Khamis, 14 Mei 2009

Daging Masak Itam

Daging Masak Itam


Antara juadah kegemaran aku adalah daging masak itam. Huhuhu, sgt sedap tu. Setiap kali raya, mak aku tak pernah miss masak menda ni. Secara tak langsung, menda ni aku belajar la. Ye la kan, takkan tahu makan je pulak. Kena la amik tahu mcm mana nak masak menda tu.

Aku cerita ni pasal, aku baru je menyiapkan daging masak itam ni. Dekat satu jam gak la masak. Ye la, kalau nak bagik daging tu empok dan rasa dia meresap masuk, kena masak lama. Dgn gigih gak la aku mengacau kejap2 dalam masa satu jam tu. Abis satu rumah bau haruman makanan ni. Hehehe. leh tahan gak la bau yg harum tu.

Apa2 pun sgt puas hati bila dapat masak menda ni ngan sendirinya. ye la rasa berbaloi la pulak bila kita makan makanan kegemaran kita dan kita lak yg masak. Tak yh la nak susah kan mak aku lagik bila balik kampung. pasal aku leh buat sendiri dah nanti bila balik.

Hehehe..

Rabu, 6 Mei 2009

Sedikit Bingkisan

Kita di zaman yg mana yang batil itu diangkat. Disanjung, Di julang. Sekali pun tidak di angkat, di sanjung, di julang, perkara batil dianggap tak apa, biasa, normal. Seolah2 fitrah itu itu begitu. Fitrah itu sebenar nya asal suci. Putih. Maknanya kita di zaman yg asal itu bukan suci, bukan putih, tapi hitam dan kotor.


Lihat disekeling kita, mudah sahaja, bila maksiat dihadapan berlaku didepan mata, kita anggap biasa. Tidak mengapa. Lihat susuk tubuh seksi mengiurkan, tidak apa, perkara biasa.Lagi dasyat dianggap rezeki yg perlu diratah. Sedangkan bila ada muslimah bertudung labuh dan menjaga kehormatan pula, dipandang jelik, hina. Sekali pun tidak demikian akan terasa janggal dengan kehadiran muslimah sebegitu.
 
Dalam perbualan, kita anggap tidak mengapa kalau sebut perkara lagho, caci maki, perkataan keji dan hina. Itu biasa. Dirai dgn gelak ketawa. Suka dan hilaian2 yang nyaring. Tapi kalau ada yang bicara perkara yang baik, kita akan anggap mengada-ngada. Anggap sekadar berbicara manis mohon di lagak orang baik2. Lalu, bicara yang mengajak mengenal erti kehambaan kepada AlKhaliq, akan diperiksa sungguh2. Seolah2 bicara itu bukan sebarang bicara. Nak di tuturkan mesti disusahkan jalur periksa nya. Kerana bicara baik itu bukan lagi fitrah. Ia di ada-adakan. Bicara baik itu sudah jadik bosan dan dianggap pembicara hanya mahu tunjuk warak dalam amalan. Sedangkan bicara yg baik dituntut dan bicara buruk ditegah. Namun yg ditegah sudah diangkat makam yg tertinggi.

Benarlah sabda junjungan yang mulia, umat di zaman kita ini cintakan dunia tapi takut mati. Fikir2kanlah wahai aku.


Kehidupan ooo Kehidupan

Kawan- kawan pembaca sekalian. Kali ni aku nak share satu sayir yg di nasyidkan oleh kumpulan inteam feat Nazrey. Syair ni sangat baik untuk kita sama2 merenung tetang segala mehnah kehidupan kehidupan ni. Tajuk syair ini adalah Kehidupan.. Sama2 kita hayati 4 rangkap syair ini.


Kehidupan - In-team ft Nazrey

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Syair ni aku selalu pasang bila rasa down ke, blur ke... Tapi apa2 pun kawan2 sekalian tiada ayat yg lebih indah dari Kalam Allah. 

Ahad, 3 Mei 2009

Masak Dalam Satu Jam

Huhuhu, aku rasa mcam tak sempat je ni. Hahaha..

Sabtu, 2 Mei 2009

Program memasak lagi...

Kalau cerita lepas cakap pasal puding laici, maka minggu ni aku buat dadih perisa strawberi. Buat dadih ni tak susah. Masa penyediaan pun kurang dari 30 minit. Dalam lebih kurang 15 minit gitu je. Kos dia lak tak mahal, total dalam RM 9 untuk menghasilkan 3 liter dadih. Bagi korang yg kemaruk dadih, daripada korang beli sehinggit dua kupang tu, baik korang buat sendiri. Leh makan sampai mual. hehehehe..


Aku cdg malam ni aku nak masak nasi goreng ngan menggunakan planta atau majerin. Urgh, aku carik kat max valu tadi, semua set2 masak kek. Aku nak torai je pun. Tapi takpa, aku cuba carik lagik then kalau tak dapat terpaksa la pakai minyak masak sri murni. Aku nak cuba kelainan sikit ngan nasik goreng ni jadi tu la beria sangat nak masak guna majerin. Macam sodap. Pasal aku kecik2 dulu, mak aku pernah ajar makan nasi putih panas gaul ngan planta, lepas tu letak kicap sikit. Perghhh.. sodap wa cakap sama lu.

Cerita esok la. Lagi haru, aku nak teruskan program ayam masak pedas aku yg terbengkalai lama dah. Hehehehe.. aku nak p carik santan kejap kang kat pasau malam. Santan yg dah di perah dalam plastik tu. Bahan2 lain aku dah beli. Ayam tu aku dah siap kan dah pun. Huhuhu, tak sabar nak masak esok. Esok masak simple udah. Tak yh pening2 sangat. Kepada sesapa nak merasa masakan aku maka sila lah datang tgh hari esok. Hehehe.. Tapi aku masak budget utk 3 org makan je. Ehh, bukan aku sorang je kat umah esok..

Aku dah lama tak masak daging masak itam. Balik kampung nanti aku nak mintak bonda aku sediakan perencahnya so leh la aku masak masa ujung minggu nanti. Masak itam sedap oo makan. Aku buat dulu tahan dalam 2 hari kalau di simpan dgn elok. Kalau nak pastikan daging dia empok dan tak liat, korang renehkan lama2. So masa masuk air tu tak kisah byk, tapi korang kena kacau sikit2 la pasal nanti kalau dia tersejat tapi dia nyer rencah kering kat dinding kuali, tak de la sedap lak. Yg penting, korang rajin2kan panas daging tu then kasik kuah dia likat. Perghh, sedap weii... siyes..Satu lagi, masa potong daging tu kena potong betul2, salah potong jadik liat. Kalau masak itam ni, aku suka potong kecik2. Aku mmg di ajar mcam tu. Kalau potong besar2 lak nanti mcm susah je aku nak masak. Tak menjadi pasal liat rugi tu..

Sekarang ni, nak masak bukan susah sgt. Semua dah ada perencah. Cuma nak tgk kita ni pilih perencah yg betul ke tak. Tu je. Then cara masak tu nanti ok ke tak. Aku masak tak sodap, tapi adik aku masak sedap2.Huhu, teringat ikan goreng salut cabai burung dia. Even simple je tapi rasa dia mmg mengiurkan. Takpa, blk kampung nanti tanya mak aku resepi2 simple untuk aku masak cara org bujang.

Adios, aku nak p pasar malam carik santan ngan buah mangga. Nak wat jus mangga malam ni..makan ngan nasi goreng..hehehe..