Khamis, 13 Mei 2010

Selepas Masjid kini Gereja


Blog aku tak sepatutnya tulis menda-menda berat mcm ni. Tapi aku nak gak komen pasal artikel ni : ( klik sini)

Memang kalau orang cakap politik tak leh dipisahkan. Kerana politik tanpa berpandu pada agama maka politik akan jadik rakus. Namun apa yg berlaku, politik mempergunakan agama untuk kepentingan perjuangan dan aspirasi politik. Maka agama dilacurkan dengan seteruk-teruknya.
The Christians of Sarawak must help the Christians of West Malaysia. It is tougher for us because we are only 10 per cent (of the population),” he said at a public gathering themed ‘An Evening with Pakatan Christian Leaders’ at a hotel here. - Datuk Ngeh Koo Ham, DAP
Kawan - kawan sekalian, apa lak masalahnya kristian kat semenanjung ni. Disekat ke nak pergi gereja? Nak beribadat kat gereja dihalang ke? Ada ke semenanjung ni gereja tak leh bina? Semua ni karut je. Saja buat penganut Kristian marah dan emosi. Dah lepas takde isu nak jadik modal. Lacurkan kan agama Kristian dan Gereja untuk tempat meraih undi. Korang kena ingat, mmg korang leh dapat simpati tapi simpati korang dapat tu akan buat suasana tegang dan emosi.

Cukuplah bila orang Islam ni ada parti politik yang leh tentukan syurga neraka. Lepas tu takutkan orang kalau tak pangkah masuk neraka. Sekarang pulak rakan sepolitik diorang nak guna gereja dan lepas ni ( tak mustahil nanti ) leh lak tentukan orang kristian mana leh masuk syurga neraka.

Jangan la merapu sangat. Biarkan kami rakyat marhein ni amalkan ajaran agama kami dengan tenang. Gunakan rumah ibadat kami dengan tujuan yang sebenar. Kami tak perlukan anda-anda untuk tentukan mana arah syurga neraka kami.

Masa aku belajar dulu, leh je aku duduk ngan kawan aku dari kristian sampai ke hindu. Siap kawan aku kalau p kuil tu, kejut kitaorg bgn subuh. Kawan lak leh pinjam moto kalau kawan ni nak ke kuil ke or gereja. Leh je kami sembang-sembang pasal agama kristian. Takde masalah pun. DAN KAMI BELAJAR DI SEMENANJUNG!!!

Kalau adapun perselisihan, kami ada ulama yang alim dan ikhlas, juga paderi yg alim dan ikhlas serta sami yang alim dan ikhlas untuk selesaikannya. Kami tak perlukan ahli politik selesaikan masalah agama kami.

KAMI TAK PERLUKAN ANDA!!!!!

p/s:
- Tolonglah jgn samakan tindakan anda dengan Nabi Muhammad s.a.w. Muhammad adalah seorang rasul yang menunjukkan bagaimana berpolitik mengikut ajaran agama, dan kamu cumalah sekadar seorang politikus. Belajar la untuk bezakan diri korang tu.




1 comments:

StingRay berkata...

tetiba teringat ananthan kejut aku bangun subuh.

laju je amik air semayang.takda liat-liat dah.

haha..