Sabtu, 11 April 2009

Aku dibius Jiwang

Dalam dua entry yg lepas, aku dgn hati yg senang telah menerbitkan artikel berkenaan bahasa pengaturcaraan java. Byk juga pendapat2 yg diberikan. Ada yg begitu teruja dan ada yang mencadangkan aku mengketegorikan java di tempat lain. Dalam kesempatan ini, aku nak celoteh kat korang semua, artikel2 berkenaan java tu aku akan selitkan dalam setiap post yg aku akan terbitkan. Jadi jgn la pk aku nak ubah blog ni kepada kelas belajar Java.Hehehehe..


Ujung minggu ni, adalah seperti biasa aku akan keseorangan bila member aku balik kampung di Melaka. Tapi tak gak seorang pasal Dik Nun beserta Minah yg havoc sentiasa ada untuk menceriakan suasana. Berbekalkan dua wanita ayu ni dan teman-teman dari BK dan Enquine, kitaorg telah jalan2 window shopping kereta.

Fullamak, Membeli belah tingkap tu. Kami gi survey kereta2 kat jajahan Jalan Kapar. Menarik gak lak. Kebanyakan salesman tu kan main layan kitaorg. Antara senarai kereta yg dilihat, Honda, Toyota, Naza dan macam2 lagila. Hehehe, kereta2 mewah tu. Ala, aku ni sekadar tumpang sekaki je. So voleh lah verangan nak velllii. Hahahahaha. Apa2 pun menda tu tak le sia2 pasal dalam kepala ni aku dah leh la congak2 kereta apa nak dibeli.

Kami gak sempat singgah main panah-panah kat Sunway. Arghh... bikin aku suka la game ni. Dapat gak dgr seorang instructor tu ajar memanah kat dia nyer student. Mamat tu terer la pasal panahan dia sentiasa tepat. Best la acara panah memanah ni. Pusingan pertama tu, ok la aku dapat la fokus. Masuk second round tgn dah lenguh. Berterabur semua panahan aku. Aku ada dua keping gambar kawan aku main. Ayu abis la. Tapi tak dapat papar kat sini pasal gambar pnc kan. Apa2 pun aku suka game ni. Best lak. Sgt best. Hehehehe.

Kawan aku nasihat kat aku, if aku ada prob ngan sesorang yg merungsingkan aku, buangkan saja org tu dalam senarai insan penting. Just ignore and anggap org tu biasa. Then hati akan tenang. Betul gak.

Isnin, 6 April 2009

Guna Bit ngan Bitwise Operator

Hi, Bertemu lagi dalam rancangan, mari belajar programming. Ok, aku nak bagi satu common stuation la kat korang. Kata la korang ada satu apps ni yg nak store kalau user tu click hari ke apa2 la. Dan menda ni korang nak simpan la dalam database. So korang nak buat mcm mana? Ada byk cara nak buat. Sure korang lagi expert la nak buat mcm mana kan. Tapi aku nak introduce satu menda kat korang la. Bg yg dah tahu tu, sila la bg penerangan kat bawah ni.


Req :
- User leh save hari yg dia pilih untuk dijadikan hari istimewa. Hari2 tu adalah dari Ahad hingga la sabtu. Kira satu minggu la. So user tu, eh pilih hari pabaret sama ada Isnin atau Selasa atau Isnin dan Selasa atau apa2 gabungan hari la.
- Hari2 yg dipilih ni mestilah dapat di save dalam database. Tak kira la database apa korang nak pakai.
- Dalam pada itu, hari2 yg dipilih boleh dipaparkan semula.

Solution aku nak share la:
  • Aku nak pakai bitmap untuk represent hari2 tu.
  • So, tiap kali di pilih tarikh aku akan add dalam bitmap tu.
  • Then nilai akhir bitmap aku simpan dalam database. Kira integer so kecik je la.
Memandang kan menda nak aku cerita ni konsep je, so aku code kan guna java biasa je la. Pandai2 la korang nak memahamkan dan mengubah code tu.

