Khamis, 30 Jun 2011

Cerita Pagi

pagi ini,
di saat mata lagi bungkam
dan muka masih sembab,
aku terkedu pada perasaan,
rencah ragam manusia,
sesak dan rebut dalam ruang sempit,
kerana semua punya niat masing- masing.

salahkan pada penyedia khidmat,
walau bangga pada puluhan tahun perkhidmatan,
dan kejayaan bukan asal pada mereka,
tapi pada setiap pembayar-pembayar ufti,
(bukankah mereka tergolong juga?)
ada suara,
jangan salahkan kami,
kerana
kami punya sumber terhad,
dalam had kami buat yang terhebat,
kamu cemuh pada kami,
kerana kamu bukan yang merasa penat..

Oh tidak mengapa,
yang atas tidak merasa perit,
sesekali cuma,
bila mamanda menteri turun,
dalam amarah dilemparkan janji kata manis..

dan akhirnya
mata bungkam dan muka sembab ini juga
yang hari-hari merasa perih..

Oh..
lupa itu hanya cerita pagi,
jangan disebut cerita petang!!!!

0 comments: