Selasa, 20 Oktober 2009

Gunung Basor(Part 2 : Mulanya Pengalaman Baru - Siri 1)

Pengalaman pertama aku menyertai ekspidisi mendaki gunung. Mmg teruja juga. Seramai 18 org yg menyertai trip kali ni. Aku sempat berkenalan dengan otai2 yg mmg hobi mereka aktiviti outdoor mcm ni.

Aku ingat trip kali ni ada la jugak org baru, rupa2nya aku lah org plg baru. Yg lain semua nya dah berpengalaman luas. Tgk beg dia org pun dah cukup menggerunkan. Peralatan diorg mmg lengkap rr. Beg aku lak mmg Nampak budak tak tau masuk utan.

Dalam perjalanan ke starting point(kira2 satu jam naik lori kelapa sawit) tu aku ada sembang ngan sorang otai ni. Aku bgtau dia, ni first time aku join. Terkejut dia. Siap tgk aku atas bawah(ye la ngan badan kembang kecup mcm aku ni kan). Dgn muka serius dia Tanya aku, ada jogging dak? Then aku jawab ada la sikit2 sebelum dating. Baru Nampak lega sikit dari riak muka dia. Huhuhuhu..

Sampai2 je kat starting point tu. Ni la first time aku tgk empangan yg menjadi sumber air empangan Temengor. Yang ni adalah sungai renyok. Kita org sampai dalam pukul 12.30. Rehat kejap, amik mood masing2 then ada la sesi taklimat sikit. Lepas sesi taklimat terus masuk utan.

Perjalanan dari starting point ke base camp tu lebih kurang 3 jam kot. Masuk belukar, kuar belukar. Lepas tu susur sungai. Sungai dia, mmg cantik. Air dia jernih dan sejuk. Sgt best. Kami singgah kejap kat sungai yg mcm lata. Kat sini kami lunch sikit. Takde la apa sgt. Makan apa yg patut je pun. Aku pun tak lapar sangat time. Waktu ni mmg terpesona habis ngan keindahan alam.

Then lepas rehat tu, terus perjalanan. Time ni la aku kena sengat ngan penyengat. Abis lengan aku kena sengat. Waktu tu cermin mata aku dah terpelanting kat mana ntah. Semua org terkejut. Terpaksa la cari jalan lain. Huhuhu.. Sian giler aku time tu. Dengan rabun nya aku tak sedar mcm mana aku leh turun ke bawah dalam masa sekejap yg nak panjat bukit tu punya la susah. Pengajaran pertama: Jgn ikut belakang guider. Kami kena berenti kejap pasal nak kena carik spek aku. Ramai gak le yg mencari. Akhirnya terjumpa la jugak spek aku yg betul2 kat tempat penyengat tu bersarang. Alahai, mujur la member aku sorang ni sanggup p amik. Kena gak dia sengat seketul. Terharu ngan dia.

Lepas pada tu, aku ikat spek aku ngan tali rapia. Hahaha. Terus aku jadik bahan sepanjang trip nih. Dah le tali rapia tu aku ikat terlebih panjang, then aku terpaksa lilit kat atas kepala aku. Nasib baik aku nyer rambut keras. Elok2 je dia kat atas kepala aku.Pelajaran no dua: Org pakai spek kena bawak spare spek;lagi baik bawak gak kanta pakai buang dan spek tu beli tali yg hold spek untuk sukan.

Lepas kejadian tu kami sampai la ke base camp yg paling hamper dgn last water point. Sampai dalam lebih kurang pukul 5 lebey gak. First kena clearkan kawasan. Rentang tali panjang, pasang flyer ngan ground. Simple giler dan sempoi. Mana ada khemas. Mmg berasimilasi dengan alam. Lepas pada tu kami siap2 kan diri untuk solat ngan makan malam. Ni la kali pertama aku tidur kat dalam hutan yg mmg takde khemah tertutup. Hahaha. Masa ni la aku kena bergaul dan bersembang ngan semua ahli rombongan. Aku Cuma kena 3 org je. So malam tu aku p la duk sembang ngan semua org. Takde la kecoh mana pasal aku bukan nyer pandai sgt bersembang. Mujur kejadian sengat ngan spek aku yg bertali rapia ni menjadi pembuka cerita. Semabng punya sembang, makan hapa bagai, kami pun masuk tidur. Pelajaran no 3 : kena jadi satu family dan bantu membantu even kita baru kenal ari tu.

Tidur dalam hutan best. Nyaman dan tak byk lak nyamuk. Sebab sejuk sgt kot malam2. Nyamuk jadik tak aktif. Aku pakai baju sejuk, stoking tebal, sleeping beg aku buat bantal dan sleeping map buat tilam. Malam tu ujan renyai2. Tempat aku tidur tinggi sikit, so mmg tak basah la. Aku tidur lena sungguh, pasal letih sgt kot. Mmg syok la tidur dalam hutan. Dalam utan mmg cepat gelap, pkl 5 lebey tu dah start gelap dah. Ye la hutan hujan kan. Pukul 6.30 tu aku ingat dah masuk maghrib dah dia nyer gelap. Tapi tak lagi la.