public class YaminBelajar {

    public static final int SUNDAY = 0x0001;    //1
    public static final int MONDAY = 0x0002;    //2
    public static final int TUESDAY = 0x0004;   //4
    public static final int WEDNESDAY = 0x0010; //16
    public static final int THURSDAY = 0x0020;  //32
    public static final int FRIDAY = 0x0040;    //64
    public static final int SATURDAY = 0x0080;  //128

    int dayOfWeek = 0;


    public static final String[] days = {"SUNDAY","MONDAY","TUESDAY","WEDNESDAY","THURSDAY","FRIDAY","SATURDAY"};

    public static void main(String args[]){
        YaminBelajar yb = new YaminBelajar();
        System.out.println(" & AND operator");
        System.out.println("Days = " + yb.addDays(days));
        yb.viewDays();
    }

    public int addDays(String[] days){

        for(String day : days){
            if(day.equals("SUNDAY")){
                dayOfWeek = SUNDAY;
                System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);
            }

            if(day.equals("MONDAY")){
                dayOfWeek = dayOfWeek | MONDAY;
                System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);
            }

            if(day.equals("TUESDAY")){
                dayOfWeek = dayOfWeek | TUESDAY;
                System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);
            }

            if(day.equals("WEDNESDAY")){
                dayOfWeek = dayOfWeek | WEDNESDAY;
                System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);
            }

            if(day.equals("THURSDAY")){
                dayOfWeek = dayOfWeek | THURSDAY;
                System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);
            }

            if(day.equals("FRIDAY")){
                dayOfWeek = dayOfWeek | FRIDAY;
                System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);
            }

            if(day.equals("SATURDAY")){
                dayOfWeek = dayOfWeek | SATURDAY;
                System.out.println("dayOfWeek = " + dayOfWeek);
            }
        }

        return dayOfWeek;
    }

    public void viewDays(){
        if (isDayOfWeek(dayOfWeek, SUNDAY)) {
            System.out.println("Days = SUNDAY");
        }
        if (isDayOfWeek(dayOfWeek, MONDAY)) {
            System.out.println("Days = MONDAY");
        }
        if (isDayOfWeek(dayOfWeek, TUESDAY)) {
            System.out.println("Days = TUESDAY");
        }
        if (isDayOfWeek(dayOfWeek, WEDNESDAY)) {
            System.out.println("Days = WEDNESDAY");
        }
        if (isDayOfWeek(dayOfWeek, THURSDAY)) {
            System.out.println("Days = THURSDAY");
        }
        if (isDayOfWeek(dayOfWeek, FRIDAY)) {
            System.out.println("Days = FRIDAY" );
        }
        if (isDayOfWeek(dayOfWeek, SATURDAY)) {
            System.out.println("Days = SATURDAY" );
        }
    }

    public static boolean isDayOfWeek(int days, int day) {
        int x = days & day;
        System.out.println("x = " + x +" which is  "+ ((days & day) == day));
        return (days & day) == day;
    }

}

Tu la code dia, so ada beberapa menda yg korang kena tahu. Ada dua simbul bitwise operator yg korang fimiliar. Sgt fimiliar la kalau korang buat conditional statment.
  1. & -  bitwise AND operation
  2. | -  bitwise inclusive OR operation
Untuk tahu menda ni untuk apa, korang leh rujuk kat sini
Menda ni kita leh dalami lagik dan dalam masa yg sama kita guna la sikit creativity dan imigination kita dalam nak solve. Ni kira contoh nak share bersama.

So, aku buka untuk perbincangan secara bersama. Salah silap tolong tunjukkan. Adios

Continue vs Break

Pengetahuan AM tentang Continue dan Break


Selama ni aku ngarut je dalam blog, so ni sikit info aku nak share ngan koranag.

Continue dan Break mmg byk kali kita jumpa dalam Java or C# or C or apa2 la programming language yg korang suka.  Sedikit nak cerita pasala beza natang 2 ni. 

Continue
Dalam java kita kena type menda ni small latter. Kalau tak kuar error la code korang.  So korang kena type as
continue;
Continue ni kita guna dalam loop, tak kira la la for ker while ke do...while ker.. Apa2 je la yg korang suka. Bila kita letak statement continue ni. Dia akan stop excute code selepas nya tapi aku teruskan ngan loop lagi. So dalam bahasa mudah nya dia akan stop execute code selepas dia tapi continue ngan loop. So namapak tak lagi apa aku nak bgtau. Ayat tu dah jelas dah tu.

