharga, bernilai dan masyhur.

Jadi semua orang nak jadi beras. Beras dalam gantang. Nak jadi orang yang ada nilai. Kehadiran dirasai. Ketiadaan juga dirasai. Jadi beras kita rasa kita dihargai. Sapa la dalam dunia ni taknak rasa dihargai. Semua orang nak. Jadi manusia yang dihargai dan disanjung dijulang. Sikap manusia. Mungkin fitrah manusia. Lain pula melukut. Orang ni taknak jadi melukut. Nanti akan tersisih. Sudah la tersisih,tak ada orang peduli lak tu. Ye la, melukut takda nilai. Tak laku. Cakap tak laku, pendapat tak dikira. Malah kehadiran pun tak terkesan jumlahnya. Sapa nak jadik melukut. Semua orang taknak.

Soalnya, benar penting sangatkah jadi beras. Apa mulia sangat kah jadi beras(dalam kontek apa nak kita bebelkan ni la). Hina sangat kah melukut. Sampai diketepikan,diasingkan.

Alahai kawan, dalam hidup kita ni, tak selamanya kita beras tau. Tak selamanya kita melukut. Yang penting tak semestinya jadi beras itu bagus dan menjadi melukut tu teruk. Semuanya tentang persepsi sahaja. Persepsi orang. Persepsi manusia. Manusia lak bukan makhluk yang statik dan tak berubah. Yang penting manusia ni bukan bersifat total. Pasalnya manusia ni suka berpuak-puak. Suka duduk dlm gu masing-masing. Kalau kita tak se gu,se gang,seperangai kompem la kita direject. Kalu dah jadik mcm tu, jgn lah duk rasa berdukacita sgt. Semat je dalam diri kita, satu je: diaorang tu bukan sekufu,setaraf,sealiran ngan kita. Titik. Abis cerita. Alahai, perlu sangat ke menda2 tu sampai nak korbankan cara kita. Haish. Dalam dunia ni ada lebih 6 bilion manusia. Jadi apa kisah sgt la kalau kita secara tak sengaja bersama ngan puak2 lain.Kalau tak leh join or tak kasik join, anggap je kita jumpa satu puak or bangsa lain. Lepas tu kenal2 kan je la ngan diaorg.

Kepada sesapa yang baca ni rasa diri melukut. Jangan sedey beb. Takda pekdahnya nak jadik beras kalau kita jadik beras tapi last2 jadik beras yang jadik nasi yang basi. Hahahaha. Baik jadik melukut. Orang tak ambik kisah dan kita pun tak amik port.

Adioss..