Jumaat, 28 Ogos 2009

Tanpa Cinta?

Tanpa Cinta?

Apa makna kematian tanpa cinta?
Apa makna kehidupan tanpa cinta?
Yang termanis daripada segala manis adalah cinta;
Yang termasam daripada segala masam adalah cinta;

Cinta adalah janji setia
Cinta adalah ikatan jiwa

Di atas adalah tuhan;di bawah adalah cinta
dan diantaranya adalah segalanya
Bicaralah apapun namun diakhirnya tetap mempunyai satu makna..
Tuhan adalah terindah daripada segalanya namun cinta ada keindahannya..

Yang lebih berharga dari segala intan adalah cinta
Kerana segala keinginginan adalah cinta

Bagi siapa yang mengenali cinta..
(Pastinya semua kenal tentang cinta)

Kota cinta ini penuh misteri
Yang letaknya di dalam hati kekasihnya
Yang perjalanan adalah panjang untuk hidup yang sesingkat ini.

Bagi siapa yang mengenali cinta..
Adakah ini kesakitan atau ubat untuk segala penderitaan
Adakah ini cinta atau ia engkau wahai tuhan

Kamu hanya mendengar tentang cinta
Namun aku telah merasai cinta
Sejambak mawar adalah cinta
Namun durinya juga adalah cinta

Apa makna kematian tanpa cinta?
Apa makna kehidpuan tanpa cinta?
Yang termanis daripada segala manis adalah cinta;
Yang termasam daripada segala masam adalah cinta;

Olahan
Mayamin Manjakasih

p/s: hahahaha.. rasa pernah dgr dak?

1 comments:

Potlandlord berkata...

tanpa cinta aku gila.pasti :))