Contoh:

for (int i=1;i<10;i++){
    if (i == 5)
    {
        System.out.println("Pasal i = 5 so aku nak dia stop kat sini tapi continue loop");
        continue;
    }
    System.out.println("Nilai i skrg ni: " + i);
}

Output:

Nilai i skrg ni: 1
Nilai i skrg ni: 2
Nilai i skrg ni: 3
Nilai i skrg ni: 4
Pasal i = 5 so aku nak dia stop kat sini tapi continue loop
Nilai i skrg ni: 6
Nilai i skrg ni: 7
Nilai i skrg ni: 8
Nilai i skrg ni: 9


Break
Break lak sama la fungsi ngan continue tapi beza dia, kalau break ni korang nak kuar terus dari loop tu. Tak nak loop dah lagi. Nak berambus terus la.
break;
Break ni perkara yg selalu la korang guna. So cerita byk pun tak guna. Tgk la contoh coding ni. Kompem korang pahang la.
for (int i=1;i<10;i++){
    if (i == 5)
    {
        System.out.println("Pasal i = 5 so aku nak dia stop kat sini dan kuar loop");
        break;
    }
    System.out.println("Nilai i skrg ni: " + i);
}

Output:
Nilai i skrg ni: 1
Nilai i skrg ni: 2
Nilai i skrg ni: 3
Nilai i skrg ni: 4
Pasal i = 5 so aku nak dia stop kat sini dan kuar loop

So, gitu lah serba sedikit pasal continue ngan break ni. Kita selalu jumpa break tapi jarang guna continue. Skrg ni, korang guna la kreativiti korang semua mcm mana nak aplikasi kan natang 2 ni dalam logic code korang. Byk guna tuh even menda simple macam ni.

Bagi yg dah tahu tu, entry ni skdr baca2 la. kalau salah tolong tunjukkan. Adios



Pak Najib

Pembaca sekalian, seperti yang anda sedia maklum, kepeimpinan negara telah bertukar pada beberapa hari yang lepas. Pak Lah telah menyerah kuasa secara beradab dan beradat kepada Pak Najib. Kini, Pak Najib telah menjadi PM kita yang ke enam.

Justeru, marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Ilahi, moga-moga Pak Najib memimpin negara dengan iman dan taqwa. Keadilan dan amanah dijunjung tanpa ragu-ragu. Kita doakan semakin tinggi kedudukan Pak Najib, semakin takut beliau kepada neraka Allah dan semakin rindu kepada syurga Allah.
Buat Pak Najib, jadikan kedudukan anda sebagai batu loncatan mendapat syurga Allah, di muliakan di Padang Masyar dan disayangi Nabi dan diberi syafaat tatkala tiada syafaat dapat diberi melainkan daripada kekasih Allah. Jikalau anda adil, seluruh rahmat dan rahim Allah dan rakyat jelata akan berada bersama anda dan jikalau engkau zalim, tidak perlu ke Akhirat untuk dinista, dunia sahaja anda sudah dihina.
Pak Najib, kini anda pemimpin saya, maka saya akan taati anda selama mana perintah anda tidak melanggar syariat. Semoga anda berjaya menghadapi ujian ini.

Isnin, 30 Mac 2009

Aku dan Dia.. Wah, sangat sesuatu.


Aku berjaya menamatkan season 3 Ugly Betty. Dalam kesebukkan yg tak terhingga ni, aku sempat gak curi masa free aku ngan buat menda yg aku suka. Opis mate aku tanya, kenapa aku suka tgk cerita tu, cerita yg takda action cuma cakap. Nothing.. Tapi bagi aku, aku suka tgk cerita di sebalik cerita. Unsur senikal yg sgt tersirat. Seorang yg tidak berfesyen hidup dan bekerjaya dalam industri fasyen.  Malah dia boleh survive dalam kekalutan dunia itu. Aku suka bila dia sentiasa positif pada org disekeliling. Sekali pun pada opis mate yg sgt jahat dan nakal, hadapi dgn positif. Apa yg boleh aku pelajari, tinggalkan segala kesusahan, kerumutan dan perasaan lara antara kita dan org disekeling, tetapi sentiasa percaya dan yakin, dalam setiap insan itu ada kebaikan yg tersembunyi. Maka raikan kebaikan itu dgn menghormati, memaafkan dan memuliakan mereka.

