Ahad, 24 Januari 2010

Al Fatihah


Seperti yang semua maklum, Al-Marhum Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor dan jajahannya telah mangkat.
Penulis menzahirkan takziah buat seluruh anggota kerabat kebawah DYMM Al-Marhum Sultan Iskandar khususnya dan seluruh rakyat Johor amnya.
Didoakan roh Al-Marhum digolong dalam orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.


Selasa, 19 Januari 2010

Good Ones Are Taken... ye la sangat!!!

Fakta menarik yg leh jadi tips buat lelaki :


Mengikut kajian mat saleh, rungutan pempuan bahawa semua laki yg baik telah berpunya adalah mmg benar.

Sebab, ikut kajian yg dijalankan, perempuan lebih tertarik lelaki yg 'not available' berbanding lelaki 'single'. Hasil kajian itu juga mengatakan, pempuan bersifat sedemikian kerana mereka percaya lelaki yg dah berpunya ni adalah lelaki yg berkualiti disebabkan ada pempuan lain dah mendapatkan nya.

Ala, mcm lelaki yg tak single ni dah di scan awal2 oleh pempuan lain. Jadi, permpuan lain pun percaya la laki yag dah berpunya ni ada kualiti.

Oleh itu, nasihat ketua pengkaji itu, kalau mana2 lelaki bujang yg susah nak dapat pasangan, sentiasa kuar ngan kawan pempuan. So, katernye pempuan lain akan mula percaya anda adalah lelaki idaman!!!!!

Ikut logik la kan, nasihat aku, pempuan yg dah ada laki, sila jaga laki korang baik2...

AKU:
Padan la kawan aku sorang ni ckp, kalau ada pempuan nak tackle laki dia, dia tak marah laki dia tapi nak marah pempuan yg tackle kerana gatal tackle laki org. Apa-apa pun cik adik luar sana, dalam dunia berapa ramai laki yg idung belang (aku tak la) dan berapa ramai pempuan yg tak nampak kualiti yg lebih baik pada lelaki single(mcm aku ni).... Sentapppp!!!



Isnin, 18 Januari 2010

Pilih Bulu jugak Kita :)


Mengikut kajian mat saleh, teori bahawa laki dan perempuan akan sanggup kuar dating kalau yg mengajak tu 'good-looking' punya jenis mmg sahih. Kalau perempuan lawa, kalau laki ensem. Jadi kalau ada manusia yg kata dia tak kisah tu, keberangkalian dia amat kecil.

Tapi, ikut kajian yg sama gak, perempuan lebih memilih daripada lelaki!!!!

86.7% lelaki sanggup kuar ngan org yg di kira tak menarik, tapi pempuan hanya 49.7% sanggup!!!!

Namun, ,ikut kajian tu gak, lelaki lebih gatal kerana:
94.4% lelaki kompem kuar bila yg diajak tu teramat menarik tapi pempuan sekali pun teramat menarik hanya 84.4% je sanggup..

Kalau ikut logik, pempuan mmg suka memilih tapi plg setia la kan.

AKU:
Jaga adab dalam pergaulan(menulis sambil tunduk keinsafan)... Sentapppp!!!!


Ahad, 17 Januari 2010

Alasan Untuk Jadi Cantik!!!

Kenapa anda perlu bergaya.


Mengikut kajian mat saleh kan, 61% pekerja percaya boss diorg yg bergaya lebih kompeten daripada boss yg serebet.

Mengikut pakar psikologi pengurusan yg sorang ni lak berkata, orang yg berfizikal menarik lebih menjadi tumpuan untuk mendapat tempat dan jawatan berbanding ngan org yg tak.

Persoalannya, cantik dimata tak semestinya kerja cantikkan.. Mcm programmer teragung, ramai yg biasa2 je tapi meletop.

AKU:
Betul gak kan.. menarik tak semestinya hensem, tapi kalau pandai jaga penampilan hapa bagai, kira ok la tuh.. so, bg yg rasa nak p interview or yang rasa tertidas sedangkan korang rasa korang lebih deserve, pergi chantikkan diri korang.... Sentapppppp..

Org gemuk Otak KECIK!! Org Kuruih otak BESAR!!!

Aku terbaca satu kajian yg dibuat oleh seorang professor ni:


Kegemukan leh sebabkan otak kita mengecut!!!!

Kata dia, org yg overweight size otak dia 4% lebih kecil daripada org yg berat badan ideal, manakala yang obese lak 8% lebih kecik daripada org yg berat badan ideal.

Kata nyer lagik: Berat badan yg berlebihan akan menyebabkan saluran dan aliran darah ke otak terhalang, so akhirnya mengecutkan otak laa.. Pasal oksigen yg sampai kat otak tu kurang, ye la, darahkan angkut oksigen.

Tapi yang pelik, dia tak cakap lak size otak org yg underweight. Kalau ikut logik, maknanya org yg kurus kering otaknya lagik besar la kan..hahahahha..


AKU:
Tak guna otak kecik ke besar tapi kalau hidup tak pakai otak kan!!!! sentapppppp...


Jumaat, 15 Januari 2010

2010


Dah tahun 2010 laaaa..