Ahad, 15 Mac 2009

Projek Baru, Kawan Kawen, Roti Gardenia and Jalan2

Projek Baru
Sekarang ni, aku tgh sibuk ngan projek baru. MMg sgt sibuk. Boleh dikatakan tiap2 hari aku balik bila matahari dah terbenam. Masa berlalu sgt cepat. Sampai aku nak update blog ni pun tak sempat. Kawan2 pembaca setia blog aku pun dah mula merungut ttg bersawang nya blog aku. Sorry erk, aku mmg takdak masa. Bila ada free time tu, aku choose to take a good rest. Tu je aku buat skrg ni. Alhamdulillah cuti ujung minggu ni aku dah bersemangat sikit nak hupdate menatang blog ni.

Kawan Kawen
Aku ada dua pasangan kawan aku yg kawen. Satu nun jauh di pantai timur dan satu lagi dekat je kat selangor ni gak. Aku kena pilih nak p mana. Di sebabkan yang satu tu berkehendakkan aku cuti ari isnin ni, aku tak dapat join. Sorry bro, pasal aku tgh on project ni. So nak cuti ke hapa ke, ada sikit susah. Arap paham la erk huhuhu. So, aku pergi la yg pasangan satu ni. Bro, lu nyer kenduri meriah. Makanan sendap and ni la pasangan pengantin plg sempoi aku pernah jumpa. Tak lupa gak, pasukan kompang tu. Mengancam habis. Sikit lagi, baju melayu dia org sama meriah ngan lu punya baju melayu.Hehehe.. pepehal, aku doakan kawan2 aku ni bahagia selalu.

Roti Gardenia
Aku skrg ni, mcm ketagih lak makan rot gardenia perisa coklat yg ada kismis tu. Serta satu ni, butterscotch --> (choco raisin, butterscotch). Sgt sedap. Yang ni baru la leh clain sungguh enak di makan begitu sahaja. Harga agak jugak la. hempat hinggit.huhuhu..aku selalu padah cubicle aku makan sekali, tapi semua jenis jaga makan, so aku leh la melantak sorang2 kat opis. Beruntung gak kan. hehehehe.

Jalan2
Aku dapat la join gathering ngan member2 baik aku semalam. Meriah sangat. Lama tak jumpa, sekali dapat kuar sesama mmg tak leh diam. Ada je cerita nak di ceritakan. Huhuhu, diorg ckp cerita aku mcm drama tipikal. Plot cerita sama je. Cuma watak je berubah. Kira kalau buat drama, leh beratus episod sampai org bosan tgk. Hahahaha. Btul gak tu erk. Baru aku perasan. Wahhh, statik nyer hidup aku rupanya. Very predictable kan. huhuhu.Apa2 pun. Aku respect kat member2 baik aku ni, even dah bertahun kenal, tak pernah jemu dgr cerita aku ni. Tabah sgt tahan telinga dengar cerita aku kan. Tak lupa, kami ttp singgah secret recepe kat Bukit Bintang tu. Port rasmi gathering dah jadik nya.hahahahaha(eh, kita tak singgah McD kat sebelah dia kan, ari tu..hehehe..kenapa ye). Yang sedih nya, tak cukup korum sorang lagik.huhuhu..takpe, next time kita p gegar KL sekali lagi reramai erk.

Hurm, aku rasa tu je yg ada dalam kepala aku nak tulis kat blog ni. Selamat membaca cerita merapu ni. Entah la bila lagi aku dpt hupdate blog aku ni. Dalam kepala aku skrg, dah start rancang nak wat apa kat opis esok. huhuhu.. adakah aku menjadi workoholic.. tidaaakkkkkk..

2 comments:

SYED NAHAR berkata...

excuse me abang yamin. u ni jahat la, lupa kat kita. asyik gumbira ngan kawan kolej je. huhu sedey tau. i pun sejak tahun mmg ada tulih belog. tapi diam-diam ubi basi je. skang dengan rasmi i nak jemput u. sebab i tau u mmg rajin n boleh bagi komen yg membina. kan?? jgn la malu-malu. ok. tata.
(gedikz tak bahasa aku kali ni?)

Tanpa Nama berkata...

so, bile plak en yamin nak kawen plak?