Hei, telah kita diberitahu, jgn terlalu membenci seseuatu, kerana kita tak tahu apakah yg kita benci itu adalah baik untuk kita. Juga jgn terlalu menyukai sesuatu, kerna kita tak tahu apakah yg kita suka itu adalah celaka untuk kita. Bersenderhana dan bersangka baik. Nasihat untuk aku la ni.

Khamis, 19 Mac 2009

tamat

2 bulan yang lepas, aku dgn gigih nyer melanggan celcom broadband basic package. yang RM68 tu.  Tapi, nampak gayanya, aku akan menamat kan penggunaan menda ni tak lama lagi. aku dah tak guna pasal aku ada internet kat umah. free lagi. so aku bercadang nak pakai yg unlimited daily package tu kalau aku terpaksa guna. So, tamat lah penggunaan celcom broadband aku yg aku tak guna tu.

Ahad, 15 Mac 2009

Projek Baru, Kawan Kawen, Roti Gardenia and Jalan2

Projek Baru
Sekarang ni, aku tgh sibuk ngan projek baru. MMg sgt sibuk. Boleh dikatakan tiap2 hari aku balik bila matahari dah terbenam. Masa berlalu sgt cepat. Sampai aku nak update blog ni pun tak sempat. Kawan2 pembaca setia blog aku pun dah mula merungut ttg bersawang nya blog aku. Sorry erk, aku mmg takdak masa. Bila ada free time tu, aku choose to take a good rest. Tu je aku buat skrg ni. Alhamdulillah cuti ujung minggu ni aku dah bersemangat sikit nak hupdate menatang blog ni.

Kawan Kawen
Aku ada dua pasangan kawan aku yg kawen. Satu nun jauh di pantai timur dan satu lagi dekat je kat selangor ni gak. Aku kena pilih nak p mana. Di sebabkan yang satu tu berkehendakkan aku cuti ari isnin ni, aku tak dapat join. Sorry bro, pasal aku tgh on project ni. So nak cuti ke hapa ke, ada sikit susah. Arap paham la erk huhuhu. So, aku pergi la yg pasangan satu ni. Bro, lu nyer kenduri meriah. Makanan sendap and ni la pasangan pengantin plg sempoi aku pernah jumpa. Tak lupa gak, pasukan kompang tu. Mengancam habis. Sikit lagi, baju melayu dia org sama meriah ngan lu punya baju melayu.Hehehe.. pepehal, aku doakan kawan2 aku ni bahagia selalu.

Roti Gardenia
Aku skrg ni, mcm ketagih lak makan rot gardenia perisa coklat yg ada kismis tu. Serta satu ni, butterscotch --> (choco raisin, butterscotch). Sgt sedap. Yang ni baru la leh clain sungguh enak di makan begitu sahaja. Harga agak jugak la. hempat hinggit.huhuhu..aku selalu padah cubicle aku makan sekali, tapi semua jenis jaga makan, so aku leh la melantak sorang2 kat opis. Beruntung gak kan. hehehehe.

Jalan2
Aku dapat la join gathering ngan member2 baik aku semalam. Meriah sangat. Lama tak jumpa, sekali dapat kuar sesama mmg tak leh diam. Ada je cerita nak di ceritakan. Huhuhu, diorg ckp cerita aku mcm drama tipikal. Plot cerita sama je. Cuma watak je berubah. Kira kalau buat drama, leh beratus episod sampai org bosan tgk. Hahahaha. Btul gak tu erk. Baru aku perasan. Wahhh, statik nyer hidup aku rupanya. Very predictable kan. huhuhu.Apa2 pun. Aku respect kat member2 baik aku ni, even dah bertahun kenal, tak pernah jemu dgr cerita aku ni. Tabah sgt tahan telinga dengar cerita aku kan. Tak lupa, kami ttp singgah secret recepe kat Bukit Bintang tu. Port rasmi gathering dah jadik nya.hahahahaha(eh, kita tak singgah McD kat sebelah dia kan, ari tu..hehehe..kenapa ye). Yang sedih nya, tak cukup korum sorang lagik.huhuhu..takpe, next time kita p gegar KL sekali lagi reramai erk.

Hurm, aku rasa tu je yg ada dalam kepala aku nak tulis kat blog ni. Selamat membaca cerita merapu ni. Entah la bila lagi aku dpt hupdate blog aku ni. Dalam kepala aku skrg, dah start rancang nak wat apa kat opis esok. huhuhu.. adakah aku menjadi workoholic.. tidaaakkkkkk..