Selasa, 11 Mei 2010

Pakai Otak La Beb


Aku sangat bersabar ngan sesetengah orang yang sangat perkauman. Biasa la hidup kat negara yang berbilang bangsa. Mesti ada yang racist. Tapi kena berhati besar kalau kita nak majukan negara ini dan nak hidup aman. Kita baru separuh abad merdeka. Mesti la tak berapa nak matang lagi usia negara yang kita cintai ni.

Tapi bila aku baca artikel mamat ni Michael Chick nak marah lak rasa hati aku ni. Aku rasa kesilapan pertama bila dia nak bincang pasal sejarah, dia terlupa satu menda penting dalam sejarah. Sejarah ni asasnya berdasarkan sudut pandangan. Persepsi. Orang melihat dan membaca sejarah berdasarkan persepsi. Menda ni di ajar masa anda menuntut di tingkatan satu. Jadi telahan aku, mamat ni mmg la tak belajar sejarah dengan betul2. Belajar pun mungkin sekadar nak pass exam.

Ini adalah asas pemahaman kalau kita nak belajar sejarah. maknaya sejarah ditulis mengikut persepsi penulis dan pengkaji sejarah tu. jadi bila mamat ni nak canang dia tahu sejarah hanya baca dua tiga buku lepas tu buat keputusan, maka caca marba la jawab nya.

Aku tak baca buku "Timothy P. Barnard" seperti mamat ni(kitab ulung rujukan mamat ni), tapi aku nak bgtau mamat ni, apa yg professor tu tulis adalah ikut pandangan kajian dia. Maka kalau dia nak mengupas apa yang professor tu tulis, maka kupas ngan ilmiah dan penuh beretika. Bukan semborono dan menunjukkan kebodohan.

Untuk rujukan mamat ni, yang mengkaji pasal melayu ni, bukan professor tu sorang, mungkin dah beribu orang yang mengkaji pasal bangsa melayu ni. Malah ada pelabagai teori tentang susur galur kewujudan bangsa melayu ni. tapi takda satu pun kesepakatan dicapai kerana fakta sejarah yang sedia ada sentiasa bercanggah. Namun kalau mamat ni baca dengan betul2.. Dan jujur dengan pembacaan yang meluas, pasti kita akan bersetuju mmg bangsa melayu ni ada dan berkembang biak dengan pelbagai jenis suku kaum pecahan yang sedia ada. Malah takrifan melayu itu sediri ada pelbagai pertikaian, sama ada ia etnik atau bangsa. jadi kalau mamat ni orang malaysia yang berhati besar seperti mana nenek moyang beliau, pasti terima takrifan melayu daripada perlembagaan Malaysia.

Ada banyak menda leh komen pasal tulisan mamat ni. Tapi aku nak komen pada asas pemahaman dia je. Kalau asas dia sgt lemah jadi segala apa yg dia bebel kan dalam artikel dia ni, sekadar bebelen org yang meroyan. tak kisah lah kalau dia nak pamerkan kebodohan sendiri, tapi jangan lah pengaruhi orang lain untuk jadik bodoh seperti itu juga..

Boleh sabar kalau kita nak racist dlm ekonomi ke politik ke. Tapi kalau sampai cakap bangsa melayu ni tak da. tu dah kira melampau bangang nye..



1 comments:

StingRay berkata...

orang yang pertikaikan menda ni...jenis2 orang yang tak dapat terima kenyataan...

cubaan nak overwrite pemikiran pelapis muda la ni.Macam yang dah jadi kat singapore.

Tu pun..ada jugak yang sokong.Biar orang kata kita racist..untuk survival..tak salah menda tu.

Kita pertahankan hak kita macam mana diorang pertahankan hak diorang.

Memang tak pakai otak hujah dia.

Cuba tanya dia..kenapa boleh wujud nama tanah melayu? =)