Gunung Basor(Part 1 : Satu permulaan )

Alhamdulillah, ekpedisi ke Gunung Basor berjaya tanpa menghadapi musibah2 yg besar. Pertama kali pnajat gunung ni mmg byk yang aku belajar. Aku masih lagi terkenang kan air sungai nya yg sejuk. Udara nya yang segar tanpa pencemaran. Bunyi2 ungas dan hidupan liar yg mengasikkan. Tiupan bayu yg lembut menyap ke pipi. Hahahaha.. Kenangan yg best.


Aku bertolak ke Jeli pada pukul 1 pagi. First time aku drive ikut highway karak. Seram sejuk gak la bila potong2 kereta ni time waktu malam buta. Mmg perlu berhati2. Semua kereta laju2. Then dari highway Karak tu terus la ku ke masuk mana ntah, menuju ke gua musang. Pengajaran pertama, pandu kereta area ni mmg kena hati2. mmg tak pelik kalau kemelangan maut berlaku byk jalan ni saban tahun. kebanyakan kenderaan dipandu laju dan ada masanya tersangat laju untuk jalan sekecil tu. Menda yg merbahaya sekali waktu nak potong memotong ni. Hurm..kadar kelajuan pemanduan dan kondisi jalan raya mmg tak betul. Nasiha tpada diri aku dan pembaca, berhati2lah memandu.

Aku sampai gua musang(setepatnya RNR Gua Musang) time tu tepat2 waktu subuh. So aku dah memandu hampir lima jam lebih. Keadaan RNR ni perlu dipertingkatkan dari segi kebersihan tandasnya. RNR yg sesibuk ni patutnya dijaga dengan baik. Tu pendapat aku la. Dah selesai solat subuh, kami bertolak ke Dabong. Tugas memandu diambil alih oleh kawan aku.

Masa tu dah cerah so aku leh la tengok2 pemandangan luar. Cuaca Gua musang agak mendung time tu. Sejuk je. Udaranya masih segar. Masuk je jalan nak ke Dabong, aku sgt terkejut. Keadaan jalan yg tidak diselia dgn baik. Lembu2 berkeliaran. Keadaan jalan di Dabong adalah seperti jln raya gerik pada era 90an. Ternyata, pembangunan belum menjegah ke tempat ini. Kat sini kami singgah ke balai polis yg salah. So kami kena p balai polis kat satu lagi. Tak ingat nama balai polis tu. Untuk pengetahuan korang, tiap kali nak panjat mana2 gunung ke, treking utan ke, kita kena lapor diri di balai polis berhampiran. Itu perkara wajib.

Then kami terus ke masjid kampung yg dekat ngan jalan masuk. Kat sini kami sarapan dan tapau lunch. Kat sini la kami bagi2 bekalan makanan untuk perjalan beberapa hari dalam utan tu. Masa ni semua org akan dibagi2 menda yg kena bawak. Ada yang bawak Flyer, ground, kuali, dan mcm2 la. So, aku yg baru ni bawak makan je. Duk p nak amik tu, aku dapat telur... Arrghhh, mcm mana ni nak bawak telur dalam utan yg berjumlah 24 biji. Huhuhuhu.. Kawan aku duk tanya kenapa la amik telur. Mana la nak tahukan. Nak tukar tak dapat la..hahaha..Mujur aku nyer beg ada ruang besar lagi. Leh la ku balut tebal giler ngan surat kabar, then masuk kat bahagian atas sekali dlam beg aku.

Lebih kurang pul 11 rasanya, kami mula angkat beg masing2 naik lori kelapa sawit. Sebijik mcm pekerja ladang. Hahahaha..

Jumaat, 16 Oktober 2009

Ada Trip Ujung Minggu Nih


Dalam masa beberapa jam je lagi, trip ke gunung Basor akan bermula. Untuk pengetahuan korang, insyaAllah untuk cuti depavali kali ini aku akan berada di puncak gunung Basor. Gunung Basor ni terletak di daerah Jeli Kelantan. Ketinggian gunung ini adalah 6,038 kaki dari paras laut.

Buat pertama kali setelah hampir 10 tahun aku tak mengasak diri aku dengan aktiviti2 outdoor yg lasak mcm ni. Bila badan dah kembang baru la terpikir nak naik gunung. Banyak gak cabaran nyer yg perlu aku tempuhi. Bila aku umum(wahh 'umum'..poyo giler ayat) yg aku nak sertai ekspidisi gunung Basor, ramai yg mengutuk dan membantah daripada yang menyokong. Tapi hapa aku kesah kan. Sekali sekala aku kena cabar limit aku. Ye la, dah selesa ngan idup, setiap ari duk dalam aricond, makan sodap2, jalan kaki pun leh kira berapa langkah sehari.. Mcm mana nak tahu keperitan hidup kan. Nak p Padang tolong mangsa gempa bumi den tak dapek la..

Jadik aku nak buat hebahan la nih, kepada sesapa yg nak datang beraya depavali kat rumah aku(aku tak sambut la, tapi datang nak ziarah kerr) or jemput open house sempena depavali tahun ni, aku tak dapat hadir la. Pasal aku takda kat area lembah Klang ni. Nak jumpa aku gak, tunggu aku balik pada ari Isnin tu.

Dalam kesempatan ni, aku nak mintak maaf banyak2 kalau aku ada salah silap dan doakan perjalan trip kitaorg ke Gunung Basor ni, selamat pergi dan selamat kembali. Takda musibah2 yang besar2 dan dilindungi daripada mara bahaya. Tolong doakan erk.

* penulis akan bertolak ke Jeli selepas Isya'